Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan tulisanku ini. Diharap dapat memberi manfaat kepada ibu dan bapa diluar sana. Sedikit maklumat yang aku tukar untuk merahsiakan identitiku dari orang yang mengenaliku.
Aku berumur pertengahan 30an. Mempunyai 5 orang adik beradik, dan aku anak yang sulung. Masa aku kecil, Umi mengasuh anak jiran di rumah dan ayah bekerja kontrak. Sifat ayah yang panas baran menyebabkan dia sering bertukar-tukar kerja akibat berselisih faham dengan majikan dan rakan sekerja. Ya, bagiku amat memalukan. Oleh kerana ayah tiada pendapatan tetap, maka dengan rasminya umi la yang menyara hidup kami berenam (termasuk ayah). Umi ibarat ketua keluarga yang tidak dilantik.
Hari demi hari, tugasanku semakin berat. Dengan anak-anak asuhan umi yang semakin hari semakin bertambah, beban dirumah dan dengan tanggungjawabku disekolah. Umiku mula menjaga anak2 asuhan sejak aku tingkatan 1, dimana semua adik-adikku masih kecil lagi. Aku sering dipukul, dirotan, dilempang, dimaki hamun apabila membuat salah. Ikutla apa yang ada pada masa tersebut, semuanya digunakan oleh umi dan ayah untuk memukulku. Hanger, vakum, batang mop, batang paip, senduk, tali pinggang, semua dah aku rasa. Pergerakan yang perlahan bila membuat kerja-kerja rumah pun boleh menyebabkan aku dipukul. Masak, mengemas rumah, menjaga adik dan anak asuhan, malah menggosok baju kerja ayah, itulah tugasanku. Aku akan membuat semua kerja-kerja itu setelah pulang dari sekolah sehingga la pukul 11malam.
Aku kerap ponteng sekolah, kerana luka-luka dibadan. Aku malu jika kawan-kawanku ternampak luka di muka dan tanganku. Aku cuma bersemangat datang ke sekolah pada hari rabu, kerana ada kokurikulum dan sukan. Aku sangat minat bersukan, banyak acara yang aku menang terutama lumba lari, bola baling dan ragbi. Tetapi sedikit pun tidak dihargai oleh orang tuaku. Jiran-jiran yang rajin bertandang ke rumah ku, kebanyakkan mengatakan umi beruntung memiliki aku, kerja yang pantas, dan sangat mahir dalam membuat kerja rumah. Rumah sentiasa bersih dan kemas. Akan tetapi, hanya aku yang mengerti azab hidup ini. Adik-adikku juga dirotan, tetapi tidak sekerapku. Malah ada seorang dua dijadikan anak kesayangan, dimanjakan dan diberi semua yang diinginkan.
Aku mula mengerti, yang aku ini tidak pandai seperti adik-adikku. Disebabkan itulah aku selalu dibeza-bezakan dengan adik beradik yang lain. Jika dapat dikembalikan masa lalu, aku cuma ingin umi dan ayah berfikir, adakah aku punya masa untuk belajar kerana masaku habis membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak asuhan.
Adakah otak aku mampu berfikir dengan baik, jika kepala ku sentiasa dipukul dan dihentak2. Adakah otak aku masih waras, jika setiap hari aku dimaki hamun. Aku sering mengantuk didalam kelas, kerana selalu tidur lewat menyiapkan kerja rumah. Aku sering didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Guru-guru tidak menyukaiku dan menganggap aku pelajar yang bermasalah. Umi sentiasa membanding-bandingkan aku dengan sepupuku dan anak-anak jirannya. Malah, sentiasa memperlekehkanku.
Aku ingat lagi, semasa hari jadiku yang ke-17, aku terlupa untuk tutup api di dapur dan ikan yang aku goreng hangus. Aku terlalu leka mengemas dapur sehingga terlupa yang aku menggoreng ikan. Disebabkan itu, aku dipukul dengan teruk. Aku terfikir, untuk apalah aku dilahirkan jika hidup ini hanya untuk dipukul dan dimaki.
Bila difikirkan kembali, sehingga umur 17 tahun, aku masih dipukul dan dimaki. Entahla, bila ditanya apa yang seronok dizaman kanak-kanak, aku hanya mampu diam dan menangis. Tiada apa yang indah. aku pernah cuba untuk membunuh diri dan melarikan diri dari rumah. tetapi, adik-adikku memujukku dan aku pulang kembali ke rumah, dan dipukul lagi oleh umi.
Setelah dapat keputusan SPM, yang tentu-tentunya aku gagal, aku mencari kerja di kuala lumpur, cari kerja yang menyediakan asrama supaya aku tidak perlu untuk menyewa rumah. Pelbagai kerja yang aku lakukan. Ditipu majikan dan pelbagai lagi. Aku cuba untuk mengambil sijil. alhamdulillah, aku tamat sijil dengan cemerlang. Cita-citaku dari kecil ingin menjadi pakar psikiatri. Tapi cita-citaku, hanya tinggal kenangan. Tiada siapa yang menyokong keinginanku, dan sentiasa memperlekehkanku.
Aku mengalami trauma sehingga kini. Walaupun umi masih lagi menyara ayah sehingga kini, ayah yang kerap bertukar-tukar kerja, dan gajinya hanyalah cukup untuk dirinya sahaja. Ayah juga pencen awal dan terus tidak bekerja sehingga kini. Kini, umi mengambil upah menjahit baju dirumah. Kehidupan kami tiada bezanya dari dulu hingga kini. Cuma adik-adikku ada yang bergaji besar. Semua mempunyai degree.
