Salam buat warga pembaca iium confessions sekalian, terima kasih admin kalau confession ni dipaparkan. Tujuan aku tulis ni adalah bagi pandangan aku selama aku berkawan dengan orang sekeliling. Kalau tak suka pon aku tetap nak luahkan pendapat ni disini.. hee
Aku si pohon kering, suka berkawan. Tapi masalah org suka berkawan ni, kalau terkawan orang yang suka pergunakan kawan. Parasite. Yang baik dari orang dia nak, yang baik dari dia sorok sorokkan.
Kalau tumpang member korang pergi kelas ke, kerja ke. Hormatlah sikit member yang bawak tu. Jangan kasi orang hari-hari tunggu. Bergantunglah kalau nak bayar duit minyak tu, kalau jauh topup lah sikit. Alah, kadang seminggu sekali belanja pisang goreng ke teh ais ke pon ada member yang tak kesah. Tapi masa kasi tu cakap lah "nak, aku belanja. Terima kasih kasi aku tumpang kau" sejuk sikit nak kasi tumpang lagi.
Untuk yang duduk rumah sewa pulak, yang jenis memasak ramai ramai share duit ni. Agih lah tugas, yang tukang beli barang basah, yang tukang cuci ayam ikan, part yang masak ni kalau boleh biar lah ada shif by day. Tukar-tukar. Ni ada je yang cari alasan nak skip. Makan laju je. Kalau tak pandai masak belajar lah goreng goreng. Ni semua member yg buat. Lelama bosan dia nak kasi makan orang yang asik kuar dating.
Suka pau member. Bila dekat kaunter bayaran, tumpang barang dia suruh bayar. Esok lusa lupa nak bayar. Lepas tu cakap "alahhh, sedekah je lah 5 ringgit je pun" . Aku kalau nak sedekah jadi tak nak sedekah kat orang macam ni. Fuhhh.. Dia punya shopping dekat shopee kemain dari aku. So bagi pendapat aku, kalau nak pau member pon tengok lah dia tu berduit ke tak. Orang tu pon tengah sesak kau pulak amik entah hape hape barang.
Aku pernah cerita dekat member ni, aku down sangat. Lepas tu dia boleh pulak gelak-gelak. Aku macam, k aku sedih sesorang. Aku harap dia just get long dengan aku punya story tu la.. Macam kita cita ada orang kesayang or kucing kita ke mati. Mood tengah sedihkan. So kalau ada member korang yang tengah cerita sedih, bagi lah kata semangat ke, jangan condemn pulak. Elakkan lah ko duduk depan dia layan cerita kelakar. Cover sikit gelak tu. Nanti elok lah tu.
Itu jelah kot, yang lain ada tapi boleh hadap lagi. Kalau nak kawan lama, biar ikhlas, biar sayang, jangan pergunakan. Bagi aku, kalau orang bagi baik, balas lah baik. Walaupun dapat hadiah birthday sebagai penghargaan tapi aku tak rasa happy dengan perbuatan yang makan hati. Lama lama boleh meletus kot.
Sekian
Aku si pohon kering.
By Pohon kering

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement