Anak Yang Tidak Didendangkan - IIUM Confessions - Share your secret stories

Anak Yang Tidak Didendangkan

- 7:23 pm
Salam.. biarlah cerita diluahkan disini.. kerana tiada sapa sudi mendengar masalah aku.
Aku adalah andartu yang tinggal bersama ibu bapa di rumah aku sendiri.  Biar aku bg gambaran keluarga aku mcm mana.. Ibu seorang yg suka mengarah, pemarah, kaki spin cerita, kuat berdrama, suka menyumpah, tidak bersyukur, pilih kasih, suka berjalan, kurang jaga solat.

Ayah seorang yg kuat berangan nak jadi kaya, percaya benda mistik, tidak boleh memimpin keluarga kerana kurang tegas dan kerap bersikap lepas tangan tetapi dengan orang luar sangat bertanggungjawab, berpura2 byk depan orang luar.



Ibu bapa ku kerap bergaduh sehingga menyumpah seranah didengar jiran keliling..dari aku sekolah sehingga umur ku dh lebih 40 tahun makin teruk perangai.  Pergaduhan dari benda  kecik tak masuk akal yg biasanya dimulai oleh bebelan ibu aku yg sentiasa tidak berpuas hati dengan bapa aku dan terus ungkit mengungkit  kesalahan bapa aku yg lama2 atau baru sampai menidakkan pengorbanan bapa aku... itu jer yg aku hadap dari zaman sekolah smpai sekarang... bila emak aku patah kaki dan susah bergerak bapa aku lah yg paling banyak uruskan tahi kencing ibu aku.. aku dpt membantu siapkan keperluan makan minum mandi ibu aku sebelum kerja dan sambung balik bila aku blik kerja.. adik beradik aku semua duduk n kerja jauh.  jadi akulah yg akan bantu jaga ibu aku dan ibu aku  ni banyak kali dah sakit..  Yang aku nampak dalam adik beradik aku selama ni... adik aku sorang je yg kira berinisiatif turun padang membantu guna tulang empat kerat meringankan kerja aku...

Abang2 kakak  aku selalunya datang macam tuan jer... borak gelak banyak.. keluar berjalan... rumah aku kira mcm hotel jer.. aku dari dulu memang pegang title bibik dalam rumah.. walaupun aku berkerja masa diorng bercuti di rumah aku.. keluarga aku rasa aku ni yang perlu bersyukur dengan diorang semua sebab diorang dah kawin aku andartu yg perlukan diorng semua kalau ada masalah bak kata keluarga aku terutamanya ibu bapa aku. tapi dalam hati aku, aku sedar... diorang semua yg senang dengan adanya aku.. lagipun selama ini aku tak mintak tolong adik beradik aku untuk berhidup...  aku cuma nak berbakti dengan org tua aku.. tpipada masa yg sama ku bantu ringankan adik beradik aku.. diorng tak jaga pun ibu bapa aku..  cuma untuk enjoy berjalan2 je adalah diorang buat untuk ibu bapa aku.( kecuali adik aku jer ada baik jaga orgtua berbanding yg lain tau cakap dn komen jer) .

Tapi akhir2 ni semenjak kakak aku pindh anak beranak ke rumah aku sebab emk aku patah kaki.. ku jadi makin stress melambak2 kerja rumah nk kena buat..  bila aku baru nak mengadu dgn ibu aku dh kena marah/tengking/ oleh ibu aku terutamanya.. kakak aku dhlah tak membantu buat kerja rumah.. padahal anak dia tiga org masih kecik2 lagi.  kakak aku ni pulak tumpang senang dengan tulang empat kerat aku.. aku turun kerja awal.. pukul 5.40 pagu dah keluar rumah bangun pukul 3/4 pagi untuk siapkan apa yg dpt disiapkan dahulu, mesin baju, masak, sarapan dn keperluan aku sendiri sebelum turun kerja.. sampai masa aku tutup pintu rumah untuk keluar kerja kakak ku tak bangun lagi untuk buat apa yg patut untuk keperluan dalam rumah.  bila aku dah tak tahan aku sound suruh semua pindh rumah ibu bapa aku yang tak jauh dr rumah aku kira 15minit naik kereta dr rumah aku.  dengan ibu bapa aku sekli aku suruh pindah sebab aku dah tak larat n ibu bapa aku ini terlalu bnyak memalukan aku. jirn2 aku memmng sellu dengar ibu bapa aku bergaduh. ibu bapa aku selalu mengugut ku yv diorng nk pindah rumah diorng sendiri tp x jugak pindh2 ...

Aku bukn nak halau ibu bapa ku sebenarnya tp ibu bapa ku ni terlalu membebankan aku dengan tugas tanggungjawab masalah.. dan kewngan ku makin sesak bila kakak ku anak berank duduk serumah..ibu aku buat x tau yg aku tersepit dalam situasi ni.. malah dia lebih kesiankn kakak aku anak beranak n jaga hati dia sebab dia dh berkahwin.. aku x berkahwin ni kena galas semua kerja!

Huh! benci double standard sejak dari dulu. sebenarnya byk sngat perkara menyakitkan hati ibu aku buat.. bapa aku x sangat... ibu ni lebih bnyak putar belit keadaan supaya nampak dia jer baik dalm keluarga aku. aku rasa aku x nk duduk bersama dengan ibu bapa aku lagi sebab aku cuma jadi anak derhaka bila duduk bersama.. lebih baik ibu bapa aku duduk rumah dia sendiri atau duduk dengan anak2 dia yg lain..  selama18 tahun selepas kluar U aku dah duduk dengan diorng.. biarlah adik beradik aku ambil alih pulak tugas aku tu..

Hampir separuh umur aku cover adik beradik aku semua yg duduk jauh.. biarlah diorng pulak merasa duduk dengan orng tua.. aku x fikir diorng dpt bertahan mcm aku.. kalu dpt tu bguslah... diorng pun anak jugk.. bukn aku sorng je anak yg kena galas semua tnggungjawab keluarga utk jaga ibu bapa aku.  x reti nak cerita terlalu panjang n bersimpang siur masalah keluarga aku. asyik aku yg dipersalahkan anak x bagus.. penat hidup aku...

By tiada nama

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search