Cinta yang memeritkan - IIUM Confessions - Share your secret stories

Cinta yang memeritkan

- 10:03 pm
Nama aku Rin dan berusia pertengahan 20-an. Aku bekerja sebagai seorang executive di sebuah syarikat dan menyewa di Klang. Terdetik hati untuk berkongsi sedikit luahan cerita aku selepas terbaca cerita melukut di tepi gantang. Mungkin cerita aku tak sesedih cerita Lyn tapi aku sekadar ingin berkongsi memandangkan aku sedang bercuti sakit ni hehe.

Aku berkenalan dengan Din semasa aku menghadiri event di Perak dulu anjuran syarikat kami. Dia dan aku bekerja di syarikat yang sama cuma berlainan cawangan. Din seorang yang cool, pertuturannya yang baik tapi masih kelakar ditambah dengan personalitinya yang menarik membuatkan aku tertarik dengannya. Tapi aku diamkan sahaja sebab aku bukan sejenis perempuan yang suka make a move. Tanpa disangka selepas balik dari event, aku dapat satu whatsapp dari Din tapi bukan salam perkenalan tetapi lebih kepada hal kerja. Din minta aku siapkan kertas kerja untuk cawangan aku. Katanya dia dapat nombor aku dari bos aku yang memintanya untuk berurusan dengan aku sendiri. Macamana aku tahu itu Din? Mestilah melalui gambar profilenya. Masih cool kataku walaupun dalam gambar, eceh.

Memandangkan kami selalu berhubung, kami mulai akrab dan mula berani keluar bersama, makan bersama. Jarak bukan masalah bagi kami, pantang ada masa terluang kami mesti jumpa. Dulu aku bukanlah sejenis sebegini, sebab hidup aku dulu lebih kepada kerja tak ada masa untuk fikir hal hati. Tapi selepas berjumpa dengan Din, aku mula pandai balik kerja on time, tak buat ot lama-lama dan pandai keluar sampai malam. Ibu bapa aku sedia maklum hubungan aku dengan Din dan pada mereka itu perubahan yang bagus kerana aku sudah layak untuk berkahwin. Aku cuma bercerita tentang kewujudan Din sahaja dalam hidup aku pada mereka, tetapi tidak secara mendalam dan Din juga belum bersedia untuk jumpa keluargaku.

Cukuplah mereka tahu aku masih ada perasaan terhadap lelaki, risau benar aku suka sesama jantina. Haha. Tapi…ada tapinya lagi. Selama kami berkenalan tak ada sekali pun kami membuat luahan perasaan, tak ada hari pun untuk kami tentukan itu tarikh kami officially declared as couple sebab pada aku adult doesnt care about that, paling penting hati. Aku yakin masa tu Din ada perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa terhadap dia. Masakan tidak, kadang Din sanggup redah jammed dari KL ke Klang semata untuk hantar makanan, pernah juga datang rumah semata untuk hantar ubat akibat serangan gastrik tengah-tengah malam dan juga gigih datang cawangan aku semata dengan alasan "barang awak tertinggal".

Cinta yang memeritkan

Masuk bulan ketiga berkenalan, kami kembali fokus pada kerja kerana ia memerlukan komitmen kami. Memandangkan kami dari syarikat yang sama, jadi masing-masing faham 'peak month' untuk syarikat kami. Banyak benda kena buat sampai terpaksa balik lewat malam, belum lagi system down kena re-do balik semuanya. Emosi semua tak stabil, balik rumah terus tidur. Tapi hubungan kami masih tak terjejas, cuma kami kurang berkomunikasi secara direct.

Itu tidak mengapa kerana walau sibuk bagaimanapun kami masih boleh dapat curi masa untuk berjumpa walaupun jumpa semasa mesyuarat syarikat kami, atau pun setakat lambaian tangan itu sudah cukup pada aku. Dalam kesibukan bekerja Din beritahu yang dia akan ditransferkan ke selatan tanah air akibat kekurangan tenaga kerja di sana. Aku pada mulanya frust sebab aku risau aku tak mampu hadap long distance relationship. Tapi Din pujuk, Din kata kita still boleh berhubung sekarang banyak cara untuk berhubung.

Bila Din positif, aku mula terpujuk akhirnya aku redha dan bermulalah Din berkhidmat di sana. Aku mula hidup seperti dahulu lebihkan kepada kerja memandangkan Din dah tiada di sekitar aku. Jadi aku mula busykan diri untuk kurangkan kesunyian aku. Aku mula active di instagram melihat story Din di sana, aku lihat dia gembira jalan ke sana ke sini. Aku pun mula post story yang aku juga ada life dan aku happy bila Din view story aku, bertambah gembira bila Din reply story aku. Sekurang-kurangnya aku tahu Din masih care pada aku, kataku sendiri.

Bulan seterusnya, aku mula plan untuk berjumpa Din di Johor sana. Aku mintak cuti awal sebelum weekend dan aku minta izin kedua ibu bapaku untuk ke Johor dan mereka izinkan dengan syarat sentiasa update keadaan aku sepanjang dekat sana. Aku memandu sendiri ke sana dan niatnya ingin membuat kejutan tetapi terpaksa kulupakan bila aku tersesat hampir ke Singapura, terus aku call Din. Din sambut kedatangan aku dengan baik dan itu satu penghargaan buat aku kerana inilah kali pertama aku berani memandu sejauh ini, kalau sebelum ini aku outstation jauh pasti syarikat akan sediakan pemandu. Jadi ini adalah satu usaha besar bagi aku demi Din.

Hari pertama berjalan dengan baik di mana Din bawa aku makan malam di tepi laut, aku rasakan itu romantik. Hari kedua bersama Din, aku lihat Din semakin pelik kerana sering mengelak untuk mengangkat telefon di hadapan aku. Kalau sebelum ini, selamba sahaja Din berbual instead aku tahu siapa yang call dia. Tapi aku diamkan sahaja bila dia beri alasan client call. Walhal, aku tahu Din sejenis yang tak suka berhubung dengan client semasa hujung minggu. Din nampak tak selesa dan seperti menyorokkan sesuatu apabila dapat call.

Tapi Din pandai, dia pandai mencuri perhatian aku untuk terus lupakan apa yang jadi. Jadi, hari kedua kami berakhir dengan baik. Hari ketiga, Din ajak breakfast bersama sebelum aku gerak pulang ke Klang. Tapi Din banyak diam, jadi aku cari pelbagai topik untuk tarik perhatian Din. Entah dari mana idea datang, aku mula bertanya mengenai cinta lama nya. Din cerita semuanya, dari yang mereka berkenalan dan bercinta hampir 10 tahun dan hampir bertunang tetapi perempuan itu pilih untuk tinggalkannya. Aku mengiyakan dan aku tak bertanya secara lanjut kerana aku tak mahu dia tidak selesa dengan topik aku. Dia sempat cakap sebelum aku pulang "Kalau dia tak tinggalkan saya mestilah saya tak dapat kenal awak. Kalau jodoh tak kemana", jadi aku rasakan itu hint darinya. Hatiku berbunga-bunga.

Tetapi setelah aku pulang dari Johor, aku perasan dia semakin kurang berhubung dengan aku. Tapi dia semakin rancak di story instagram. Sebulan berlalu aku rasakan hubungan kami semakin hambar dan beberapa kali whatsapp aku di bluetickkan saja, di instagram jugak replied ku sering diseenkan saja. Aku tetap bersangka baik mungkin terlalu sibuk. Sehinggalah suatu hari, aku sendiri dapat tahu yang Din dinaikkan pangkat lagi dan berkhidmat di Damansara. Aku tersentap kerana Din tak ada beritahu aku langsung akan hal itu, tapi rakanku yang tahu hubungan kami mula positifkan aku katanya Din mahu buat kejutan ke aku.

Aku terima alasan itu dan aku sengaja call dengan Din, beri hint "kan best kalau awak dekat dengan saya, boleh macam dulu" tapi aku dengar suara Din kecewa seperti terlalu berat untuk dia meninggalkan Johor dan cakap memang dia sudah dapat tukar di cawangan Damansara tetapi tidak pasti boleh jumpa seperti dulu atau tidak. Aku cuba faham yang Din sudah berjawatan tinggi dan mestilah bebanan kerjanya juga bertambah. Tapi hidup tak selalu indah, tiba lah satu hari Din post di instagram buat sekian kalinya selama kami mengenali Din tidak pernah post apa-apa melainkan story, tidak seperti aku ada sahaja gambar cantik pasti aku post termasuk juga gambar bersama Din.

Gambar yang dipost bukan gambarnya berseorang tetapi dengan seorang wanita cantik, tinggi persis model, mukanya seperti tipikal instafamous, rambutnya yang panjang dan disanggul tinggi menunjukkan lagi keayuan di mukanya. Jantungku laju berdegup bila aku membaca caption Din yang manis aku rasa ditambah lagi dengan komen rakan Din yang antaranya "Lama hilang rupanya mencari cinta lama ye Din". Hancur hati aku, sehancur-hancurnya. Cukup dengan satu komen "Explain please" dari aku dan Din hanya liked kan sahaja. Pedih. Lagi pedih bila tahu itu adalah bekas kekasih yang diceritakan dahulu, yang katanya sudah tiada perasaan lagi terhadapnya, yang hampir buat ayah Din meninggal akibat sakit jantung kerana tinggal beberapa hari lagi sebelum hari pertunangan Din, perempuan itu larikan diri dan tinggalkan Din terkapai.

