Hi kawan-kawan, saya nak minta pendapat anda semua. Saya dah berkahwin selama 4 tahun lebih dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 3 tahun lebih.
Saya dan suami bercadang nak pindah rumah kerana rumah yang kami duduki sekarang adalah rumah parents saya. Tapi hanya tinggal dengan 2 adik lelaki saya. 1 adik lelaki dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan juga berumur 1 tahun dan 1 adik lelaki masih bujang. Ibu dah pindah tinggal kat kampung.
Tapi kami pun faham maybe sebab adik ipar saya tu masih muda baru 20tahun. Namun kami suda semakin fed up nak buat semua benda kat rumah asyik kami sedangkan tinggal kat rumah tu ramai orang. Kadang rasa mcm syok sendiri pun ada juga sebab kami beriya nak maintain rumah tu kemas dan bersih yang lain tak kisah pun.
Kami nak pindah tapi sekiranya kami pindah bajet kami akan agak tight sebab suami saya just kerja freelance je. so income suami tak tetap. Macam mana nak kuatkan hati untuk pindah rumah sebab sya tak nak lama kelamaan kami adik beradik kat rumah akan bergaduh bila saya dah tak tahan. Dah tak tahan dengan keadaan penat balik dari kerja tengok dapur bersepah macam tak ada orang kat rumah.
Bolehkah kami just yakin dengan keputusan kami untuk pindah dan percayakan saja rezeki Tuhan? Kami takut sangat nanti kalau dah pindah kami tak mampu. Kami takut buat keputusan yang salah.
Harap kawan-kawan.. boleh ceritakan or bagi nasihat melalui pengalaman kawan2 dalam hal ni.
Thank you kawan2 sudi baca dan komen.
By Emma
Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement