Rasa Teraniaya - IIUM Confessions - Share your secret stories

Rasa Teraniaya

- 8:41 pm
Assalamualaikum. Hai semua. Tak perlulah saya perkenalkan diri. Cukup sekadar tahu yang saya sekarang tengah belajar di tempat kemahiran selama 6 bulan dan tak lama lagi sebenarnya akan tamat. Kiranya kan tempat belajar tu untuk dapatkan sijil je lah. Bukan skm lagi. Dalam bidang apa, biarlah rahsia. Tapi kalau ada sesiapa yang tahu di mana tempat ni harapnya berkias-kias lah sedikit. Bukan niat saya hendak memburuk-burukkan tempat tersebut. Sama sekali tidak. Tetapi saya cuma berasa dianiaya.

So permasalahan nya sekarang kan, dari segi pengurusan di tempat tersebut. Supposedly, bulan ni adalah bulan di mana sangat2 penting untuk taking client. Tapi unfortunately, saya di minggu ketiga taking client terkena jangkitan yang disebabkan oleh varicella-zoster virus (chicken pox) yang menyebabkan timbul ruam-ruam yang menyebabkan kegatalan d seluruh badan, demam, hilang selera makan dan headache. Disebabkan itu saya pun tak dapat untuk pergi ke tempat belajar dan diberi cuti oleh doktor selama seminggu. Dan keadaan saya sekarang pun belum betul2 pulih lagi jadi saya terpaksa pergi ke klinik semula untuk menambah cuti sakit.



Tetapi bukan itu yang hendak saya bahaskan. Saya sebenarnya telah pun memaklumkan sebab ketidakhadiran saya kepada cikgu dan penyelia. Dan kebetulan sepatutnya saya bertugas pada minggu lalu untuk laundry. Tapi dalam keadaan yang sakit, korang rasa boleh ke saya menjalankan tugas? Saya juga ada chat meminta untuk swap dengan sesiapa yang boleh ganti saya tugas tersebut. Tapi disebabkan semua orang sibuk then tak ada siapa yang boleh ganti, tapi lastly ada juga yang ganti memandangkan dia  haritu pun tak hadir untuk laundry.

Yang membuatkan saya rasa terkilan adalah, walaupun diketahui waktu tu saya sakit dan mempunyai surat sakit, saya still didenda untuk membayar rm50 sebab kononnya tak menjalankan tugas. Saya still diminta untuk membayar denda. Dari pihak saya, saya cuma rasa ianya tidak adil dan sememangnya saya rasa sangat2 teraniaya. Yaa, saya tahu memang tanggungjawab saya untuk menguruskan laundry pada hari jumaat tersebut tetapi apa daya saya? Saya ada chat meminta untuk mangantikan tempat saya untuk laundry, tapi tak ada yang nak ganti. Apa boleh saya buat? Saya tak sihat dan kalaupun saya pergi ke kampus, risiko untuk orang lain mendapat jangkitan sangatlah tinggi.Jadi untuk mengelakkan daripada didenda, perlukah saya pergi juga untuk menjalankan tugas laundry tersebut pada jumaat lalu? Its not like i do it in purpose. Saya pun tak minta kena sakit pada waktu-waktu macam ni. Kalau saya sakit demam biasa saya masih boleh gagahkan diri untuk pergi menjalankan tugas yang dibagi tu. Kalau saya tahu saya tetap akan didenda walaupun mempunyai alasan kukuh, lebih baik saya pergi sahaja ke kampus walaupun dalam keadaan sakit. Kalau ada yang terkena jangkitan itu tanggung sendiri lah. Sebab ini kira seolah2 dia memaksa kita untuk datang juga ke sekolah walapun dalam keadaan sakit. Saya bukannya tak hadir atas alasan saja2. Saya bukannya tak hadir disebabkan malam semalam berparti sakan. NO! Saya ada alasan kukuh kenapa saya tidak dapat hadir ke kampus.

Saya tak minta banyak. Saya cuma berharap ada rasa timbang rasa sedikit kepada pelajar. Kalau rasa tidak adil untuk yang lain, jadi adilkah bagi saya? Kerana saya rasa betul2 dianiaya. Saya bukan dari keluarga senang tetapi disuruh untuk membayar sebgitu banyak atas sebab tidak menjalankan tugas. Tapi chicken pox tu bukan saya yang minta. Saya tak kisah jika hendak menagih hutang kelas, tapi adakah anda rasa patut perkara ni terjadi kepada saya? Saya tak minta terkena sakit macam ni apalagi di saat getir dan penting. Kadang2 saya rasa cikgu ni sengaja berniat untuk mencari kesalahan saya. Dan dia ternampak peluang tersebut dan menggunakannya untuk menjatuhkan orang.

Sebenarnya, sangat2 banyak yang saya hendak dedahkan tetapi terlalu banyak yang hendak diceritakan. Sesiapa yang tak berada di tempat saya, memanh takkan faham. Sebab yang rasa bukan anda, tetapi diri saya. Mungkin sesetengah orang akan rasa perkara ni perkara remeh temeh. Kalau kau orang yang berada, memang kau rasa perkara ni hal yang remeh. Kau buat salah or tak buat salah, or sakit or tak sakit, kau still akan dipandang sinis dan diperli secara halus. Shortly to say, di tempat belajar tu, memang tempat make money, sebab sikit2 denda, denda dan denda. Sejujurnya, memang ada rasa menyesal masuk di tempat tersebut. Saya harap sangat in the future, i deserve a better treat. Sekian kisah dari saya,
Pelajar yang rasa teraniaya. (Danne)


By Danne

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search