Buntu Dengan Kerjaya Aku - IIUM Confessions - Share your secret stories

Buntu Dengan Kerjaya Aku

- 7:36 pm
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya dah lama aku buntu mencari jawapan untuk buat pilihan ni. Harini aku nekad nak minta pendapat korang yang mungkin lebih banyak pengalaman.

Aku perempuan, 31 tahun, dah berkahwin selepas 1 tahun bekerja dan mempunyai seorang anak selepas 2 tahun bekerja. Kenapa aku mention pasal kerja sebab aku nak luahkan tentang kerjaya. Aku mempunyai degree dalam bidang sains tapi nasib tak menyebelahi aku, aku bekerja sebagai seorang admin dengan gaji RM2000 sebulan.

Lepas aku tamat belajar, aku terus mencari kerja sebagai admin kerana bagi aku pekerjaan tersebut mudah dapat memandangkan aku perlukan duit untuk menyara kehidupan aku. Aku ada mencari pekerjaan yang berkaitan bidang yang aku belajar tetapi aku perlu filter betul2 lokasi tempat kerja tersebut.

Buntu Dengan Kerjaya Aku

Memandangkan kebanyakkan lokasi pekerjaan lebih kepada di Kawasan industri, aku pula tidak punya transport dan Kawasan industri pula jarang ada pengangkutan awam, maka ia menjadi alasan kenapa aku kerap menangguh untuk mencari kerja yang dalam bidang aku belajar. Akhirnya aku telah bekerja bekerja sebagai admin disebuah syarikat kecil selama hampir 4 tahun.

Tempat kerja aku sekarang okay je. Bos baik. Kerja tak la susah sangat. Tak ramai staff. Staff pun kebayakkannya berada dekat site, kadang-kadang je datang ofis bila perlu. jadi aku akan ada dekat ofis sama ada dengan bos atau sendirian. Senang minta cuti. Bonus buat masa ni not bad la, sebulan atau dua bulan gaji. Benefit lain just medical dan parking je la.

Selama 4 tahun aku bekerja sebagai admin, ada juga aku mencari-cari jika ada kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan. Memandangkan aku dah berkahwin, maka suami aku boleh la hantar aku pergi tempat kerja dan pengangkutan bukan lagi menjadi masalah aku seperti diawal pencarian aku. Tetapi kalau sekarang ni ada kekosongan jawatan, mestilah mereka lebih prefer orang yang ada pengalaman atau pun fresh graduate.

Aku list kan perkara apa yang menjadi concern pada aku yang aku nak pendapat daripada korang sekalian.

1) GAJI

Seperti yang korang tahu, kerja sebagai admin berapa tinggi je boleh pergi. Itu yang aku tahu la. Aku da kerja 3 tahun baru RM2000.00. Kalau tolak epf, socso, tinggal RM1800 Komitmen banyak. Dan baki tiap kali gaji aku kadang RM100, kadang RM50. Sangat sukar untuk aku buat saving dengan gaji macam tu.

Tak perlu persoalkan tentang pengurusan kewangan aku, sebab aku memang urus duit aku sebaiknya. Aku tak shopping, aku tak tengok wayang, aku tak beli make up, tak pergi bercuti dan sebagainya. Komitmen tu memang benda yang penting-penting. Cukup korang tahu RM1800 tu just cukup-cukup sahaja tak ada lebih.

Aku juga berkeinginan nak beri itu ini apa keluarga aku. Yang murah pun kadang-kadang berfikir juga kalau nak memberi. Suami aku? Kami lebih kurang sama. Gaji sama dan komitmen lebih kurang juga. Dia lebih kepada sediakan keperluan anak, dan makan minum kami sekeluarga.

2) KERJAYA

Aku selalu tanya pada diri aku, adakah aku nak kerja sebagai admin sehingga usia aku bersara? Jika memang betul aku tak de rezeki dalam bidang yang aku belajar, aku nak ada perningkatan dalam kerjaya aku.

Aku nak tahu, jika aku bekerja sebagai admin, apa jawatan seterusnya aku perlu naik? Senior admin? Manager? Sebab aku rasa, kalau aku terus berada dekat syarikat ni, aku akan kekal macam ni je, gaji sama, jawatan pun sama. Syarikat kecil kan. Kalau dia bagi aku jawatan manager pun, berapa je gaji yang dia boleh bagi.

3) BOSAN

Kerja admin dekat syarikat ni tak la rumit sangat. Aku buat benda rutin. Aku key in invois dan lain-lain. Aku prepare gaji. Aku buat bayaran untuk bil-bil. Aku pula kerja seorang diri. Memang seronok, sebab aku tak perlu layan orang membawang ke, busuk hati dengan aku ke. Aku boleh buat apa je aku nak buat. Tapi lama-lama aku dah mula bosan dengan rutin aku.

Persoalan aku,

1) Adakah aku perlu cari kerja dalam bidang aku belajar? Sebab kalau bekerja dalam bidang aku belajar, ada kebarangkalian gaji aku akan tinggi. Tapi sebab aku tak de pengalaman, aku kena mula dari bawah dan gaji aku mesti kurang dari sekarang. Sebabkan komitmen aku tinggi, aku perlu ada minimum RM2000 sebagai gaji permulaan.

2) Adakah aku perlu tukar syarikat lain?

3) Adakah aku perlu buat part time belajar dalam bidang admin untuk melayakkan aku untuk panjat tangga kerjaya lebih tinggi?

Aku sedar, diawal-awal tu, masa aku lepas belajar, aku ambil masa terlalu untuk cari kerja dalam bidang yang aku belajar. Aku stay kerja sebagai admin terlalu lama. Dan aku juga tak buat saving untuk diri aku dahulu. Aku belum stabil dari segi kerjaya tapi aku dah decide untuk kahwin pula. Tapi yang dah lepas tu biar je la. Tak boleh ubah dah.

Aku harap sangat yang berpengalaman boleh bagi cadangan pada aku. Aku tanya dekat sini sebab aku boleh dapat pandangan lebih meluas. Mungkin ada orang akan cadangkan aku untuk buat online bisnes. Ye aku ada buat. Tapi tak de la masyuk sangat. Duit untung setakat beberapa puluh tu, biasanya aku akan terguna untuk mencukupi duit makan aku sendiri.

Puan Tiga Satu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini - Submit confession
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search