Jagalah Aurat mu Hawa - IIUM Confessions - Share your secret stories

Jagalah Aurat mu Hawa

- 8:11 pm
Assalamualaikum. Terima kasih pada admin sekiranya confession aku ni disiarkan. Aku just nak sharing apa aku rasa je. Kalau korang tengok tajuk mesti korang faham kan. Aku nak cerita sikit pengalaman aku yang dulunya tak menjaga sangat pun aurat aku tapi sekarang Alhamdulilah aku dah mula sikit2 tuk jaga aurat aku.

Aku tahu bukan senang tuk istiqamah bila kita dah mula start berhijrah. I know that struggle. But pada aku if we know what is the reason of why we are created by Allah, kita akan cube sedaya upaya tuk jaga setiap apa yang kita buat. Sebab kita tahu kita diciptakan bukan untuk suka2 kat dunia tapi bekerja keras tuk kehidupan yang kekal kat akhirat.

Masa mula2 aku nak start berubah, aku rasa Allah mudahkan aku sebab aku jumpa kawan2 yang baik, yang bimbing aku,yang selalu beri semangat supaya tak putus asa. That moment bila aku start nak jaga aurat aku ialah aku suka tengok perempuan yang bertudung labuh. Aku rasa sejuk setiapkali pandang mereka.

Then, aku start beli tudung bidang yang besar sikit dari bidang biasa aku pakai. Lama2 aku rasa macam seronok. Lepas tu, aku mula pulak dengan handsock. Tapi on off jugak lah handsock tu masa mula2. Alhamdulilah sekarang aku memang tak boleh keluar kalau tak pakai handsock. Lepas handsock, aku mula pula pakai stokin. Stokin pun aku on off jugak. That moment bila kawan aku cakap actually tangan dengan kaki adalah aurat kita, aku start pakai semua tu.

Jagalah Aurat mu Hawa IIUM Confessions
Pernah satu hari, lepas aku solat zohor dekat satu surau kat tempat kerja, ada sorang kakak ni tanya aku, “Dik, tak panas ke pakai macam ni?” Aku hanya mampu senyum je waktu ni. Aku cakap mula2 mmg panas, tapi bila lama2 kita akan biasa.
Alhamdulilah aku masih istiqamah lagi sekarang. Even sekarang aku takkan keluar selagi aku tengok Tudung aku pendek, baju aku ketat, tangan dan kaki aku terbuka. Sebab aku rasa insecure kalau aku tak pakai semua tu. Satu perkara yang best bila kita pakai macam ni ialah bila jumpa lelaki automatic mereka akan tundukkan muka atau kata lain mereka hormat lah even ada certain yang macam perli aku ni ustazah. But I don’t care pun. Biarlah orang nak cakap apa asal aku rasa selamat.

Pernah satu hari, lepas aku solat zohor dekat satu surau kat tempat kerja, ada sorang kakak ni tanya aku, “Dik, tak panas ke pakai macam ni?” Aku hanya mampu senyum je waktu ni. Aku cakap mula2 mmg panas, tapi bila lama2 kita akan biasa. Kalau panas dunia kita tak boleh tahan, macam mane nak tahan panas kat “sana” nanti. Alhamdulilah esoknya aku tengok akak tu start pakai handsock. Aku senyum je bila jumpa akak tu. Alhamdulilah, Moga akak tu istiqamah.

Pada aku tak susah sebenarnya nak jaga aurat kita ni. Yes, aku admit masa mula2 tu struggle sikit lah.

Tapi aku just fikir, sampai bila aku nak terus berada dalam keadaan yang macam dulu. Satu benda yang aku sematkan dalam diri aku adalah bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan permudahkan segalanya untuk kita.

So ke pada girls2 yang baca confession ni, let’s do the first step untuk tutup aurat dengan sempurna. Jangan mendadak tapi sikit2. Aku percaya InsyaAllah korang akan rasa tenang sama macam aku rasa sekarang. Tu jelah daripada aku setakat ni. Kalau ada masa aku akan share lagi ngan korang.

Terima kasih sudi luang masa baca confession aku ni. Moga Allah berkati kita semua. Assalamualaikum.

– Sam

Ada kisah menarik yang ingin anda kongsikan di Media Confessions ini? Sila hantarkan klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search