Tolong Jangan Cakap Macam Ni - IIUM Confessions - Share your secret stories

Tolong Jangan Cakap Macam Ni

- 6:31 pm
Salam. Aku bukan pelajar IIUM pun tapi aku nak kongsi pengalaman aku yang baru sahaja di diagnosed dengan depression beberapa bulan lalu. Tak tahu admin akan share atau tidak but here it goes.

Aku pelajar Tahun 3 Medik di India. Universiti kami mengamalkan sistem 2 tahun kelas teori dan baki 3 tahun klinikal dan aku sekarang kiranya di tahun pertama klinikal.

Pada sekitar November 2016, di awal posting pertama hospital, aku perasan sesuatu dengan diri aku. Aku tiada selera makan, tak boleh tidur, elak diri daripada jumpa kawan, suka bersendirian, hilang motivasi belajar sampai skip kelas, hilang minat membaca (hobi aku membaca), dan paling serius sekali bagi aku, aku rasa sedih yang amat dan nak menangis je tak kira masa.

Ada satu masa tu, aku tengah clerk case. Patient depan mata aku, aku menangis! Aku fikir, “Eh gila ke apa aku ni?” Aku cepat cepat lap air mata dan sambung examine patient sebelum orang lain perasan. Ada masa pada waktu malam ketika aku tengah jalan balik dari hospital ke hostel, perasan sedih tu kuat sangat hanya Allah je tahu masa tu sampaikan aku jatuh terduduk menangis dalam gelap.

Aku tahu apa symptoms ni nak katakan. Tapi ada sebab kenapa aku diamkan diri hampir 4 bulan sehingga la aku beranikan diri beritahu seorang doktor merangkap mentor aku. Seminggu kemudian, aku dipanggil ke Department of Psychology.

Kemurungan - iium confessions
Aku disahkan menghadapi Major Depressive Disorders (MDD) . Stress belajar di luar negara dan berjauhan daripada keluarga antara faktor kemurungan aku.
Aku disahkan menghadapi Major Depressive Disorders (MDD) . Stress belajar di luar negara dan berjauhan daripada keluarga antara faktor kemurungan aku. Setelah berbincang dengan doktor, aku pun mengambil cuti sakit untuk berehat bersama keluarga di Malaysia.

Di rumah, aku gunakan sepenuh masa aku bersama keluarga dan completely disconnected daripada group chat. Aku ada kakak, dia doktor, baru je setahun lebih bekerja. Tapi sikap kakak aku inilah yang menyebabkan kenapa aku mendiamkan diri pasal apa yang aku alami.

“Orang pun stress gak belajar Medik dulu, survive je. Mengada awak ni.” ujar kakak aku.

Aku tahan air mata je dengar kata-kata dia. Aku ingatkan kakak aku, seorang doktor, takkan perlekehkan aku. Kalau kakak aku, seorang doktor boleh bertutur sedemikian, kalian rasa berani ke aku dan mereka yang menghadapi kemurungan dan mental disorders di luar sana nak beritahu kawan-kawan dan ahli keluarga mereka? Sanggup ke mereka open up to people only to belittle?

Sikap orang kita yang macam ni la yang menyebabkan ramai mereka di luar sana, yang ada symptoms macam aku, mendiamkan diri dan merelakan diri dimamah penyakit mental. Kerana persepsi orang kita yang menganggap pesakit mental disorders semuanya gila. Kerana tanggapan orang kita yang memperlekehkan mentaliti orang lain.

Di Malaysia, aku berjumpa dengan seorang psychiatrist. Aku mengulang semula kata-kata kakak aku sambil senahan air mata dan sila semat ayat beliau di hati kalian.

“Setiap orang ada stress level berlainan. We cannot tell others to get over it just because we got over it.” kata doktor tu. “But we can never fight this alone. You need to open up to your close friends, at least. Let them help.”

Sampai sekarang aku ingat ayat beliau. Sejak daripada tu, sejurus sahaja pulang ke India, aku beritahu kawan rapat aku. Alhamdulillah, reaksi mereka tidaklah mengecewakan aku. Mereka sangat supportive. Check on me almost everyday, ajak aku makan sebab tahu aku lupa makan, ingatkan aku ke kelas sebab tahu aku hilang semangat ke kelas.

Sekarang, hampir setiap minggu aku aku ke hospital berjumpa psychiatrist dan ambil antidepressants. Walaupun progresnya sangat perlahan, aku tahu aku kini on the road to recovery. Dan semuanya atas sokongan keluarga yang selalu mesej telefon aku tanya khabar dan kawan-kawan rapat aku yang supportive.

Baru-baru ni, salah seorang kawan aku mula mengalami symptoms yang sama. Aku kata aku boleh temankan dia berjumpa doktor jika dia mahu dan aku suruh dia panggil aku kalau dia rasa sedih sebab aku sendiri tahu dan merasai, bila kau ada kemurungan, kau rasa kau membebankan orang dan rela bersendirian kerana rasa bersalah untuk mengambil masa kawan kau.

Aku lalui semua tu sendirian dan aku taknak orang lain lalui benda yang sama.

Aku harap pemikiran dan percakapan kita selepas ni boleh berubah. Jangan kau rendahkan masalah orang tu dengan berkata, “Aku pun pernah kena macam kau, lek aaaa.” Aku tak berharap kita terus berubah sekelip mata tapi aku berharap yang kita semua ambil seminit untuk berfikir sebelum bercakap sebab apa yang kita tuturkan mungkin akan mengubah masa depan seseorang.

– Ms Anonymous

Ada kisah menarik yang ingin dikongsikan untuk pembaca? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search