Suka Sangat Menunjuk - IIUM Confessions - Share your secret stories

Suka Sangat Menunjuk

- 9:58 pm
Assalamualaikum admin dan readers, Nama aku Elin, umur 20-an, masih belajar dan dah berkahwin.
Aku dulu seorang yang aktif di social media terutama instagram dan twitter. Kalau boleh setiap benda yang jadi dalam kehidupan seharian aku nak share dekat situ. Semua gambar nak upload. Pergi kuliah, pergi makan, pergi dating, senang cerita semua lah. Mula-mula tu just for fun je. Saja nak kongsi dgn followers. Kononnya. Kalau twitter pula, rasa lega bila dapat bebel biar lah orang nak baca ke tak. Selalu lah scroll gambar orang, tengok orang cantik-cantik, tunjuk barang branded, buat #ootd sampai aku pun terikut nak buat jugak.

Aku mengaku, lama-kelamaan macam jadi competition. Mula-mula dekat media sosial je, lama-lama bila keluar dgn kawan-kawan pun, aku tak lepaskan peluang nak menunjuk. Saja sembang pasal baju aku beli dekat branded store, tudung beratus, skincare mahal. Masa nak kahwin, buat-buat tanya kawan-kawan aku diorang rasa color apa cantik, hantaran apa sesuai. Saja nak cakap aku dah nak kahwin, ada orang nak kat aku. Masa tu rasa bangga la macam aku la paling perfect. Ye jujur aku cakap, memang aku lupa diri. Aku nak tunjuk yang aku pun mampu, aku pun ada suami sweet, ada handbag mahal. Pergi shopping je, update bagi followers tahu, suami ajak dating, belanja tudung/kasut/etc pun harus lah cerita kat satu kampung. Siap buat thread dekat twitter nak cerita apa aku buat.

Beberapa bulan lepas, aku ada masalah rumahtangga dan ada beberapa masalah lain yang tak perlu aku mention. dan sejak itu aku jadi malu dengan kawan-kawan aku. Diorang tak ada pun perli ke apa, diorang siap tolong aku, dan bagi nasihat. Cuma aku sendiri yang rasa malu sebab selama ni bukan main lagi semua benda nak ‘kongsi’ dengan followers, macam aku lah orang paling bertuah kat atas muka bumi ni. Sekarang bila kena tarik balik nikmat tu, rasa macam satu tamparan besar yang membuatkan aku sedar betapa sombongnya aku sebelum ni. Nikmat yang Allah bagi, aku menunjuk-nunjuk instead of bersyukur. Bila aku fikirkan balik, penat sebenarnya nak keep up dengan trend. Sampai boleh affect relationship sebab banyak habiskan masa scroll gambar dekat IG, nak tweet banyak-banyak.

Suka Sangat Menunjuk
Suka Sangat Menunjuk
Sekarang aku dah kurangkan media sosial ni. Kadang-kadang je buka bila bosan. Point yang aku nak sampaikan ialah:

1) Tak salah nak berkongsi di media sosial. Bagi aku, itu salah satu cara aku tahu apa kawan-kawan aku tengah buat sekarang. Dah habis belajar ke, dah kahwin ke, dah beranak ke. Aku tumpang gembira. Tapi jangan berlebih sampai ada rasa riak dalam hati kita ni.

2) Jaga hati orang sekeliling kita. Contohnya kalau kawan kita ni tak ada ibu/ayah, bila bersembang tu, cerita sikit-sikit pasal parents sudah lah. Ye diorang bukan lah nak terasa sangat tapi kita tak tahu entah benda kecil kita sebut boleh buat orang kecil hati/sedih. Kalau macam cerita aku, tak perlu mention lebih-lebih harga barang berapa, dan macam suami kau la paling sweet. Kan lagi berharga bila simpan moment manis tu antara kita dan pasangan je.

3) Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan jadi tamak dan berlumba-lumba nak lebih dari orang lain. Dan kalau pun kita ada lebih, diam lebih baik. Tak perlu menunjuk dekat orang. Ingat, nikmat tu bila-bila boleh kena tarik.

Setakat ini saja perkongsian aku. Harap ada pengajaran dari kisah aku yang boleh korang ambil. Aku alu-alukan sesiapa yang nak bagi nasihat untuk aku di ruang komen. Maaf andai ada tersilap bicara.

– Elin

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search