Kembali ke Jalan Ilahi - IIUM Confessions - Share your secret stories

Kembali ke Jalan Ilahi

- 9:56 pm
Salam sejahtera seluruh alam buat pembaca sekalian dan ucapan terima kasih tak terhingga buat admin yang sudi menyiarkan cerita ini.

I bukan nak mengadu domba atau minta simpati but I nak kawan2 yg terbaca cerita ni pls jgn nak kutuk atau judge org sesukanya bila kau tak kena apa ujian yg org lain hadap.

Few months ago, adik ipar I ada problem with dia punye ex bf, which us as a family treat it as normal problem. Malangnya ada peristiwa pelik yg jadi kat adik, yg bukan kebiasaan diri dia. Jadinya kami yg x pandai pun merujuklah dgn org yg pandai. Berubatlah dia dgn cara tradisional dgn jayanya dan dia pun dah okey.

Then dlm masa yg sama.. I ni yg I ingat takde masalah yg masalah biasanya cuma biasa2 tiba2 ditanye tentang soalan yg tidak disangka2 which about my past 1x years marriage. I ni janda dgn anak yg ramai (lebih dari 2) berpisah dgn ex atas sebab2 yg i pendam tak mau cerita kat org then i dah kawin baru dgn bujang hot pujaan ramai. Masa mula2 kawin i dengar org dok kutuk i buat guna2 kat laki ni. I buat tak endah pun, coz tahu mcm mane si bujang ni sayang gila kat I dgn anak2.

Bila org dengar perempuan bercerai dari perkahwinan yg berbelas berpuluh tahun dan ada anak ramai, mulalah keluar mulut2 bawang mengata si janda tak reti bersyukur, tak pandai bersabar, tak pandai layan somi dan macam2 lagi yg negatif. I telan dgn airmata, zip mulut ketat2 sdgkan hati terluka sangat2.

Hakikatnya dlm kisah I.. selepas berbelas tahun I terpaksa hadap setiap malam yg membuatkan ibu jari kaki I sakit pedih disedut-sedut, uols tahu tak macam mana uols dengar org sedut air guna straw? hah camtulah i hadap, period I tak berhenti2, asal cek doctor je they all kata I kurang darah. Bangun tido dgn segala macam lebam tak payah cakaplah... siap ada lebam berbentuk gigitan lengkap kat betis. nak cakap kat org? heh! lagi org kutuk I buat cerita adalah...

Bila kebetulan pukul 2 - 3 pagi I nak tahajjud, I tengok ex takde so intailah mana dia pegi... rupa2nya dia dekat meja luar rumah tengah berborak bisik2. Uols pikirlah ada ke tidak, tetamu datang rumah org pukul 2 - 3 pagi? Weyy tetamu I tu kann I tak nampak dgn mata kasar pun... atas meja tu melambak keris parang ex I taw!! Uols rasa apa isi dlm benda2 tu?

I ada dengar andaian sesetengah org yg kata sebab I bercerai kerana I degil suka menjawab but uols tahu tak mulut I tak boleh nak keluar sebarang suara, nak gerak lidah pun I tak boleh, even I istighfar dlm hati nak bersuara, badan I gila2 menggeletar sepatah suara pun tak keluar. Apatah lagi waktu ex membelasah semahu2nya.. takde sapa nak tolong, mcm semua org pun pandang I yg jahat, I yg derhaka. I pegi repot polis pun dorang boleh buang kes belasah tu sedangkan terang2 lebam, bengkak kena pukul then cakap I tak pandai layan somi.

Sejak I jadi janda semua dok hinakan I padahalnya kawan2 I dari kampung, sekolah rendah, menengah, kolej & university kenal perangai I mcm mana. I kaki usrah, kaki surau, kaki masjid. I naik kenderaan awam, naik moto sentiasa baca macam2 zikir, tak lekang ayat Qur'an dari mulut I. Paling bangang pun I baca buku, I bukan org yg flirting sana sini, aurat I dulu sentiasa lengkap, I budak baik tak pernah tercemar kehormatan I. Waktu I terjumpa ex, I org yg baru 6 bulan bekerja di bandaraya besar, namun maruah dan kehormatan I tetap terpelihara, aurat I pun masih tertutup lengkap, langsung tak terjebak dgn benda tak baik. Solat sunat dan wajib pun betul2 jaga.

