Anak Malaysia Rakyat Australia - IIUM Confessions - Share your secret stories

Anak Malaysia Rakyat Australia

- 8:22 pm
Assalamualaikum WBT, Namaku Dayana. Seperti tajuk diberikan, aku ingin berkongsi pengalamanku sepanjang berada di bumi Australia. Bulan ini genaplah 15 Tahun aku berada disini.

Aku kembara ke Australia kerana membawa diri. Hatiku terluka dek kerana sikap keluarga. Tamat sahaja pengajian, aku terus mengambil English Test. Selepas itu aku terus membeli tiket ke Sydney. Aku tidak mahu memohon visa kerja Australia sewaktu berada di Malaysia kerana kos yang lebih mahal dan mengelakkan ditipu oleh Agent.

Sesampainya aku ke sini, my mental are totally lost! Aku tidak tahu kemana arah tuju. Aku tidak mahu bekerja secara illegal seperti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia disini.

Dengan duit simpanan, aku berjaya mendaftarkan diri mengambil kos pengajian advanced Diploma system accounting. Aku mengambil diploma kerana inginkan visa untuk duduk secara legally. kedua, aku ingin bekerja separuh masa untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan di sini.

Anak Malaysia Rakyat Australia


Permulaan kehidupanku bukannya mudah. aku terpaksa share bilik dengan 8 orang. Aku terpaksa, kerana ingin berjimat. Diploma yang diambil bagiku mudah sahaja. kerana aku sudah mempunyai kepakaran didalam bidang terbabit. Kadang, aku pulak yang mengajar lecturer tersebut bagaimana menyelesaikan soalan latihan. Haha. Cukup lucu. tetapi itulah pengalaman berharga aku sepanjang 15 tahun menjadi anak perantau.

Genap setahun, aku tamat belajar. Macam yang aku cakap, aku tiada sesiapa disini, keluargaku buang aku jauh dari mata mereka dek termakan fitnah keji dari abangku sendiri. Tapi, aku kuatkan diri dan semangat, aku tahu akan boleh berjaya. dari bilik 8 orang, aku mampu untuk sewa private room.

Aku mula mencari kerja. 6 bulan jugak lah aku hanya bekerja mcdonald disana. Tapi, kerana rate gaji yang tinggi di sini, aku mampu untuk makan sedap and tempat tidur yang selesa. Bayangkan, kalau satu jam dibayar AUD15 (minimum gaji untuk tahun tersebut) dan aku bekerja 8 jam sehari 6 hari seminggu. Aku mampu mendapat sekurang-kurangnya AUD 700 seminggu untuk mengisi perbelanjaan harianku.

Akhirnya jawatan yang aku idamkan aku berjaya dapat. Aku menjadi Junior Accountant kepada salah satu syarikat telecommunication disini. Culture and working lifestyle amat berbeza. ada pros and cons. Yang bestnya bekerja disini, disamping gaji yang lumayan, aku tidak perlu mengadap makcik2 bawang kerana disini mengamalkan privacy respect dan tidak masuk campur hal orang lain. Aku hanya perlu focus bekerja.

Management juga tidak menjadikan isu kulit sebagai masalah dan melayan aku sama seperti orang lain. Benefit yang kedua adalah kami bebas untuk bekerja di rumah. Jika tiada hal yang penting, aku tidak perlu bangun pagi-pagi bekejaran kerana aku boleh masuk office lewat. Benefit yang ketiga adalah tax refund setiap tahun.

Ya, siapa yang pernah bekerja di Australia pasti tahu apa itu tax refund. Ibarat bonus kepada pekerja kerana average untuk dapat tax refund bagi pekerja di Australia adalah AUD3000-5000 setiap tahun. And cash akan masuk terus ke akaun penerima apabila diluluskan.

Walaupun income tax agak tinggi, GST juga 10%, tapi rakyat dapat banyak benefit dan tiada seorang pun mempersoalkan mengapa kerajaan memperuntukkan tax yang begitu tinggi setiap tahun. Fasiliti yang bagus, bas dan train yang cekap menyebabkan kita dapat merasai bertapa telusnya kerajaan dalam menguruskan kewangan.

Aku tahu, mungkin ramai akan bercakap, aku terlalu memuji. Tetapi ini adalah realiti yang kita kena tahu. Australia tidak mengejar dan berlumba untuk membina bangunan yang tinggi, jika anda datang sini, pasti anda melihat structure bangunan yang agak lama dan tidak moden.

Dalam masa sama, aku juga menyertai United Nation untuk menyelamatkan saudara islam di Palestin, Syria dan juga negara-negara yang miskin. Ramai yang lari kesini untuk meminta bantuan. Ada juga ibu-ibu tunggal dari Malaysia kerana tidak tahan didera, mereka lari kesini. Australia menerima mereka dan memberi peluang anak-anak untuk bersekolah secara percuma.