Aku sedih dibiarkan terkapai sendirian, berhari-hari aku tunggu Din jelaskan ke aku. Tapi tiada tanda-tanda yang Din akan hubungi aku. Lalu aku gagahkan diri untuk berhubung dengannya sendiri. Aku minta dia berterus-terang apa sebenarnya perasaan dia ke aku selama ini, kenapa memberi aku satu harapan palsu dan banyak lagi. Din cuma reply "Rin, we're still friend rigth?". Damn. Habis basah tilam dan bantal aku. Aku bluetickkan sahaja, berhari-hari aku baca soalan itu. Aku mula rasa tertipu, aku mula rasa bodoh kerana fikir Din sukakan aku di mana sebenarnya Din cuma anggap aku kawan. Berhari-hari aku cari semangat untuk reply whatsapp Din "I thought we are in relationship. You treat me like your gf". Din reply whatsapp aku dengan satu essay, aku baca dengan juraian air mata.

Rupanya selama dia mengenali aku, dia sebenarnya dalam fasa untuk lupakan bekas kekasihnya, aku namakan Zeti. Dia memang berniat untuk mengenali aku secara mendalam, tetapi setelah dia pindah ke Johor Zeti kembali ke dalam hidupnya. Zeti rupanya berada di Johor dan menetap berdekatan dengan syarikat Din. Zeti menagih cintanya kembali dan Din yang masih belum 100% melupakan Zeti mula terima Zeti kembali dalam hidupnya. Zeti berjanji tak akan ulangi kesilapannya. Din lemah kerana itu kekasih lamanya, dan Din tidak pasti dia mampu untuk tinggalkan Zeti untuk aku atau tidak kerana hatinya masih kuat pada Zeti. Din tak mahu perkara lebih buruk terjadi jika dia pilih aku, takut banyak hati terluka katanya.

Aku jadi hilang arah, pergi kerja dengan mata bengkak tak terurus sampaikan bos bagi aku cuti panjang untuk aku pulihkan semangat aku. Baik sungguh bos aku. Kisah cinta tak kesampaian aku ini bukan rahsia kerana semua orang tahu hubungan aku dan Din. Ada yang bersimpati, ada juga yang mentertawakan aku dan ada juga yang maki hamun Din. Tak apa, aku terima. Seperti orang gilakan talak, aku cari Din aku telefon Din minta peluang tapi Din tetap dengan keputusannya. Berjuta kemaafan Din pinta kerana perlakukan aku sebegitu, Din minta aku terima. Bercakap memang mudah, Din. 

Dalam aku hidup keserabutan, menangis siang malam rupanya ada seorang rakan office aku hubungi adik aku cerita apa yang terjadi. Adik datang bersama dengan mak ayah aku di rumah sewa aku, makin bertambah sedih berbaldi aku menangis depan mak ayah aku. Masih aku ingat ayat ayah "Letakkan tuhan nombor satu Rin, cinta pada manusia tak kekal. Din tak nak Rin, tak apa. Tapi Rin kena ingat Rin ada ramai lagi yang sayangkan Rin termasuk ayah". Makin menangis aku. Mereka bawa aku pulang ke kampung, Di kampunglah aku mula bina kembali semangat aku. Terima kasih pada semua orang, housemates yang beri kata semangat dan semestinya keluarga aku yang banyak bantu. Tanpa mereka mungkin aku masih lagi hanyut dalam kekecewaan.

Sepanjang aku di kampung ada lah sekali Din telefon aku, minta aku luahkan segala kemarahan ke dia bukan dengan menyeksa diri aku. Cakap memang mudah, Din. Bila Din cakap "It was a mistake, Din tak sepatutnya approached Rin dulu" hati aku kembali tertoreh, seriously Din it was a mistake? Sekali lagi aku rasa diri aku loser. Cukup dua minggu aku bercuti di kampung, sedikit sebanyak membantu pulihkan semangat aku. Aku tak de lah move on cuma aku dah boleh terima apa yang terjadi, untuk lupakan aku masih perlu masa lagi kerana terlalu banyak kenangan bersama. Pulang ke Klang dengan semangat baru dan fokusku hanya untuk karier. Aku berazam untuk tidak memikirkan mengenai hati dan cinta. Memang tiap kali doaku untuk tidak terserempak dengan Din atau pun Zeti, rakan ku juga supportive jika ada sebarang event dan Din akan hadir, mereka akan siap-siap volunteerkan diri mereka untuk gantikan tempat aku. Terima kasih kawan.

Untuk Din, aku maafkan kau. Cuma aku masih belum lupakan apa yang terjadi dan itu lah satu sebab aku terpaksa tolak untuk bekerjasama untuk menjayakan event di Segambut. Terima kasih juga Din kerana membahagiakan aku for past few months, aku hargai dan sekurang-kurangnya aku ada pengalaman bercinta. I learnt from the past, cinta tak semestinya memiliki dan aku juga rasa aku patut biasakan diri dengan silent relationship (andai aku tersuka lagi lah) supaya tak ada lah malu bila tak jadi kan. Aku redha dengan apa yang jadi Din cuma melupakan kau bukan mudah kerana kau cinta pertama aku. Dan satu aku pinta jangan sesekali kau hadir depan aku dan keluarga aku. Mereka tak perlu mengenali kau Din, biar aku seorang yang kenal kau. Semoga berbahagia dengan Zeti.

By Rin
Kategori : Luahan Hati

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search