Bila org yg ngubat adik I ni berbicara, I diam mengiyekan.. walaupun pegangan agama I kuat, betul2 jaga amal ibadah namun I diuji dengan ilmu mistik, dengan hembusan, jampi serapah serta puja memuja, I tak sedar I dibawa ke Siam, tahu2 dah jadi isteri orang, tahu2 I boleh tergila2 terikut ex. Mata dan kepala otak I nampak ada benda tak kena, malangnya I nak menggerakkan tubuh pun tak boleh, I nak bercakap menentang pun tak dapat. I mcm patung atau kerbau dicucuk hidung. Lagi2 bila ex sentiasa gosok2 cuping telinga dia untuk buat I tak mampu apa2.

I tak dapat keluar dari keadaan tu, diam2 I buat segala solat sunat tasbih, hajat, tahajjud, dhuha dan segala zikir yg boleh, jawapan yg I dpt.. belum masanya lagi.. asal I kerap solat mulalah darah haid keluar mencurah2 tak berhenti dan tak ikut masa, sampaikan I tak tahu mana waktu sebenar haid atau waktu suci. 1 masa I pegi masjid besar, dtg sorang kakak yg boleh nampak I ada masalah, dia jemput dtg rumah utk berubat. Rezeki Allah jumpakan I dgn dia, then dia ajar I baca ayat Qur'an sewaktu basuh beras so I buatlah... u know what? nasi yg baru I tanak dgn dibacakan ayat2 Qur'an tu, panas2 baru tanak dah basi.... betul2 tak logik. Mcm2 jalan I cari utk berubat tapi sentiasa dihalang sbb ex boleh hidu.

Sampai tahun yg ke 1x I tak tahu dapat kekuatan dari mana, I boleh lepas dari hidup dia dgn cara yg amat susah payah. Alhamdulillah Allah bimbing dan tunjuk jalan. sampailah I boleh move on bina hidup baru sekarang. I pun dah bahgia dgn suami baru dan anak2 I, dah tak mahu fikir derita lama dah... walaupun telinga I sentiasa dengar cerca org terhadap I...

Kembali ke Jalan Ilahi

Rupa2nya dendam ex tak pernah habis, I dgn suami baru pun kena berubat juga sbb suami baru I pun menanggung mcm2, atas perbuatan mistik ex I. Tak perlu I cerita panjang lebar cukuplah if uols tahu ex nak rosakkan perkahwinan dan kebahgiaan kami sekeluarga - tak berhenti2.

Uols I mintak janganlah nak perlekeh nasib hidup sebahagian manusia lain yg diuji. uols ingat if org tu diuji sbb dia jahat - diuji kerana kifarah dosa-dosa, sedang hakikatnya org yg lagi banyak mendekatkan diri pada Allah boleh diuji dgn hebat... kerana Allah tahu sesetengah manusia itu kuat dan mampu diuji sebegitu, malah Allah tahu betapa sayangnya hamba itu pada Tuhannya... lihatlah kisah Nabi Ayub... bacalah kisah2 nabi...

Akhirnya I nak ingatkan uols.. if uols dok hina nasib hidup org mcm I ni, percayalah bila salah sorang ahli keluarga uols diuji sebegini barulah uols tahu how tough jalani hidup in my shoes.. which tak semua org boleh hadap dan lalui dgn jayanya hingga bertemu jalan keluar yg paling bahagia dunia akhirat. Tak semua org yg Allah uji tu jahat macam yg uols fikirkan.. Please be nice...

By Azharina

Kategori : MistikIngin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search