Saya amat beruntung mempunyai peluang bekerja dengan syarikat antarabangsa dengan macam2 nationalities, gaji yang baik, peluang bekerja + melancong serata dunia.
Kerana kerja, saya juga berpelung untuk tinggal di luar negara, menimba pangalaman hidup yang best, pahit manis, rindu tanahair, mengidam nasi lemak dan pisang goreng hahaha. Macam-macam!
Amat gembira dapat peluang pulang ke Malaysia. Big yaaaay!
Bulan pertama di sini, makan-makan dan terus cari makanan yang best, masakan kampung, gerai tepi jalan, etc.
Now, time to work.
Kerja saya amat specific dan boleh dikatakan mencabar. Male dominated industry. Very limited number of women. Sukakan, sayangkan kerja, I work very hard and give my best version of me, everytime at work.
My challenges:
1. Budaya kerja yang jauh berbeza.
Ya, I'm generalising. Ramai Malaysian yang genius, rajin, bijaksana tapi masih ramai yang yes bos, yes mem type. Saya selalu encourage team members to speak up, have fun and enjoy the work. Tapi ramai yang membisu sejuta kata kalau dalam meeting room, apa boss cakap, kalau salah pun ramai yang iyakan, tak berani berdebat dan membetulkan fakta. Buang masa, tidak membantu produktiviti, budaya sebegini. Mungkin, ada sejarah agaknya..
2. Ada yang baran dan rasa pandai keterlaluan.
I couldn't believe this! Ada yang tidak pandai mangawal emosi, baran dan menghamburkan kata-kata tidak sopan in a profesional setting which is a big no no for me, so long I'm in charge.
Mungkin, saya tidak begitu mengenali ramai orang berpengaruh and berjawatan tinggi dalam indusri di sini, mungkin saya tidak biasa dengan budaya kerja di sini, mungkin saya terlalu berhati-hati etc.
Tapi saya terkejut dengan cara segelintir kecil berperangai sedemikian. Ouch!
I choose to leave the project, walk away.
3. Integrity.
Mempunyai jawatan yang baik, memberi kelebihan saya untuk membuat keputusan strategik di peringkat regional. Saya diapproach oleh beberapa party untuk beberapa projek.
Yang mengejutkan, saya diminta membayar commision for introduction fee, for consultation fee, for fee yang saya tak faham. Oomg!
Apa nak dikata? Again, I walk away. Mengapa ada pengawai kerajaan yang jelas dibayar gaji oleh kerajaan, meminta saya membayar untuk kerja yang memang sepatutnya tanggungjawab sedia ada?
Saya tidak berhadapan dengan isu sebegini di luar negara. Our compliance depatment tu, punyalah strict.
Mungkin di sini, tiada yang mengenali syarikat tempat saya bekerja maklumlah this industry in Malaysia is relativey small here.
Yang best :
1. Ramai yang baikhati and menyokong saya. Especially bab bawa pergi makan best! Love you all !
2. Cuaca di sini sangattt best. Tak jadi tajuk perbualan pun unlike overseas.
Bersyukur sangat. Malaysians, kita sesungguhnya sangat bertuah. Tinggal di lokasi cuaca sejuk 3-5 degree, panas up to 55 degree adalah kegilaan/insanity !
So setiap hari sekarang, saya amat berterima kasih kerana MCO di tanahair sendiri.
3. Murah.
Berbanding dengan kota besar lain di dunia, kos sara hidup sangatlah munasabah di sini. Yaaaay!!
Saya sesungguhnya amat bersyukur berada di Malaysia, memegang passport Malaysia yang sangat istimewa. Kita boleh travel the world without visa to 135 countries! Best kan !
Malaysia akan jauh lebih maju, pada hemat saya :
1. Tiada korupsi di segenap lapisan, jabatan dan industry.
2. Budaya kerja di ubah menjadi lebih seronok, happy at work, naikkan gaji setimpal dengan peredaran masa. It's 2020 now and masih ada yang dibayar terlalu sedikit.
Guys, kalau majikan bayar sikit sangat, usahlah ambil job tu. Cari lain, know your worth, undertand your market value. Rezeki ada, mesti yakin.
3. Bukalah minda.
Openness adalah penting. Belajar, belajar. Learn, unlearn, relearn.
Bukan semua orang baru pandai, bukan semua orang baru tak pandai, bukan semua orang tua pandai vice versa. Belajarlah menerima dengan hati dan minda terbuka. Kalau menegur, ada caranya, kalau tak setuju, ada caranya.
4. Cara kepimpinan yang lebih terbuka, happy, transparent dan megambil kira kepentingan semua pihak.
Jadi sekarang saya jauh lebih berhati-hati dalam menjalankan kerja saya di sini. Saya memilih dengan gerak hati untuk menerima team member dan slective dalam memilih project. Gila jadinya, kalau tak happy bila nak pergi kerja, berat hati nak masuk meeting dan asyik makan sorang2 kat tempat kerja sebab takut berbual dengan salah orang hahaha.
Saya faham, lain tempat lain caranya dan menerima bahawa lain orang, lain ragamnya. Tapi percayalah, kita ada kerja berat dan tanggungjawab yang mesti diselesaikan. I always said to my people, "if you wana make people happy, go and be the ice cream seller" hahaha.
Saya selalu mencermin diri sendiri, supaya setiap hari dapat menjadi individu yang lebih baik dan lebih baik. Dapat mejadi ketua yang memahami dan disayangi. Sedih kan, kalau hidup tak cukup kasih sayang !
Membuka minda sangatlah penting.
Rasanya, saya boleh bercakap bab ni for days and days. Hahaha
Penting to love what we do and do what we love.
Membacalah dengan lebih banyak self help books, hadirilah training yang membawa ilmu baru yang boleh diaplikasikan seharian, bergaullah dengan orang berjaya, travellah, lihatlah dunia kerana sangat banyak yang kita boleh pelajari darinya.
Kalau bekerja, jadilah pekerja yang memberi value tinggi kepada syarikat.
Kalau jadi boss, jadilah boss yang bijaksana, berhemah, seimbang, manis dan memberi value sebaiknya kerana kita dibayar, kita ada tanggungjawab dan kita mesti sedar diri.
Tipah
Tipah tak tipu
Tipah tak suka ditipu
Tipah tepu
By Tipah
Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)