Perangkap - IIUM Confessions - Share your secret stories

Perangkap

- 2:13 am
Bismillah..
Assalamualaikum..

Tujuan sy share story ini adalah untuk bukan sekadar untuk memberi kesedaran, tetapi saya ingin mendapatkan pendangan dan nasihat dari para pembaca iiumc.

First of all sy perkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya norun berumur 31 tahun, seorang pengetua dan penyelia di sebuah tadika prasekolah swasta di KL. Saya seorang yang super busy dan mungkin kerana itu saya masih belum bertemu jodoh. Syukur kerana saya memiliki segalanya, career, aset dan keluarga yang baik.

Perangkap

Last year jan 2019, saya telah ditugaskan untuk menghadiri kursus Early childhood education anjuran sebuah univ kerajaan, dan company memilih saya sebagai wakil untuk kongsi module dan skil pembelajaran syarikat kami. Memandangkan kursus itu di melaka jadi saya terpaksa bermalam di hotel selama 3hari. Second day, malangnya semasa pulang tayar kereta saya pecah, waktu dah hampir maghrib, saya buntu dan cuba tukar tayar sendiri. Tiba2 seorang lelaki berhenti dan tolong saya, and the worst part is my spare tyre pun rosak, jadi memang tiada pilihan melainkan panggil mekanik untuk towing dan tukar tayar. Dari situ saya berkenalan dengan En. N. Dia seorang academician di univ tempat sy kursus. Dia yang uruskan semua dan dia siap hantarkan sy ke surau berdekatan untuk solat maghrib, N tawarkan diri untuk hantar sy ke hotel but i refuse to, sy prefer naik grabcar. Dan dari situ perkenalan rapat kami bermula.

Encik N seorang yang well known person di univ tersebut. He was known as lecturer, researcher, etc. Umurnya baru 35tahun and he was well perform in his career. Agak pelik sebab someone like him really interested to know me. Setiap hari dia akan text, every weekend dia akan turun KL untuk jumpa saya. Actually agak susah untuk N mendekati sy, sebab sy seorang yang menjaga ikhtilat, even bila jumpa kami hanya keluar makan. N boleh dikategori sbgai lelaki yang perfect 10, kalau ke masjid N boleh jadi imam, boleh bagi tazkirah. N pandai ambik hati perempuan, pandai handle emosi perempuan, everything about him were look perfect for me.And after 3 months, kami dah jadi sangat rapat and plan for next stage.

Dari situ the black side pasal N bermula. Pelik sebab N mengaku sayang dan nak kahwin tapi N x pernah kenalkan sy pd family dia. Tpi my parent n siblings semua dah kenal N. Actually sy baru sahaja putus tunang 2 tahun lepas, dan hadirnya N merawat luka dan satu harapan baru bt sy. Harapan untuk memiliki keluarga sendiri. Tapi semuanya jadi serba tak kena. N dah mula berani sentuh saya, dan sebab kan syg sy sendiri sudah terlanjur dengan N. N mengaku sgt sygkan sy, sampai dia beritahu satu hakikat yang dia sebenarnya sudahpun berkahwin dan memiliki anak. Mula2 susah nak terima, tapi sebabkan syg sy teruskan hubungan dgn harapan N mampu jadi seorang suami yg adil. But the worse thing come, bila N dah percayakan sy, he tell to me everything about him.

N seorang yang dihormati dan dipandang tinggi. Wife N seorang lecturer di univ yang sama. Ya Allah saya tiada niat nak jadi perampas, tapi sebab terlalu syg sy letak harapan yg tinggi pada N. Tapi N sebenarnye hidup dalam pura2. N sebenarnya adalah kaki perempuan dan memgamalkan sex bebas. Disebabkan job scope N, N jarang ada di rumah, dan wife N pun x pernah bersangka buruk pada N, N bijak sorok identiti buruk dia, segala chat, gambar and everything N sorok pda phone kedua dia. N mengaku dah hampir 10 tahun kawin dan isteri x pernah syak.

N mengaku awal perkenalan cuma ingin jadikan sy sebagai stock wanita simpanan dia. N akan kenal rapat dengan mana2 perempuan dari pelbagai background. Dan N akan manfaatkan perempuan untuk keperluan sex dan sometime untuk duit. Semua pengakuan N sertakan dengan bukti, gambar, dan chat conversation. Berpuluh wanita N kenal rapat, dan semuanya dah bertahun2 ditipu N. Sebab tu bagi N turun KL bukan benda susah, almost every week kalau ade kelapangan N akan jumpa stock perempuan simpanan dia, checkin untuk buat maksiat. Saya betul2 x sangka, im one of them. Tapi bukan semua perempuan tahu N dah kawin, hanya beberapa termasuk saya. Memang mudah untuk wanita jatuh cinta dengan N lagi2 N berharta n berkerjaya.

Long story short, lepas dah tau everything pasal N. Sy cuba nasihat N untuk berubah, dan N mengaku dia nak cuba berhenti dan akan kahwin dengan saya. Tapi dah lebih 6bulan, N masih sama. N tanpa segan mengaku baru lepas checkin dengan someone bila keluar jumpa sy. Dari situ saya rasa semua nasihat saya sia2. N sebenarnya seolah bangga dengan apa gang dia dah buat, satu kepuasan bila ada ramai perempuan sayangkan N dan sanggup tidur dengan N. N juga mengaku buat sex luar tabi'i, dan agak segan untuk sy share di sini. Hidup N betul2 fake pda sy, dihormati org sekelilingnya sebab jawatan dan agama tapi hakikatnya N seorang yang kasar, kaki perempuan dan gunakan perempuan untuk kepentingan sendiri. Sy rasakan hubungan dengan N dah tersasar jauh. Sy luah dekat N yang sy xnak teruskan hubungan ni, start dari situ N bertindak luar batasan. N rupanya seorang yang baran dan biadap.Sampai tahap N pernah cari sy di tempat kerja. N siap bagi amaran supaya jangan tinggalkan dia, sebab N xnak sy dedahkan identiti sebenar N pada keluarga dia.

Saya buntu, sy dah niat nak tinggalkan N tapi hidup sy dah terperangkap.N xkan lepaskan sy sebab semua rahsia N dalam tangan sy. N nak sy stay dengan dia, dan N juga halang sy kenal mana2 lelaki, dia siap ugut untuk beritahu family sy yang kami dah pernah terlanjur. Mintak pendapat pembaca IIUM confession, apa langkah yang sy patut buat? Boleh ke sy buat police report? Tapi N pernah bagitau kalau sy buat police report N akan sebarkan gambar sy di internet. Betullah kalau ade hukum hudud dekat Malaysia, orang macam N sepatutnya di hukum rejam sampai mati sebab N membawa kemudaratan pada perempuan lain. Dan sy juga mengaku salah sy sebab terlalu percayakan N tanpa usul periksa latar belakang N terlebih dahulu. I was mentally abused by him and I was totally stress, sampai tahap xboleh fokus dan malu untuk berdepan dengan masyarakat. Lagi2 N kenal family dan colleagues sy.

Mintak nasihat untuk saya keluar dari perangkap N.

~norun~

By Norun

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search