Assalamualaikum.
Biarlah aku kenalkan nama aku sebagai "el". Umur aku in late 20's. Kisah aku bermula bila aku kenal this one guy from socmed. Cukuplah aku namakan dia sebagai "R".
Sepanjang few months kitorg dok texting on socmed, dia ada beberapa kali mintak no phone but i insistly saying no. Sebab aku takut in meeting stranger yet i know nothing about him.
Fast forward, weeks later, I finally decided give him my number. texting macam biasa. and I kinda like his style sebab he's kinda soft spoken. aku tak tau lah whether memang dia macam tu or he's faking himself. I simply don't know.
Till one day, dia ajak jumpa. aku keep giving him excuses. dalam masa yang sama jugak aku dah start buat Istikharah, mintak Allah tolong aku buat keputusan patut tak aku jumpa dia ni. few days istikharah, aku tak dapat jawapan tapi hati aku macam on nak jumpa dia face to face. aku macam nak kenal dia in real life on how actually he is.
On our first met, dia ok je. aku rasa dia je banyak cakap aku macam banyak mengiakan je. bagi aku dia ni macam membosankan. sikit la. we went out for lunch to dinner. lepas dinner tu, kitorang just walking around and he tried to hold my hand. aku buat-buat tak perasan and saja jalan laju sikit. I simply told him I nak avoid crowd. Sebelum dia hantar aku balik, it was around 12am. aku dah agak penat. and he offered me to overnight at his house. aku macam "ha? " dah kenapa sampai nak overnight rumah u? " dia cakap "sebab u nampak penat and I rasa bersalah sebab keluar dgn i buat u penat, but u don't worry I won't do anything harm to you". geez. I'm not that stupid to believe. aku just cakap kat dia " kalau tak boleh hantar I balik, takpe i boleh amik grab, since u pun penat kan " . I politely rejected and he finally send me home.
Few days after our 1st met,we still texting as usual. Dan aku masih buat istikharah. Aku masih tak tau patut ke tak aku teruskan dengan dia ni. aku terpikir jugak mudah nya dia ajak aku overnight rumah dia. aku ni orang ke berapa eh dia ajak. macam-macam Ada dalam kepala otak aku ni. aku dah start jarang-jarang reply text dia. then one day dia ajak keluar. I don't know how to turn him down. And I finally say yes.
we finally went out from morning to night. and while we walking around the town, again he tried to hold my hand. I don't know why this time aku biar je. At the same time, aku macam nak tau jugak apa lagi dia nak buat kat aku. Aku tau ni salah. And I kinda enjoy he hold my hands. Bodohnya !
We went for dinner before balik, masa tengah tunggu order sampai, dia pergi toilet and dia tinggalkan phone dia atas meja. and ada notification masuk, rasa luluh gak la hati ni bila tengok email notifications dia. Dia subscribe porn website! Ya Allah. laki jenis apa aku date ni. bila dia sampai kat meja i simply told him "ada notification masuk " sambil aku tengok phone dia tu. dia selamba je cakap "notification ape tah ni". aku dah start moody and tak cakap banyak. dia tanya "what's wrong" aku cuma jawab "penat".
until almost night, we both got so tired, aku tido while otw back home and he's driving. tangan dia merayap sana sini. aku macam mamai, mengantuk, antara sedar dengan tak. tapi aku dapat rasa tangan dia merayap kat upper part of my body. aku tersedar, aku terus tepis dan tolak dia. aku nangis semahu-mahunya. dia stop tepi jalan, berkali-kali dia mintak maaf. dia janji dia takkan buat lagi. dia janji nak kawin dengan aku. dia janji dia akan jaga aku baik-baik. dia janji dia akan sayang aku. aku diam je sepanjang pejalanan balik tu.
Sampai je rumah, dia text just nak bagitau he's home. aku baca je text dia. next day, dia wish morning aku x reply. evening, dia text lagi tanya aku ok ke tak. night, dia text lagi tanya kenapa aku diam je. aku baca semua text dia and still aku tak reply. entah la. bagi aku, dia macam takde rasa bersalah pun buat aku macam tu. and I wonder aku ni perempuan ke berapa dia buat macam ni or he even has gone worse. aku tak tau. aku serabut la fikir.
Aku masih tetap buat istikharah. aku doa mohon pada Allah, jika dia bukan lelaki yang baik, jika dia ada niat tak baik, jika dia dia ada niat nak ambil kesempatan keatas aku. tolonglah jauhkan dia dari aku. tolonglah hentikan hubungan ini. And until one point, aku pernah doa mohon pada Allah, kalau aku terus hidup tapi aku melakukan kemungkaran, tolonglah ambil nyawaku, tolonglah jangan bagi aku panjang umur. aku takut. aku takut berat nak jawab kat sana nanti. Biarlah umur tak panjang tapi dosa tak banyak.
Few days later, since aku dah tak reply. He seems give up. He stop texting me. He stop calling me. Aku pulak macam orang bodoh tunggu text dia. even aku tak reply. haih!
Aku cuba amik side yang positif, ini lah jawapan istikharah aku. aku mohon pada Allah jauhkan dia dari aku kalau dia bukan orang yang baik. Dan sekarang Allah dah makbulkan. Maka, aku kena berlapang dada. Aku macam terkilan sikit la sebab dia takde effort pun nak mintak maaf ke, at least rasa bersalah ke. Tapi, tu lah untuk apa aku nak rasa terkilan sedangkan aku dah mintak pada Allah tunjukkan true color dia. Aku merancang dan Allah pun merancang, tapi dengan cara DIA, dengan cinta DIA. aku kena redha.
Few weeks passed, and dia sepi begitu saja. So I guess this is the end of this relationship. So I guess all of his promises is just a beauty empty promises. Aku rasa macam he's faking himself je selama ni. I don't know. Apapun, aku dah doa mohon yang terbaik. Dan semua yang aku mintak Dan mohon dekat Allah, Allah dah makbulkan. jauhkan aku dari yang tak baik.
I asked Allah for the best and if he leaves, he's none of them. It's okay to get married late than to marry a wrong one. it's okay to be picky. takde orang nak perkahwinan yang akan membuatkan mereka menyesal dikemudian Hari. Takde! Pentingnya istikharah dalam apapun keputusan yang kita rasa keliru nak buat. even at 1st aku macam rasa he is good guy but Allah knows best. I thanked HIM for that.
Apapun urusan hidup aku, aku serahkan bulat-bulat pada Allah sebab aku tau aku tak mampu nak uruskan hidup aku sendiri. aku sedar aku banyak doa.
And to you R, thank you. if not because of you, i mungkin masih hanyut dengan dosa. Allah bagi i ujian melalui u. DIA tarik i balik melalui u. DIA nak i dekat balik dengan DIA melalui u. And I wish you all the best in dunya wal akhirah.
Bukan Nama sebenar,
El.
Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement