Menangis Tak Tahu Bagaimana Ingin Tegur Suami - IIUM Confessions - Share your secret stories

Menangis Tak Tahu Bagaimana Ingin Tegur Suami

- 5:48 am
Assalamualaikum admin dan semua yang sudi baca luahan saya. Mulanya saya nak cerita tentang diri saya. Saya seorang hamba Allah yang penuh dengan dosa. Saya bekas pelajar agama. Sekolah sampai universiti, saya memang pengkhususan dalam bidang agama. Sehingga saya mengimpikan untuk berkahwin dengan lelaki yang juga cintakan ilmu agama.

Ditakdirkan saya berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan bidang agama. Saya bahagia bersamanya. Dia suami yang sangat baik dari sudut tanggungjawab dia dan dia juga suami yang jaga solat. Cuma selepas beberapa bulan berkahwin dengannya saya telah menjumpai kisah silam dia yang mana saya pada mulanya amat sedih dan sukar untuk menerima apa yang saya dah tau. Mungkin salah saya juga sebab terlalu inkuiri mencari apa yng terpendam/tersirat di hati saya. Atau erti kata lain, saya nak sangat kenal latar belakang suami saya. Siapa dia dulu, bagaimana pergaulan dia dengan kawan-kawannya, dan sebagainya.

Bila saya tahu kisah silamnya saya menangis. Suami saya tanya kenapa menangis, saya luah kat dia. Dia seolah-olah rasa tertekan sebab saya dah tahu. Mungkin juga dia rasa tak layak jadi suami saya. Tapi sejujurnya saya sangat sayangkan dia. Saya nak dia jadi suami yang soleh untuk saya dan bakal ayah yang baik untuk anak-anak saya.

Menangis Tak Tahu Bagaimana Ingin Tegur Suami
Menangis Tak Tahu Bagaimana Ingin Tegur Suami
Hari demi hari berlalu. Usia perkahwinan kami pun dah cecah setahun lebih. Bila saya tengok suami saya jarang baca al-quran, main game, suka baca komik. Saya mesti akan teringatkan kisah silam dia. Lebih lebih lagi di whatsapp dia ada kawan kawan dia masukkan dia dalam satu group yang pada saya group tak meningkatkan iman langsung. Boleh juga dikatakan group lelaki-lelaki nakal. Saya kerap spotcheck hp dia untuk tengok apa yang dibualkan dalam group tersebut. Bukan saya queen control, tapi sebab saya sayangkan iman suami saya lah saya check hp dia. Boleh dikatakan kawan-kawan dia mesti ada je post gambar awek seksi la video tak elok dan sebagainya. Bila saya bukak saya akan delete. Walaupun kadang suami saya dah tengoknya terlebih awal dari saya. (Sebab hp dia bukan hp saya, dan suami saya dengan hp dia susah nak dipisahkan).

Sejujurnya, saya memang sayang kat dia. Sehingga iman dia pun saya nak jaga dan pantau. Bila dia baca Quran dengar ceramah sejukkkk hati saya tengok. Dan saya sentiasa berdoa agar dia kekal begitu supaya anak-anak kami juga akan jadi anak yang soleh dan bertaqwa.

Tapi bila iman suami saya bermasalah, saya akan menangis. Bila suami tanya kenapa saya bagitau dia apa yang terpendam. Cuma bila suami saya dengar luahan hati saya, dia seolah-olah tak boleh terima. Dia mesti macam nak mengamuk, bengang kat saya dan sebagainya. Saya nak dia pimpin saya ke syurga. Bukan sentiasa dengan nikmat dunia. Walaupun saya tahu dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia. Nafkah semua dia bagi. Cuma didikan agama dia tak pernah bagi kat saya. Dia seolah-olah lepas tangan dari memberikan saya didikan agama, ilmu. Mungkin pada dia saya dah cukup ilmu agama. Sedangkan saya sangat mengimpikan mengaji kitab dengan dia di rumah. Baca buku-buku ilmiah sama-sama. Tapi ini belum saya dapat dari dia. Saya nak dia tahu yang saya sayangkan dia kerana Allah. Saya nak dia jaga iman dia juga jaga iman saya supaya saya dan dia sama-sama ke syurga Allah. Kerana syurga bukan tempat calang-calang manusia.

Jika pembaca semua ada idea macam mana cara terbaik untuk saya tegur suami saya. Supaya dia tahu apa yang saya nak dia jadi di mata saya. Sebab suami saya jenis yang boleh dikatakan sukar untuk terima teguran lebih-lebih dari isteri dia.

Boleh la komen, tapi tolong jangan kecam suami saya, sebab dia suami yang baik di mata saya. Tapi saya nak dia jadi terbaik untuk anak-anak kami nanti. Supaya dia dapat tinggalkan habit lama dia yang tak bermanfaat tu kepada perkara yang lebih bermanfaat. Kerana dialah selayaknya menjadi pemimpin kepada saya dan anak-anak.

Yang benar,
Isteri yang menyayangi suaminya kerana Allah.

Credit to IIUM Confession - BM

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search