Jangan Masuk Campur Urusan Rumahtangga Menantu - IIUM Confessions - Share your secret stories

Jangan Masuk Campur Urusan Rumahtangga Menantu

- 8:08 pm
Hi. Assalamualaikum. Maaf agak panjang luahan hari ini kerana sudah agak lama terpendam. Harap bersabar.

Saya tak ada masalah rumah tangga, tapi saya nak cerita tentang perbezaan budaya keluarga saya dan keluarga suami yang membuatkan saya sungguh tertekan. Saya melayu, suami jugak melayu, jadi perbezaan budaya disini dari segi “cara” kami dibesarkan, dan juga didikan.

Pertamanya, saya anak bongsu, suami juga bongsu. Suami saya merupakan anak tunggal lelaki yang selebihnya kakak-kakak. Tempoh perkenalan saya dengan suami hanya 4 bulan, kami terus berkahwin. Oleh sebab itu, perkenalan bersama keluarga masing-masing, perangai masing-masing hanya selepas berkahwin.

Selepas berkahwin, saya tinggal bersama mertua atas sebab-sebab tertentu. Terus kepada perkara utama, disebabkan tinggal sebumbung, jadi saya nampak perbezaan yang sangat ketara dengan cara hidup keluarga suami yang agak susah saya nak terima.

Jangan Masuk Campur Urusan Rumahtangga Menantu
Gambar sekadar hiasan

Keluarga mertua saya jenis yang ahli perempuan kene sediakan A-Z keperluan suami. Contohnya, nasi suami mesti dicedokkan, lauk pon kena tolong cedokkan untuk suami, semua dah terhidang, suami tinggal mencekik sahaja. Lepas makan, lelaki hanya biarkan pinggan kotor.

Keluarga saya pula, abah dan mama sama-sama tolong menolong di dapur. Mama masak, abah tolong cuci pinggan. Yang pergi ke pasar juga ialah abah. Dirumah mertua pula, bapa mertua hanya memberikan duit, ibu mertua pandai-pandai lah pastikan barang dapur ada.

Keluarga saya agak berada, mertua saya juga sama. Keluarga kami masing-masing juga dibersarkan dengan bantuan pembantu rumah. Namun, bagi keluarga saya, pembantu rumah hanyalah “membantu” menemankan kami adik beradik dirumah, membantu meringankan kerja rumah mama yang juga bekerja.

Oleh itu, saya dari kecik di didik dengan garang oleh mama tentang kebersihan, basuh pinggan sendiri, basuh kasut sendiri, tolong basuh kereta mama/abah. Berlainan pula dengan keluarga suami yang melayan pembantu rumah seperti hamba, diherdik, dikerah tenaga nya sehingga titisan terakhir.

Percayalah tiada pembantu rumah yang tahan. Cukup habis contract, semua cabut. Ada juga yang lari dari rumah kerana terlalu tertekan. Semua kerja dilepaskan pada pembantu rumah, ya ini bermaksud suami saya dibesarkan dengan sangat “spoil” tidak pernah melalukan sebarang kerja rumah! Bangun tidur pun tidak pernah diajar untuk kemas katil! MasyaAllah.

Selepas berkahwin, saya seperti mendidik seorang “anak kecil”. Syukur suami jenis yang ringan tulang, semua saya ajar, dia tolong dan buat. Cumanya itulah, memang kene ajar daripada kosong. Sebab dia memang tak pernah buat kerja rumah apa-apa termasuklah basuh kereta.

Sepanjang kahwin, saya memang rajin basuh kereta. Suami, dalam setahun mungkin sekali, itupun dia hantar kedai. Sekali lagi, saya tidak ada masalah rumah tangga bersama suami, yang saya ada masalah dengan mertua saya, kerana suami saya sudah banyak improvement sejak kami mendirikan rumah tangga. Daripada tidak tahu apa-apa, sekarang sangat cekap menguruskan anak-anak dan hal rumah.

Lagi perbezaan yang amat ketara, mertua saya amat kedekut orangnya walhal duit nya dalam bank sudah mencecah jutaan ringgit. Ini antara perkara yang paling saya terkejut sejak tinggal dirumahnya. Bawang untuk masak harus jimat-jimat! Bill air naik sedikit, kami terus dipersoalkan.

Hadiah kawen, hadiah pada cucu-cucu tidak pernah sekali. Pinjam kereta saya, akan pulangkan dengan tangki kosong. Bila dia cuci kereta, habes kereta saya disebelah kotor semula sebab terkena air sabun cucian dia. Dia memang tak pedulikan perasaan orang lain.

Berlainan pula dengan kelurga saya, abah dan mama sangat pemurah, ada rezeki lebih, akan belanja satu keluarga makan-makan. Setiap hari jadi keluarga akan disambut, dan paling kurang pon, “wish” dalam whatsapp group.

Kalau saya tinggal kan kereta pada ibu bapa saya, kereta saya pasti minyak penuh, dan abah saya pasti tolong cucikan kereta saya sekali. Mertua saya sangat kedekut dari segi wang mahupun kudrat untuk membantu apa-apa.

Mertua saya pula, tidak akan melancong kemana-mana. Padanya, membazir duit sahaja, duit melancong itu lebih baik dilaburkan di dalam bank. Mama dan abah saya pula memang suka melancong melihat dunia, tiap2 tahun memang akan keluar negara walaupun duit pencen tidak lah sebanyak mana lagi.

Setelah 3 tahun berkahwin, kami sudah pindah kerumah sendiri kerana saya sudah tidak tahan tinggal bersamanya.

Sebenarnya, perkara ini mungkin nampak remeh pada sesetengah orang. Tapi tidak pada saya. Tempoh penyesuaian diri amat sukar, kerana mertua saya expect, saya mengikut cara dia besarkan anak-anaknya.

Dia ada mengadu pada suami, yang dia tak suka saya tidak mencedokkan nasi dan lauk untuk anaknya (suami saya). Padahal masa itu, dia tumpang dirumah saya 2-3 hari kerana rumahnya dirompak. Saya dengan tanpa pembantu rumah, dan kelam kabut menguruskan anak kecil yang sentiasa melekat dengan saya!

Dia juga kata saya boros berbelanja duit anaknya, padahal saya beli macam-macam pakai duit sendiri. Takkan kita nak label barang-barang dirumah kan? “Isteri beli/suami beli”. Dia juga “bising” kerana saya tidak potong rumput rumah saya kerana “dia selalu potong sendiri rumputnya” bapa mertua tidak pernah ambil tahu hal rumput dan sebagainya.

Wahai semua ibu mertua, biarlah anak-anak mu tentukan sendiri hala tuju rumah tangga mereka. Tak perlulah nak masuk campur bagaimana kami lipat kain ke, bagaimana kami didik anak kami, bagaimana kami potong rumput, bagaimana kami potong bawang, bagaimana kami kemas rumah.

Ingatlah, menantumu dibesarkan dengan cara yang berbeza oleh orang yang berbeza!

2+2=4 tetapi 1+3 juga =4. Cara kita mungkin berbeza, tapi matlamat tetap sama. Kita semua nak bahagia kan?

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini - Submit Confession
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search