Aku juga telah berkahwin, berkahwin lewat dan masih belum mempunyai anak. Aku trauma untuk mempunyai anak, kerana aku takut jika aku akan memukul anakku, sama seperti yang umi dan ayah lakukan. Mungkin juga tuhan memahami traumaku, dan mungkin juga sehingga kini aku masih belum mempunyai anak. Setiap malam, aku selalu bermimpikan aku menjerit-jerit memukul dan memarahi umi dan ayahku. Aku menangis-nangis di dalam mimpiku. Seolah-olah meluahkan segala yang tidak terluah pada masa lalu.
Sering kali aku mendengar ceramah agama dari ustaz dan ustazah tentang ilmu ibubapa. Aku menangis bila kebanyakkan mereka mengatakan anak-anak yang sering dipukul akan mengakibatkan trauma seumur hidup, tiada keyakinan diri dan banyak lagi. Ya, benda ni la yang aku lalui. Aku takut untuk berhadapan dengan masyarakat. Aku takut untuk menyuarakan pendapatku.
Aku juga sukar untuk mendapatkan kerja, aku kerap membuat kesalahan dan tidak fokus. Aku teringin untuk membuat sesuatu yang dibanggakan, tapi semakin sukar untukku capai cita-citaku. aku juga mengalami masalah sukar untuk memandu. setiap kali memandu, otakku hanya berfikirkan kembali perkara yang aku pendam. aku kerap menangis semasa memandu.
Aku juga kerap sakit. Aku dianggap seorang yang emosi dan kurang pandai untuk bergaul. Kawan-kawanku boleh dibilang dengan jari. Dan kini, aku hanya seorang suri rumah. Yang melayan perasaanku sendirian dirumah. Suamiku tidak membenarkan aku bekerja, kerana aku mempunyai masalah kesihatan.
Hubungan aku dengan umi dan ayah, biasa-biasa sahaja. umi dan ayah tiada daya upaya untuk memukul kami, tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan, mereka ada juga memukul cucu-cucunya yang nakal tanpa pengetahuan adik-adikku. Umi sering menyindir-nyidir memerli aku yang belum punya anak.
Aku jarang pulang ke kampung. Aku lebih suka menyendiri. Bila berjumpa, banyak benda yang akan kami ungkit bersama, menyebabkan terjadi perbalahan. ayah tidak pernah mengeluarkan duit untuk kos pembelajaran kami adik beradik, jika ada yang sedikit itulah yang diungkit sehingga kini. aku bosan.
Hari tua yang tiada duit ditangan, cuma masalah yang menimbun. Masalah yang dulu, seringkali ditimbulkan dan akan menjadi pergaduhan. Kerana itu, aku menjauhkan diri. Hidupku cumalah dengan suamiku.
Alhamdulillah, tuhan sangat baik. Aku dikurniakan seorang suami yang sangat baik. Dia tahu aku sunyi, setiap kali suami cuti, dia akan membawa aku berjalan. Boleh dikatakan setiap minggu kami berjalan, makan yang sedap-sedap. Kami tiada anak, jadi duit yang ada hanyalah untuk kami berjalan-jalan berdua. Itulah nikmat yang aku dapat, atas kekurangan nikmat yang dulu. Tapi, luka yang berbekas dihati, takkan pernah terpadam sampai bila-bila.
Aku ingin menasihatkan ibubapa diluar sana, sebelum berkahwin kenali pasangan anda dahulu. Ambil masa untuk mengenali sejarah keluarganya. Jangan kawin dengan tergesa-gesa. Ambil tahu bakal suami jenis panas baran atau tidak. Jangan mulakan dengan menanggung suami, kerana suami yang sudah biasa ditanggung, akan menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab. Umi sejak berkahwin, tidak pernah mendapat nafkah dari ayah. Dan bagi ayah, nafkah itu tidak perlu kerana umi pandai mencari duit.
Dan tanggungjawab menjaga anak. Mulakan dengan menjaga anak Bersama-sama. Jangan suka mnyerahkan beban dan tanggungjawab pada anak sulung. Ajar semua anak sama-sama membantu. Ajar anak dengan adab, lemah lembut. Setiap makian dan pukulan akan memberikan kesan yang sangat mendalam seumur hidup anak. Aku percaya setiap ibubapa ingin yang terbaik untuk anak-anak, dan jika tidak mampu untuk menjadi ibubapa yang bertanggungjawab, tolonglah rancang keluarga. Dengan anak yang ramai, ekonomi yang kurang stabil akan menyebabkan anak-anak terabai.
Dan yang terakhir, sebelum berkahwin, penuhkan ilmu didada dengan ilmu agama. Tanpa ilmu agama, sukar untuk merasakan kebahagian. rezeki sukar untuk datang, penuh dengan masalah. Untuk pengetahuan kalian, ayah sangat kurang ilmu agamanya. Dah tua-tua ni baru nak belajar solat dan mengaji. Adik ada juga yang sangat malas dan liat bila disuruh untuk solat. Maaf diatas coretan yang panjang lebar. Terlalu banyak yang ingin dikongsi, tetapi cukuplah yang ini dahulu.
Sesungguhnya aku belum mampu untuk memaafkan mereka. aku cuma berharap ada sedikit kekuatan untuk aku maafkan mereka yang telah menghancurkan hidupku. Tetapi, siapalah aku untuk menghukum kedua orang tuaku. Aku serahkan kepada Allah, tuhan yang Maha mengetahui segala-galanya untuk mengadili umi dan ayah diakhirat kelak. Sekian.
---Maklong---
By Maklong

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement