Bercinta Dengan Lelaki Muda - IIUM Confessions - Share your secret stories

Bercinta Dengan Lelaki Muda

- 10:56 pm
Assalammualaikum, dan Hai kepada semua pembaca. Aku 24 tahun, bercinta dengan seorang lelaki 19 tahun, jadinya banyak jarak perbezaan umur kami. Sekali orang pandang, kami seakan nampak sebaya sebab aku perempuan rendah dari dia, senang citer aku nampak macam budak².

Dulu sebelum aku kenal si dia, aku kenal dengan seorang lelaki, engineer, umur 5 tahun tua dari aku, tapi aku dapat tahu dia tak ikhlas berkawan dengan aku. Macam² dia cerite dekat kawan dia psal kelemahan aku. Sekarang aku bercinta dengan lelaki 5 tahun muda dari aku.

Apa yang aku suka pada lelaki muda seperti dia ialah:  Dia baik, Dia banyak bagi aku sokongan bila aku susah nak dapatkan kerja. Aku ni seorang lulusan degree dari universiti tempatan. Alhamdulillah, berkat usaha, doa mak abah, sokongan dia, aku dapat kerja.

Dia ni ada masanya matang bila berbicara, berkongsi idea, dan apa yang aku suka tentang dia, dia rajin bekerja. Dia hanya lelaki lepasan SPM sahaja, tapi aku tak kisah, asalkan dia rajin bekerja. Dia hanya bekerja biasa sebagai pembantu direstoran.

Bercinta Dengan Lelaki Muda (Gambar sekadar hiasan)
Bercinta Dengan Lelaki Muda (Gambar sekadar hiasan)

Pekerjaan dia yang menjadi masalah, dan teguran dari mak abah. Mak pernah sampaikan teguran dari abah kpada aku: Abah tak berkenan sangat pada dia, sebab terlalu muda, pekerjaan biasa, lagi satu, perlu simpan/ kumpul duit terlalu cepat memandangkan aku tua dari dia. Mak pun ada tegur: Perlu ke series berkawan dengan dia, mak takut aku ni hanya dipermainkan oleh dia, memandangkan usianya muda, Jangan nanti suruh masuk minang, minta tangguh, tu teguran mak aku.

Aku pernah chat mak dia, setuju atau tidak aku berkawan dgn anaknya, mak dia setuju, cuma jangan buat die sedih dan ajar die cara menabung. Dia pernah cakap pada aku, dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan aku.

Aku minta dia bekerja kilang, sebab atas arahan mak juga, sebab kilang pun mampu peroleh gaji banyak kalau rajin shift, tak shift pun gaji dah memadai. Dia ada rancang untuk cari kerja di Singapore, memandangkan gaji yg diperoleh banyak. Bagi dia, tu saja cara pantas untuk kumpul duit. Aku pun ada bagi masa untuk die dapatkan kerja yang sesuai secepat mungkin.

Sekarang ni aku buntu, sama ada nak ikut cakap mak abah atau tunggu dia? Aku perlukan pandangan.

-Zara-
By Zara

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search