Aku si Breadwinner - IIUM Confessions - Share your secret stories

Aku si Breadwinner

- 6:08 pm
Terima kasih Admin sebab sudi siarkan confession aku.

Aku berusia 27 tahun dan telah bekerja lebih kurang 4 tahun. Gaji aku dalam 2k++. Aku tinggal jauh dari mak ayah dan 5 org adik beradik yang lain sebab bertugas jauh. 2 org adik lelaki sudah bekerja tapi boleh hulur sikit je dengan parents sebab nak kumpul duit untuk kahwin. Pihak perempuan minta berpuluh ribu duit hantaran. Jadi sebab dah cinta, hah kerja separuh mati lah kumpul duit. Parents terkapai-kapai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yang 3 orang lagi still belajar. Seorang kat U yang 2 lagi still sekolah menengah. Ayah aku still kerja tapi kerja gitu-gitu ja. Kalau malas, tak gi kerja. Hampa!

Aku rasa tanggungjawab untuk sekolahkan adik2 aku yang 3 orang tu jatuh kat bahu aku. Sebab mak aku bila minta duit nafkah dengan ayah aku dapat RM 200-300 camtu je. Korang rasa cukup tak untuk survive sebulan? Bulanan rumah, bil2 semua aku yang settle. Belanja makan aku dengan adik seorang lagi yang top up barang dapur kalau ada yang kurang dsb. Mak jarang minta tapi dia jenis bercerita. So sebagai anak, faham2 jelah kalau mak dah kata "Bulan ni mak xcukup duit nak bayar yuran bas sekolah adik2". Aku lemah sangat bab-bab camni. Duit tinggal kerak kat bank pun aku tetap gigih bank in kat mak aku. Sejujurnya aku takda duit simpanan kecuali KWSP. Orang nampak aku tiada komitmen lain selain kereta RM 300 sebulan sebab bujang. Tak couple2 ni sebab nak bantu family dulu. Tapi sebenarnya nak simpan RM 100 sebulan pun payah. 70% gaji aku untuk family.


Aku bukan kaki shopping. Bukan kaki gadget. Nak berbelanja untuk diri sendiri pun boleh dikira berapa kali setahun. Baju baru setahun 2 pasang ja kot, untuk raya dengan baju wajib beli untuk kegunaan kerja. Phone aku? Hmm dah pakai sejak tahun 2016 lagi. Itu pun tukar sbb phone lama rosak. Phone ni ok lagi cuma kadang dah kurang support dan selalu hang hahaha tak apalah still boleh pakai, kira ok la. Keluar dengan kawan pun even aku duk jauh dengan family memang jarang sebab aku nak berjimat. Aku tak tau lah kalau Ayah aku nampak kesusahan aku ni. Ayah siap minta duit kat aku. Ya Allah terbalik dah dunia ni. Aku ni anak gadis yang belum berkahwin. Aku masih bawa jagaan ayah kot tapi aku dah jadi breadwinner family. Semua minta kat aku. Aku tak kisah actually hulur duit dengan mak tiap2 bulan. Separuh gaji. Tapi bila ayah call nak minta duit lagi sebab nak beli apa tah, aku jadi naik angin! Duit simpanan tinggal RM 200 nak catu sampai gaji bulan depan. Tolong lah! Kadang kecewa rasa. Penat kerja tapi takda sikit pun untuk aku. Tiap bulan struggle untuk hidup.

Aku terfikir dulu aku belajar tak susahkan ayah aku pun sebab aku dapat scholarship. Dapat kerja, berniat nak berbakti dengan parents. Tapi bila tiap bulan susah macam ni, ikhlas tu makin pudar saban hari. Aku harap ayah aku tak minta duit lagi sebab aku dah bagi separuh gaji aku tiap bulan untuk untuk mak dan adik-adik yang sepatutnya bawa tanggungjawab ayah. Aku penat jadi breadwinner. Aku pun nak bahagia macam orang lain. Aku tak pernah rewards diri pakai cantik makan sedap jalan2 cuci mata. Tak pernah. Aku jalan pun sebab bawa adik2 jalan masa cuti. Setakat bawa diorang pusing mall beli sikit baju dan makan sedap sekali sekala. Dan ayah aku rasa aku banyak duit padahal aku dah bajet kos keluar berjalan dengan adik2 tu sebab kesian tengok diorang duk kat rumah je masa cuti. Memang diorang jarang keluar jalan sebab ada ayah macam takda pun.

Pernah rasa geram sampai rasa cemburu tengok orang yang takda ayah. Tak perlu pening dapat ayah macam aku. Asyik disuruh untuk menjadi anak yang soleh/soleha. Kenapa ayah tak tunjukkan teladan yang bagus? Aku penat "berjuang". Rasa nak lari dari semua ni. Hidup sendiri. Fikir hal sendiri ja. Hidup minimalis. Tapi mak dan adik2 siapa nak jaga nanti kalau aku lari? Aku buntu. Aku dulu masa kecil nak minta duit dengan ayah untuk keperluan sekolah pun berfikir panjang sebab takut kena tengking "Kamu ingat ayah berak duit? Ayah tak duit." Ayah tak pernah cakap elok2. Aku benci sikap ayah yang ini.

Penat dah buat curhat. Tunggang langgang curhat ni. Yang penting aku penat dah. Penat sangat.

By Breadwinner

Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search