Apa Salahku - IIUM Confessions - Share your secret stories

Apa Salahku

- 11:59 pm
Assalamualaikum saya nak ucapkan terima kasih kerana menyiarkan conffesion ini sekiranya ianya disiarkan. Namaku jan belum berkahwin dan ingin menyambungkan pelajaran sekiranya ada rezeki daripada Allah. Itulah sedikit cerita tentang aku.

Apa Salahku?

Aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di KL smpai umur 15 tahun kemudian aku berhijrah ke kampung selepas ibu aku meninggal dunia. Selepas setahun ibu meninggal ayah decide untuk berkahwin lagi dan akhirnya ayah aku kahwin dengan ibu tiri aku dan ibu tiri aku mempunyai 2 orang anak seorang perempuan dan seorang lelaki. Setelah ayah berkahwin hubungan aku dengan ayah semakin lama semakin renggang dan ayah kurang peduli tentang aku.

Aku bersyukur sebab aku ada nenek yang penyayang dan dia yang jaga ku sampai sekarang tapi aku selalu selalu disakitkan hati oleh saudaraku sendiri pelbagai kata - kata negatif sering dilemparkan kepadaku sehingga aku rasa diri aku tidak berguna untuk semua orang dan menyebabkan aku tertekandan di diagnose oleh doktor aku ada anxiety disebabkan tekanan pada keluarga .

Aku tahu setiap manusia tu pasti ada silap dia dan aku tak kata yang aku ni baik sangat cumanya apa salah aku sampai diorang buat aku macam ni kadang-kadang aku rasa diri aku tak dihargai pernah tu aku dituduh mencuri sedangkan ibu dan ayah aku tak pernah ajar aku mencuri dan aku tak pandai mencuri dari situ mereka selalu sakitkan hati aku dan pernah aku dimaki dan dimalukan pada saudaraku yang lain dan aku tiada tempat untuk meluahkan perasaan selain pada Allah.

Pernah aku nak sambung study tapi mereka cakap '' tak payahlah kau bukannya pandai pun dan bila kau sambung belajar kau jangan menyusahkan orang'' aku sedih dengan apa yang mereka cakap padaku tapi aku sabar dan aku bersyukur dikurniakan seorang ibu saudara yang baik dan selalu support aku apa jer aku nak buat even study pun dia support aku. sekarang ni aku tengah berjuang untuk bangun dari kegagalan semoga Allah bagi aku kekuatan,kejayaan dan kebahagiaan untuk aku buktikan yang aku bukanlah lemah guys practice makes perfect and i try to ignore toxic people like them and as a women you are not afraid to wake up from failure and ignore criticism.

i will try to forgive them and take the time to forgive them. sampai sini sahaja aku bole ceritakan and give me positive vibes for keep to wake up.

-gee (Bukan nama sebenar).

By Gee

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search