Pesan Buat Isteri Yang Sayangkan Suaminya Kerana Allah - IIUM Confessions - Share your secret stories

Pesan Buat Isteri Yang Sayangkan Suaminya Kerana Allah

- 7:59 pm
Salam. Aku tujukan khas confession ini untuk – Isteri yang menyayangi suaminya kerana Allah.

Intro: Aku seorang isteri, seorang ibu kpd seorang anak. Umur perkahwinan 1 tahun ++ and still counting. Aku malu nak komen dekat confession kau. Takut terbukak aib suami dan aib sendiri. Jadi aku pilih unuk hantar confession. Semoga ada orang yang baik hati tolong copy paste di komen post kau.

Kisah aku:
Aku macam suami kau. Seorang yang ada kisah silam dan suami aku tahu kisah silam aku sebelum kami berkahwin lagi. Aku sangat takut, risau kalau ada orang yang berhati jahat akan bukak balik kisah silam aku pada keluarga mertua. Aku malu. Alhamdulilah sampai ke saat ini bergaduh teruk suami aku tak pernah ungkit kisah silam aku. Aku jugak seorang yang berubah dari seorang yang teruk kepada so-called orang baik sekarang. Aku masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Suami aku baik, duit memang pandai urus, tak naik tangan, tak tinggi suara. Aku dah cukup bersyukur. Sebab aku dah tengok hidup orang lain yang suami tak pandai urus duit, memang serabut. Aku pernah tengok suami kuat menengking memang terrible hidup. Suami aku kurang part agama je. Aku sama macam kau jugak dulu. Stress suami liat bangun subuh. Sebab dia tido lewat 2,3 pagi baru tido. Solat lain kena ingatkan. Memang stress aku faham sangat perasaan kau.

Pesan Buat Isteri Yang Sayangkan Suaminya Kerana Allah
Pesan Buat Isteri Yang Sayangkan Suaminya Kerana Allah
Nasihat aku kepada kau.

1. Kau tak patut ingatkan suami kau tentang kisah silam dia walaupun niat untuk menegur dia berubah jadi baik. Tak ada satu manusia yang suka dengar salah/ buruk sendiri. Lagi-lagi perkara yang dia sendiri tengah usaha nak lupakan/ buang dari hidup dia. Harus la dia naik angin.
Kau kan belajar bidang agama, jadi kau bole rujuk sirah. Sedangkan Nabi Muhamad saw yang maksum penuh dengan hikmah bila menegur, tapi bapak saudara Nabi tetap tak peluk islam sepanjang hidupnya. – Kau kena faham hidayah milik Allah. Tugas kau hanya lah menegur dengan hikmah. Tukar cara kau nak ingatkan suami kau. Cth: Abang suami yang cukup baik, tak pernah abai nafkah keluarga semua keperluan abang sediakan. (Puji dulu bagi dia sedar kita hargai dia. Lepas tu baru kau masuk part tegur. ) Dah tegur kau jangan ingat esok dia dah 100 % berubah.

2. Kau bila rasa down dengan husband, tak tahu cara tegur dengan hikmah. Rasa hopeless, helpless. Bukak youtube cari video yang membina. Kalau aku, aku akan dengar ceramah Prof Muhaya, Ustaz Pahrol etc. Banyak kot video yang positif. Tapi kau jangan down pulak bila dengar Prof Muhaya cakap, isteri yang malang sebab salah pilih suami. Kau pilih suami kau dulu mesti ada kebaikan pada dia kan. Dan kau pon plan untuk kahwin dengan dia. Dan Allah mengizinkan plan kau tu. Mesti ada hikmahnya. Cuma kau yang masih tak sedar. Suami kau tu teguran dari Allah untuk sikap kau. Kau nak ubah sikap suami kau, kau kena ubah diri sendiri dulu.

3. Bab video lucah dalam group whatsapp: Kau delete je video tu lepas tu pesan kat suami. Abang saya minta maaf sebab delete video tu. Tak ada rahmat dalam rumah kalau simpan video tu. Lagi satu, kalau anak-anak tertengok nanti bole sebabkan ketagihan pornografi.

4. Kau kena mulakan dulu segala perkara baik yang kau nak suami kau buat. Buat dengan anak-anak dulu. Kau share berita-berita tentang masalah sosial budak-budak sekarang. Cth: Kisah budak perempuan 13 tahun buat seks dengan foreigner (Bangladesh) berkali-kali sampai mengandung – kisah ini pernah viral. Jadi kau ingatkan dia tentang tanggungjawab sbg ibu bapa. Anak perempuan perlu lebih perhatian dari ayah. Bila dia rasa dihargai, dilindungi, disayangi, anak akan lebih pandai bezakan lelaki baik dengan jahat. – sentiasa ingatkan suami kau, anak-anak amanah Allah, lahir putih bersih, kita yang corakkan anak-anak. Baik kita Inshaallah baik lah anak. – Kau pergi rujuk hadis tentang ibu bapa penentu anak tu Yahudi, Nasrani atau Majusi.

5. Banyakkan membaca, berdiskusi untuk lebih membuka minda.

6. Bersyukur dengan kebaikan suami. jangan banding hidup sendiri dengan orang lain. Don’t envy the life of others. Often you only see the surface. If you delve deeper, everyone faces challenges. Each one; without exception. – Mufti Ismail Menk

Semoga Allah beri kesabaran kepada kau dan aku untuk terus menegur suami dengan hikmah dan kasih sayang.

– insan yang penuh kasih dan sayang
credit to IIUM Confessions - BM

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search