Beza Lepak Dengan Lelaki dan Perempuan

- 8:53 pm
Hi, this is my 2nd post up on here. So thanks to admin sebab publish kan my previous post huhu! Ok this time I would like to share about comparison between man and ladies. Ok aku ni boleh kata ramai kawan la jugak (ni bukan nak riak ok haha), perempuan and lelaki sama fair la banyak dia. Tapi aku akan kerap lepak dengan lelaki. Keluar lepak pun aku duk minum minum ja even diorang semua tu merokok. And yes aku bertudung. The most thing yang aku feel secured is walaupun aku sorang ja perempuan among them, and they’re smoking, mulut pungpang kuat mencarut, tapi depa tak pernah sentuh or come closer kat aku. Before 12am, dah hantar aku balik rumah. Respect la.

Ok perbezaan dia is :-

Lelaki,

- senang lepak dengan diorang ni. kedai mamak ja. live in real life!

- takde sibuk pun nak instastory ke, selfie ke bila lepak. senang citer not for instagram’s purposes la.

- cakap direct gila. nampak senyap tapi bila once bukak mulut/ ada topic nak borak, habis lah semua keluar.

- aku belajar macam mana cara pemikiran lelaki ni. very simple tapi bermakna.

- aku perati jugak macam mana cara laki pandang perempuan kekadang emm.

- diorang ni sangat fighter, kalau nak something tu usaha sampai dapat. jangan give up. kalau tak macam mana nak maju.

- aku dapat tau jugak la macam mana ikhlas seorang lelaki tu terhadap gf/ orang yang dia berkenan.

- diorang ni suka pendam walaupun it hurts. tak senang buka aib someone yang diorang tak suka tu.

- lelaki ni, kalau depan kawan-kawan dia jadi macho gila pungpang semua. tapi bila member laki dia bla, dia mula share and cerita masalah hidup dia and love life/ broken heart dia. hahahah this one aku perati je. sebab most of kawan lelaki aku, boleh kata 80% diorang share rahsia dgn aku. so semua versi cerita/ masalah masing-masing aku tahu hahaha takpe learn from other’s mistakes pun berguna juga!

- aku kenal dengan 2 jenis lelaki yang addicted sangat dengan bola, dan obses sangat dengan kereta. berbeza sangat ko!
 
Beza Lepak Dengan Lelaki dan Perempuan - iium confessions
lelaki ni, kalau depan kawan-kawan dia jadi macho gila pungpang semua. tapi bila member laki dia bla, dia mula share and cerita masalah hidup dia and love life/ broken heart dia.
Perempuan,

- bila tanya nak makan mana, jawapan dia TAK TAHU. memana je. dahla aku drive. pastu kkdg maps pun tanak bukakkan ergh.

- time makan sibuk nak amik gambar dulu (hahahah aku pun perangai camni hahahahah)

- dalam whatsapp je cakap nanti time jumpa borak panjang, tapi bila jumpa harem masing-masing main phone. krik krik. stress mak.

- dengan pempuan kami banyak gossip itu ini ja. kes artis pun boleh jadi modal untuk borak hahahah!

- tapi dengan sesama perempuan ni bagus la, bila kita sedih depa boleh peluk kita suruh calm down tulah bagus diaaa.

Pendek kata, dedua gender bagus. tapi mungkin aku lagi selesa dengan lelaki kot sebab adik beradik pun semua lelaki kecuali aku je perempuan. borak pun direct je. sebenarnya, aku ni seorang pemalu. kekadang aku boleh jadi sombong membatu gila dengan laki yang aku tak kenal. tapi once dah kenal, aku borak panjang la. just because aku taknak bagi moment tu krik krik je hahahah! so bila dia feel comfortable dengan kita, kita pun enjoy la jugak kan.

tapi aku bersyukur, Allah tarik ‘kekasih’ tapi Allah gantikan dengan lebih ramai lagi, which is kawan-kawan. kalau rasa sedih/ stress, keluar lah bergaul tengok dunia luar. Dari situ kita tau bukan kita sorang ja yang tengah sesak, ramai lagi orang yang senasib dengan kita or maybe lebih teruk lagi pun ada. Just mingle around with any type of people pun asalkan respect opposite gender, dont quickly judge sampai kita tahu apa masalah dia. Teruskan berkawan dan explore more and more! Sekian.

– Bunga Dahlia.

Ada kisah menarikh ingin anda kongsikan di ruangan confessions ini? Sila klik disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak IIUM Confessions Media tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang membina dan sebarang komen berkaitan dibawah.
 

Masukkan kata carian dan tekan Enter atau Go