Kehilangan Yang Menguatkan - IIUM Confessions - Share your secret stories

Kehilangan Yang Menguatkan

- 8:29 pm
Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih admin publishkan confession ni (kalau publish). Aku K. Aku nak confess tentang pengalaman kehilangan seorang ibu. Bersempena dengan hari ibu, aku tengok ramai orang post ucapan selamat hari ibu dekat laman sosial. Letak gambar ibu, caption-caption yang sejuklah hati dan perut ibu-ibu semua kalau mendengar. Hakikatnya setiap hari hari ibu. Kerana kasih dia tiada sempadan waktu dan hari pun. Untung kan ada ibu?

Aku kehilangan mak ketika aku berumur 3 tahun. Mak aku sakit buah pinggang. Aku terlalu kecil untuk faham keadaan kesihatan mak aku. Ada 2 moment epic yang memang tak pernah luput dalam ingatan aku. Bayangkanlah budak 3 tahun boleh ingat apa je. Tapi yang ni memang Allah bagi aku ingat, bagi aku rasa bahawa kau dah kehilangan ibu kandung. Serious memang aku tak pernah lupa.

1) aku berada atas dukungan ayah aku. Depan aku sekujur tubuh yang menutup mata. Macam tidur. Tapi aku menangis waktu. Ayah aku rendahkan badan untuk bagi aku cium muka arwah mak aku. Aku tak ingat aku cium ke aku palingkan muka. Sebab aku macam faham waktu tu. Mak dah takde.

2) aku duduk atas riba nenek aku. Aku menangis kuat waktu tu. Waktu tu kat tanah perkuburan. Aku nampak orang ramai ramai masukkan jasad arwah mak aku dalam liang lahad. Aku tahu mak dah meninggal.

IIUM Confessions Kehilangan Yang Menguatkan
Aku selalu cakap ya Allah, kau bagi lah aku peluang walaupun sedetik nak tengok wajah mak aku secara live. Aku tak pernah dengar suara dia.
Beberapa lama lepas tu, aku dapat satu mimpi. Mungkin sebab aku rindu sangat kot kat mak aku. Dalam mimpi tu, aku dalam bilik baru bangun tidur. Aku dengar macam bising bising kat dapur, macam orang masak. Aku terus teringat kat mak aku. Aku keluar bilik tengok makanan dah siap. Pastu aku keluar rumah sebab aku dengar orang tu macam pakai selipar nak keluar. Lepas tu aku nampak mak aku tengah jalan kat satu lorong depan aku. Aku tahu tu mak. Kiri kanan lorong tu ada pokok pokok hijau. Dia senyum kat aku. Dia lambai aku. Aku pun panggil “mak”. Pastu dia pusing dan hilang. Aku pun terjaga. Sampai sekarang aku tak pernah lupa mimpi tu. Dahnlepas tu aku tak pernah mimpi mak aku lagi.

Aku selalu cakap ya Allah, kau bagi lah aku peluang walaupun sedetik nak tengok wajah mak aku secara live. Aku tak pernah dengar suara dia. Aku tak ingat pun muka dia except waktu cium last tu. Aku rindu nak salam tangan dia. Kalau korang pernah tengok cerita indonesia tajuk dia ‘mutiara hati’, watak Nabilah tu boleh jumpa mak kandung dia dalam mimpi setiap kali ada masalah. Aku selalu berangan macam tu nak jumpa mak aku. Tapi aku tahu mustahil. Aku hanya mampu bagi doa je untuk dia.

Dulu, aku selalu tidur pegang gambar dia. Nangis cakap kenapa mak tinggal aku. Tapi lepas tu aku fikir, Allah ambil mak sebab dia sayang mak. Dia sayang hambaNya yang lemah ni jugak sebab mungkin kalau aku besar aku anak derhaka ke, tak reti hormat mak ke. Dan mungkin kalau Allah tarik mak waktu aku dah besar mungkin aku tak redha atas takdirNya. Mungkin aku akan meratapi pemergian mak siang malam. Sebab tu Allah hilangkan mak waktu aku tak tahu apa apa, supaya kesakitannya kurang sikit. So untuk sesiapa yang telah kehilangan orang tersayang yakinlah bahawa anda semua kuat menghadapinya. Allah takkan bagi something kecuali orang tu sanggup nak pikul. Walaupun pahit untuk ditelan.

2 tahun lepas tu, ayah aku kahwin lain. Sebab aku masih kecil, 5 tahun. Mak tiri aku seorang yang sangat baik. Aku bersyukur sangat dapat mak tiri macam dia. Kalau orang kata mak tiri semua jahat, sebenarnya ada je yang baik. Tapi rasanya still lain. Mak kandung takkan sama dengan mak tiri. Perasaan tu susah nak diluahkan untuk siapa yang tak rasa. Tapi aku nampak effort dia untuk berusaha jadi pengganti mak aku. Bukan senang untuk seorang perempuan menerima anak anak dari seorang duda yang kematian isteri. Hidup dalam bayangan isteri lama dan ibu kepada anak anak tirinya. Tapi baiknya Allah, Dia kurniakan aku seorang wanita yang hebat.

Kesimpulannya, aku nak state kat sini. Bersyukurlah untuk siapa yang mempunyai seorang insan yang bernama ibu. Al Quran sendiri ada sebut, hatta perkataan ‘ah’ sendiri tak boleh sebut. Aku selalu tengok kawan kawan aku cakap kasar kasar dengan mak dia. Ada yang tu buat macam mak dia jadi orang gaji. Angkatkan barang barang dia, arahkan itu ini. Marah mak dia kalau tak ikut cakap dia. Ingatlah bahawa, ada insan yang teringin sangat untuk mendengar bebelan dan marah seorang ibu. Aku kira beruntung ada pengganti, ada je insan lain yang terus tiada mak dan mendapat mak tiri yang menyeksakan.

17 tahun sudah berlalu, tapi untuk anak bongsu macam aku, setiap tahun aku menghitung berapa tahun dah mak meninggalkan aku. Aku tahu mak dah ada dalam syurga. Sebab Allah kan baik. Dia mesti tak mensia-siakan hambaNya. Aku akan jumpa mak aku di syurga. Aku kuat dengan kehilangannya.

Untuk para pembaca sekalian, jagalah ibu dan bapa kalian kerana mereka nikmat terbesar yang Allah dah berikan. Kerana selepas Allah menginginkan hakNya semula, hilang lah salah satu pintu syurga kita. Habislah tempoh pinjaman yang selama ni kita tak endahkan. Sebelum terlambat. Sebelum menyesal. Moga Allah redha.

– K

Ada kisah menarik yang ingin anda kongsikan kepada pembaca? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search