Tanggungjawab Anak Lelaki - IIUM Confessions - Share your secret stories

Tanggungjawab Anak Lelaki

- 8:17 pm
Assalammualaikum. Thank u admin if confession ni dipublish, meaning that ni second confession aku. So aku nur kalau korang ada baca confession aku before this.

Apa yg aku nak cerita ialah pasal tanggungjawab anak lelaki. Aku merupakan anak ke 6 drp 7 adik beradik. Org kalau dgr mesti akan cakap senang la parents kau anak semua dah besar2. In fact, tak sama sekali. Ayah aku dah nak masuk 70 but still kami sekeluarga menyewa rumah org. Sebab apa? Sebab abg2 aku yg terlalu naif pasal tanggungjawab.

Aku ada 3 abg, 2 org kakak dan sorang adik perempuan. Yg sulung lelaki. So aku cerita ni sekali la pasal abg2 aku yg tiga org tu. Abg aku yg first dah kahwin tp wife dia meninggal lepas 3 tahun kahwin. So now dia duduk dgn kami balik. Abg aku ni jenis panas baran sikit, mmg tak boleh kena tegur. Kerja tetap tu susah, bila kerja ada je problem and akan berhenti kerja lepastu. Ada satu masa tu lama dia tak kerja parents aku tanggung makan minum padahal umur dah tua.

Apa yg boleh aku cakap abg2 aku ni selfish. Buat something tak fikir makayah tp utk diri sendiri. Bukan nak rude ke apa tp if kau buat smtg tanpa fikir makayah kau takkan ke mana. Nak dpt rezeki pun susah, tu sbb duit asyik tak cukup even komitmen tak la banyak mana. “Ada satu moment buat aku speechless bila mak tanya abg aku taknak beli rumah ke then dia jawab kalau nak beli pun utk org kahwin nnt” selfishnya kau terus aku ckp dlm hati.

IIUM Confessions Tanggungjawab Anak Lelaki
Ada jugak time tu aku terkurang ajar dgn abg aku yg first sbb aku dah tak tahan. Dia suka ckp mak aku lebih sygkan yg perempuan sbb mak selalu tegur perangai diorang tp bukan yg perempuan.
Abg aku yg sulung ni agak rude dgn mak aku kalau nak bandingkan dgn dua org lagi, yg lagi dua tu perangai lebih kurang just takdelah sampai nak pukul or tengking mak aku. Kalau ada salah faham, bertengkar ke apa suara dia jgn ckp ah kemain lantang. Ada one day tu dia tengking mak depan aku, hampir naikkan tangan. Ayah aku takde time tu. Aku nampak dia nak naikkan tgn pun aku dah nangis. Aku terfikir tergamak dia nak naikkan tgn kat mak dia yg besarkan dia sampai dia besar dgn sabar perangai buruk dia selama ni? Ya Allah aku taktau apa dia fikir.

Aku ni kira untung sbb aku dpt tengok semua benda buruk yg diorang buat parents aku. Benda tu yg buat aku tanam niat nak belajar nak kerja tlg mak ayah aku. Satu benda buruk psl adik beradik aku ni diorang terlalu berkira. Kalau yg ni bg lebih then dia tahu lg sorang bg sikit dia jd marah. Kononnya tak fair, tak ke kurang pandai namanya even dah tua bangka? Kenapa kau tak fikir psl parents kau yg susah instead of nak jeles adik beradik?

Kadang2 tu diorang dah okay tp dalam okay tu mesti nak bercakap and mengungkit. Perasaan mak ni lembut, dia mudah terasa even dia tak tunjuk. Why aku tahu? Sbb mak selalu luah perasaan dia kat aku. Mak aku cakap dgn nangis2, aku tak kuat tgk mak mcm tu. Mak terkilan dgn anak2 dia terutama yg lelaki sbb diorang tak sedar tanggungjawab diorang dgn parents sampai mati. Akak aku sorang dah kahwin, dia okay jugak sbb tgk parents aku. Ada jugak dia ajak duduk sekali tp mak aku taknak sbb malu dgn menantu dia. Mak ada tiga anak lelaki yg duduk sekali takkan nak duduk dgn menantu lelaki? Even abg ipar aku tu mmg baik tak dinafikan.

