Rintihan Si Bongsu - IIUM Confessions - Share your secret stories

Rintihan Si Bongsu

- 8:39 pm
Hai semua. Aku anak bongsu . Umur 25 tahun masih mencari pekerjaan. Alhamdulillah, rezeki aku belajar masa degree dapat tajaan dan master baru2 ni guna mybrain+pama. So aku takda masalah nak bayar hutang pendidikan. Cuma, belum rezeki aku untuk dapat kerja lagi sekarang ni (mohon pembaca semua doakan aku dapat kerja secepat mungkin agar aku boleh balas jasa kedua2 ibu bapa aku especially my mum)

Story aku ni sebenarnya pasal keluarga aku. Macam2 perangai ada, dari ayah abang kakak dan ipar sendiri. FYI, aku mengganggur hampir 8 bulan. So aku duduk rumah kena masak kemas rumah basuh lipat baju semua. Before ni pun kalau sem break/cuti memang kerja rutin aku pun. Cuma weekend je aku curi tulang sebab mak cuti. Tapi aku dah berubah sikit, which is aku akan bangun awal untuk tolong mak aku prepare breakfast.

Mak. Memang tak pernah mengeluh. Bangun pagi dia akan siapkan breakfast and start kalut iron baju mandi pi kerja. Balik kerja dia rehat kejap pastu tidur. Sometimes dia bawa kerja balik tapi tak buat sebab penat sangat. Kalau dia minta aku kejutkan, aku tak kejut pun sebab aku kesian. Tapi kalau benda penting and nak kena submit mak aku akan bangun jugak kadang pukul 3 4 pagi sampai subuh siapkan kerja.

Rintihan Si Bongsu - iium confessions
Aku ada baca org kata biar ikhlas buat sesuatu perkara. Barulah mudah dapat rezeki. Serious aku kata aku ikhlas sebab niat aku, aku nak kurangkan beban mak aku. Tapi bila benda yg sama asyik berlaku aku jadi naik angin. - iium confessions
Kesian aku tengok mak. Tapi aku ni jenis tak reti nak tunjuk emosi aku. Kalau aku tengok mak aku buat kerja mesti aku masuk bilik nangis. Yelah. Siang kerja balik rumah pun buat kerja. Rehat kejap je. Semua perbelanjaan mak yg tanggung. Ayah? Ikut mood dia nak buat apa.

Actually aku nak cerita sikap abg aku. Dia dah bercerai.And baru2 ni dia berkenalan dgn seorang perempuan. To tell the truth, aku tak berkenan dengan perempuan tu walaupun abg aku kata nak kahwin dgn dia. Even dia siap paksa (by whatsapp) both my parents pi jumpa family dia. And if korang baca apa yg abg aku kata, mesti korang rasa geram and nak marah tapi aku tak nak lah cerita dekat sini. Its to privacy.

The things yg aku tak berkenan, abg aku ni payah nak solat. Ikut mood dia. Even solat jumaat tu sebulan sekali. And aku sampai dah jemu nak suruh dia pi solat. Bayangkan bapak aku ajak pi solat pun dia tak nak, ni kan aku suruh. Memang tak lah. Pernah sekali anak dia ajak dia pi solat, bersemangat ni. Tapi abg aku marah dia. 

Aku saja ngendap bilik dia. Rupa2nya dia bergayut dgn perempuan tu. Aku memang geram betul. So perli la kuat2, bagi alasan penat padahal bergayut. Bayangkanlah 24jam pegang phone. Anak dia tak layan. Aku paling benci perempuan jenis ni (sorry kepada yg terasa). I dont mind if you guys tak solat but please keep reminding other peoples to do their part. Sometimes aku rasa berdosa sangat2 tapi apa aku boleh buat. Dah ingatkan tapi dia sendiri tak nak pi.

Second is, aku & abg aku ‘menumpang’ di rumah mak. Kenapa aku guna perkataan menumpang? Sebab masing2 mampu untuk hidup berdikari tapi memilih untuk tinggal bersama di rumah mak. Part sini yg aku sangat sedih. Bayangkan abg aku tak pernah pun beli barang keperluan rumah. Dulu ada la aku nampak sekali dua dia bayar bil elektrik tu pun berapa tahun lalu. 

Tapi nak tgk dia beli barang rumah memang kosong. Aku tak tahu la dia ada bagi mak duit tak so far aku pernah tanya mak, mak kata takda. Bila dapat gaji dia akan bawa anak dia makan luar (i dont mind sebab anak dia kan) tapi aku kesal bila dia banyak belanja perempuan tu pi makan kafe hipster, asal gaji je bawa pi jalan merata2. Bila mak? Hampeh… habuk pun takda. Sedihlah.

Semua makanan dalam rumah dia makan sekali. Tapi untuk belanja ibu sendiri tak pernah buat. Ntahlah. Aku sedih. Memang aku takda hak nak halang dia makan pun sebab aku sendiri pun menumpang dekat sini. Bila ada duit makan luar. Pi enjoy sana sini. Bila takda duit, sibuk minyak pun tak mampu nak isi minta mak. Ni part yg aku paling geram. Suka buat sepah tak reti kemas. Plastik yg dah habis makan biar je atas meja. 

Minum tak reti nak basuh tinggal dalam peti ais atas meja. Aku bukan nak berkira. Tapi sampai bila benda2 kecik ni nak harapkan org lain yg buat. Dah habis makan biar pinggan kosong macam tu je. Bayangkan aku dah kemas meja semua. Bila aku mandi and nak makan tgk meja dah bersemut. Ada cawan tak basuh. Serbuk susu anak bersepah atas meja bawah lantai. Bila aku bising dia dengar sekali pastu buat balik. Kalau aku yg tak bersihkan mak aku yang akan bersihkan. So terpaksa la aku buat.

Aku ada baca org kata biar ikhlas buat sesuatu perkara. Barulah mudah dapat rezeki. Serious aku kata aku ikhlas sebab niat aku, aku nak kurangkan beban mak aku. Tapi bila benda yg sama asyik berlaku aku jadi naik angin. Mula la aku bermonolog sorg2 ungkit semua benda. Ko nak makan ka nak minum ka ko buatlah. Tapi tolong bersihkan balik. 

Kadang2 tu halaman rumah dah macam kawasan sampah. Plastik ais krim la plastic keropok puntung rokok semua ada. Sedih sangat2. Kadang2 bapak aku yg bersihkan (bapak aku ni jenis nak halaman rumah nampak bersih barulah tetamu seronok nak masuk). Ko ingat tak penat ke buat semua tu? Yes aku mengganggur. Apalah sangat kerja2 rumah ni kan. Tapi bila satu tempat tu dah bersih, tak sampai sehari dah kotor. Memang anginlah.

Aku ada kakak ipar. Tapi semua perangai sama ja. Mungkin betul lah kajian mengatakan perempuan ni kalau bukan dapur dia, dia malas nak masak. Ikut mood. Bayangkan mak aku yg buat breakfast lunch dinner semua. Depa makan bila semuanya dah terhidang. After makan bukan nak tolong kemas2. Sapa jadi mangsa? Akulah. Sebab aku tak suka tgk benda kotor2. Nasi sepah2 dekat lantai sebab anak diorg makan tumpah2. Takda lah nak amik penyapu. Minum pun sama, tinggal je situ. Bila kenduri ka apa mana nak tolong. Aku jugak lah yg kemas sorg2 mak aku masak sorg2. Depa pakai cantik2 pastu makan. Tapi diorg ni ok ja actually. Cuma part tu je la malasnya.

My sister not really in a good term with my dad. Again, today aku nangis sebab kakak aku tegur ayah aku. Ayah aku buat bising sampai anak dia terjaga tidur. Aku rasa bapak aku merajuk terus masuk bilik. Before ni pun depa ada gaduh dalam group family. Saling bahas membahas sehingga kakak aku left group. Mungkin sebab aku tegur dia privately kot. Ntah. 

Sometimes aku sian dgn ayah aku. Mungkin sebab dia lonely. Dekat rumah takda sapa cakap dgn dia. And kteorg jadi macam ni pun sebab perangai ayah aku (ada something yg ayah aku buat) so family aku jadi tak rapat and masing2 buat hal masing2. Kadang2 dia cakap dia lenguh2 badan tapi takda sapa nak urut so pagi2 dia akan massage kaki dia guna mesin. Bila aku duduk sorg2 fikir ayah aku memang aku akan nangis.

Thanks to readers yg baca dari awal hingga akhir. Banyak lagi isu yang terpendam tapi aku simpan je. Niat aku nak confess dekat sini sebab aku nak share masalah aku dgn org lain. Sometimes aku stress sebab sikap2 family aku sendiri. Tapi aku tak tahu nak luahkan pada siapa so aku akan nangis sorg2 dalam bilik. Aku baru je habis nangis tadi. Mata pun bengkak. 

Doakan aku dapat kerja secepat mungkin agar aku dapat balas jasa kedua2 ibu bapa aku dan bawa mereka pergi haji&umrah dalam 5 tahun akan datang. Kalau boleh kerja berdekatan dengan ibu aku supaya aku boleh kurangkan beban ibu aku. Aku mohon jugak kalian semua doakan agar abang dan ayah aku insaf & berubah ke arah kebaikan. Doakan jugak keluarga aku bahagia. Terima kasih. Maaf salah silap.

– Si Bongsu

Anda ada kisah yang menarik untuk dikongsikan pada ruangan confessions ini? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search