Cara Survive Di Universiti - IIUM Confessions - Share your secret stories

Cara Survive Di Universiti

- 7:30 am
Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih admin sebab approve kan confession saya, saya bakal graduate tak lama lagi, inshallah, sepanjang saya universiti memang macam-macam drama terjadi, pendek kata macam-macam drama yang saya sendiri malas nak list sebab maybe boleh bukak aib orang dekat sini. Jadi dekat sini saya nak buka topic dekat adik-adik junior cara nak survive dekat universiti:

1. Pertama sekali apa yang adik-adik perlu jadi ialah seorang yang hati kering which is kak nak mention dekat sini, jangan hiraukan mulut langau-langau yang bebising gossip pasal adik, even its true or not, just stay away about it. Tak perlu ambil port about gossip, isi masa dengan study, yang paling penting tidur dan makan. You should know that they don’t pay your fees either.

2. Diam. Adik diam dan pretend that everything is ok, mmg susah, kadang-kadang kita rasa macam nak maki orang yang suka cari pasal dengan kita, nasihat kakak jangan, just diam dan buat kerja sendiri. Siapkan assignment, buat tutorial, bagi dapat dean list ok, kalau adik rasa dia tu negative in your life avoid it, kalau tak sampai hati nak avoid at least build a wall toward him or her which is kurangkan lepak atau hang out dengan dia sebab kadang-kadang kita tak sedar kita terstory our private thing masa lepak kan.

Cara Survive Di Universiti
Cara Survive Di Universiti
3. Be a survivor, jangan follow subject yang kawan ambil, sama sekali ditegahkan, you know yourself, you know what you are capable to do, contohnya akak dekat uni wajib ambil subject arab then perlu hafal al-quran even though kak x ambil aliran al-quran atau bahasa arab pun, hahahaha, jadi manage your own course, ambil subject yang adik rasa boleh bawak, bawak subject yang susah-susah tu kebelakang atau letakkan subject susah tu diantara subject yang boleh adik skor supaya adik dapat beri perhatian dekat subject tu, please jangan ikut orang, it will effect your pointer.

4. Also berani untuk bersendiri, mmg masa mula-mula masuk universiti kita nak pergi kelas pun macam nak pergi rombongan cik kiah, tapi let me tell you, not all people will be around, so try to teach yourself jadi seorang yang independent, jangan too depend on people sbb nnt adik yang sakit, serious talk.

5. Jangan mudah angin atau cepat panas, dekat sini kak nak tekankan pasal group assignment, memang kadang-kadang kita dapat sleeping partner dalam group then ada jugak yang jenis pahat dengan penukul, bila suruh buat baru buat, adik just buat endah tak endah and do your part of assignment dengan elok, then submit assignment dekat leader supaya dia boleh compile, yang penting justify jangan lupa, selalunya kakak yang jadi leader group assignment sepanjang uni, kak tak cakap banyak sangat, just divide the topic then suruh member group pilih bahagian mana diaorang nak or buat cabut undi then pilih tarikh untuk compile, because tak cakap banyak tu, banyak masalah boleh hindar taw. Jadi praktikkan lah ye.

6. Jangan ataskan persatuan daripada kelas, kelas sentiasa no 1, jangan ponteng, malas nak belajar dalam kelas pun, tetap jugak pergi ok, jangan guna alasan meeting persatuan untuk perlepasan, sebab mostly yang jarang pergi kelas ni student yang terlalu aktif persatuan yang tak pandai manage masa, if adik rasa adik tak boleh nak manage tak payah nak gatal join, kalau join sebagai orang bawah-bawah dan buat kerja sikit-sikit atau tolong lecturer its dikira ok lah tu. Yang penting soft skill masa presentation and cooperation handle group assignment.

7. Masa presentation jangan baca slide, seeloknya faham, dan more to story telling, macam cara orang gossip lah, orang gossip kan bercerita, why not gunakan skill gossiping adik tu kepada presentation yang lebih berkat instead of tambah dosa sendiri.

8. Jangan test market, kakak tahu adik cantik atau handsome, tapi jangan gunakan kenikmatan kearah yang salah, jaga pergaulan elok-elok, jangan tunjuk diri terlalu murah, keluar dengan semua abang-abang senior or kakak-kakak senior, abang-abang senior ni mostly sebenarnya dah ada girlfriend dah pun, tapi biasalah kadang-kadang kawan cabar tu yang jadi ulat bulu. Kalau boleh elakkan gaduh pasal berebut cik abang sebab not worth it, sila cari boyfriend baru, uni besar bukan dia saja ada (bercakap atas pengalaman sendiri).

9. Please jangan kutuk atau benci lecturer, jangan jadi too picky dengan lecturer, anggap semua lecture pandai dan ada capable yang tersendiri, even though adik dengar gossip yang dia kedekut markah or anything, just go on with him or her, sbb kadang-kadang lecturer ni dia treat student based on how the student treat them, adik rasa if adik diam-diam dan buat apa yang dia suruh, dia nak angin tak pasal-pasal ke?. Just do your work, don’t worry on what you get, rezeki datang daripada usaha sendiri, Allah yang gerakkan hati lecturer tu, just believe it in Him.

Ok lah kowt 9 list bagi, selamat menempuhi zaman universiti, ada setengah orang yang kita seronok jumpa, ada setengah orang kita tak sabar nak get rid of her or him, hahahaha apa-apa pun anggap je orang yang kita tak suka tu as akhirnya berakhir sebagai “kawan degree atau kawan uni” yang bagi pengalaman hidup untuk kita, tak payah benci atau apa, just move on with the step, the mountain is still higher to be climb, jangan berhenti hanya kerana manusia yang kadang-kadang tak bagi manfaat pada hidup kita. Minta maaf andai mix bm dan bi dalam penulisan saya mengganggu anda, mohon jangan kecam. Terima kasih.

- Road to final

– Qistina

Credit to IIUM Confessions - BM

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search