Ada jugak time tu aku terkurang ajar dgn abg aku yg first sbb aku dah tak tahan. Dia suka ckp mak aku lebih sygkan yg perempuan sbb mak selalu tegur perangai diorang tp bukan yg perempuan. Yela dah perangai mcm apa kan? Akak2 aku kerja biasa2 pun still tgk makayah aku. Time makayah sakit kami yg perempuan yg jaga. Time tu aku tengking abg aku, aku ckp apa yg terbuku selama ni sampai abg aku nak pukul aku. Since that aku tak tegur dia till one day dia yg tegur aku balik sbb mak sakit time tu.

Aku bukan apa, aku tahu kadang aku cam tak layak nak ckp pasal tanggungjawab sbb aku still belajar belum ada peluang nak balas jasa makayah. Tp aku terkilan ayah aku still kerja even umur dah nak 70, mak still tak rasa tenang dgn keadaan mak yg tak sempurna fizikal. Lagi2 bila aku jadi tmpt dia mengadu nasib. Pernah mak ckp dgn aku, kenapa anak lelaki mak tak mcm anak lelaki org lain? Mak ke yg salah didik? Then aku balas mak salah didik atau tak itu tolak tepi sbb benda tu bukan greenlight diorang boleh buat mcm tu. Aku tak pernah salahkan mak ayah sbb didikan diorang ke apa sbb aku tahu dulu diorang lagi susah. Kita sbg anak yg dah besar ni dah boleh fikir apa tanggungjawab kita. Aku yg baru 21 ni pun boleh fikir takkan diorang tak boleh?

Niat aku satu je. Aku nak sgt belikan mak ayah aku rumah. Sumpah tu je satu2 benda yg boleh buat aku happy sbb dpt tgk makayah bangga dan happy ada rumah sendiri. Mak pun pernah ckp nak jugak rasa aku belikan diorang rumah sbb aku je tmpt yg dia boleh mengadu sekarang ni. Tolong doakan umur makayah aku panjang so that diorang dpt rasa rewards setelah diorang jaga aku sampai aku besar ni.

Even aku rasa sedih sbb aku baru nak masuk deg, aku tahu agak lambat makayah nak tunggu aku tp inshaAllah aku nak pastikan penantian diorang tak sia sia. Mak pun pernah ckp mak tak harapkan org lain selain aku dan adik. Dia tahu aku nampak semua kejadian kat rumah ni so dia nak aku ambil iktibar utk jadi better dari diorang.

Keluarga aku ni nak kata susah sgt tu takde la sbb rezeki tu ada je, makan minum cukup even kadang2 takde la dpt makan sedap hari2 tp part makayah aku belum rasa ada rumah sendiri, benda tu yg buat aku terkilan. Aku jadi mcm ni sbb aku sendiri nampak airmata seorang ibu. Airmata dia tu tunjukkan bertapa kecewanya dia. Nak merasa duit anak2 kena jadi mcm pengemis baru dpt. Dah bagi mengungkit pulak. Allahuakbar apalah sgt nilai duit banding kasih sayang ibu yg jaga kau?

Korang kat luar sana, doakan lah rezeki keluarga aku sentiasa ada. Aku tak mintak jadi kaya, tp biarlah aku dapat beri keselesaan kat makayah since diorang pun dah tua. Jadikan cerita ni as petunjuk utk korang, fikir cukup tak selama ni kita tgk makayah kita? Makayah takkan cakap sbb diorang pendam. Buat lah mak ayah happy selagi diorang hidup. Keberkatan daripada makayah tu sgt penting. Doakan niat aku termakbul. Semoga Allah memberkati semua, assalammualaikum.

– Nur

Ada kisah menarik yang anda ingin kongsikan di Media Confessions ini? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search