Tapi kita kena ingat, tiada satu pun yang perfect didunia ini. Challenge yang aku hadapi sepanjang tinggal disini semestinya perbezaan agama dan makanan yang perlu dijaga. Tapi itu tidak menjadi masalah asalkan kita pandai membawa diri. Jika kita respect mereka, pasti beribu kali mereka respect kita.

Aku ingin memberi nasihat kepada rakyat Malaysia, sekiranya ingin holiday kesini, atau mana-mana negara non-muslim, respectlah adat dan budaya mereka. Jaga tutur kata, dan tingkahlaku. Seperti di Australia, mereka mengamalkan hak asasi manusia dan kesaksamaan. Maksudnya semua perlu adil, dan tidak racist.

Mereka disini cukup anti halal food bukan kerana mereka anti Islam, tetapi kerana bagi mereka, halal food ibarat “GAP” atau jurang perbezaan. Sebab itu agak susah untuk melihat cop halal disini. Anda perlu google dan mencari dimana restoran yang betul-betul halal. Jangan ringan mulut bertanya dimana boleh cari ayam halal (contohnya) di mana-mana supermarket. Please google sendiri dimana anda akan dapat cari kerana mengelakkan pertikaian antara mereka dan kita.

Jika membawa anak kecil, pastikan anak dikawal dengan rapi. Jangan memukul anak didepan public kerana anda mungkin akan ditangkap. Jika anak menangis, tolong bawa anak balik ke hotel atau ke tempat yang jauh dari public. Australia cukup jaga mengenai hak kanak-kanak dan wanita. Bagi lelaki, tolong kawal amarah jika ingin memarah isteri. Anda kena tahu, yang anda bukan berada di Malaysia.

Gereja adalah tempat suci bagi negara barat. Jangan berkata sesuatu yang sensitif atau buat memek muka anda disini. aku pernah menjadi translator kepada pihak polis kerana seorang rakyat Indonesia ditangkap kerana menghina gereja. Ibarat kita juga, kalau mereka menghina masjid, pasti kita akan marah. Pesanan ini bukanlah di Australia sahaja, tetapi juga dinegara lain especially non-muslim country.

Berbalik kepada cerita aku, aku sudah menjadi rakyat Australia sejak 4 tahun lepas. Bukan aku tidak sayangkan Malaysia, tetapi jiwaku lebih “hidup” disini. Anak-anak juga diberikan free education sehingga diploma. Aku tidak perlu risau sekiranya terjadi sesuatu kepadaku, anak-anak aku akan mendapat benefit yang cukup sehingga mereka dewasa.

School life juga different, mereka diajar bukan sekadar akademik, malah merangkumi semua aspek. Aku tidak perlu menghantar ke kelas tambahan, renang sport semua kerana segalanya ada di sekolah terbabit. Anak-anak juga tidak terbeban dengan jadual sekolah seperti yang berlaku di Malaysia sekarang. Aku cukup kasihan melihat pelajar-pelajar sekolah di Malaysia kerana dibebankan dengan percapaian akademik yang terlalu ditekan.

The main reason aku pilih untuk hidup disini kerana aku ada banyak masa dengan keluarga. EPF yang aku kumpul sejak mula bekerja dahulu juga dibayar dengan cukup tinggi. Cukup untuk menampung hidup aku apabila pencen kelak. Aku juga akan pencen awal dan dapat menikmati hidup tanpa perlu fikir bebanan hutang lagi. Kini aku di Perth, kerana ingin menghabiskan masa di pusat dakwah disini.

Alhamdulillah dari seorang anak terbuang, aku mampu untuk ada keluarga sendiri dan hidup dengan aman damai. Aku rindukan family aku diMalaysia, tetapi apakan daya, mereka membenciku sehingga sekarang. Hanya duit yang dapat aku kirimkan kepada ibu di kampung sebagai balasan kerana melahirkanku. Kini, aku hanya fokus melakukan aktiviti kemanusiaan bersama komuniti Islam disini.

Aku doakan semoga Malaysia akan menjadi negara yang menyayangi rakyatnya, adil dan saksama, tiada rasuah dan telus. Aku hanya melihat dari sini keadaan di Malaysia dan hanya doa yang aku mampu kirimkan kepada semua.

Walau dimana aku, aku tetap berdarah Malaysia.

Aku juga mengharapkan doa dari sahabat semua kerana krisis kebakaran di Australia sehingga kini masih belum selesai. Jika sesiapa yang perlu pertolongan sekiranya ingin datang holiday ke sini, boleh tinggalkan komen di artikel. InsyaaAllah aku akan menolong anda.

Salam rindu,

– Dayana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini - Submit Confession
Advertisement
This Newest Prev Post
 

Start typing and press Enter to search