The Other Woman - IIUM Confessions - Share your secret stories

The Other Woman

- 7:02 am
Thanks admin kalau confession ini disiarkan. Ini kisah aku. Macam tajuk di atas akulah “The Other Woman” tu. Maksudnya orang ketiga dalam suatu perhubungan. Mesti ramai yang kecam kan. Tujuan aku bukanlah untuk meluah, cerita ni dah berlalu sebenarnya. Terpanggil rasa nak cerita sebab nak bagi some insights dan perspektif dari seorang perempuan yang pernah menjadi orang ketiga.

Perkenalkan watak utama: aku, hero cerita – Faiz dan another heroin; girlfriend Faiz – Faizah. Semua umur 30an. Cerita ini jauh sekali dari unsur cinta islamik. Dan tidak mempunyai unsur acah good-good. Semua dari pengalaman aku sendiri.

Lepas habis SPM, aku kerja sebagai operator di sebuah kilang. Jauh dari kampung halaman. Faiz adalah fresh grade engineer yang kerja di department yang sama dengan aku. Hubungan aku dengan Faiz awalnya memang semata rakan kerja, tak lebih dari itu. Lagipun aku tau Faiz memang dah ada girlfriend yang dah dua tahun bersama. Lepas lebih kurang setahun kerja, Faiz resign dan pindah kilang lain yang lebih besar manakala aku pulak masih kerja di tempat yang sama.

The Other Woman
Lama-lama kami makin rapat. Dia selalu lepak dengan aku dan dalam masa yang sama selalu keluar jugak dating dengan girlfriend.
Bila Faiz dah pindah tiba-tiba dia rajin nak main mesej dengan aku. Sekali-sekala ajak keluar makan. Aku layankan aje lah sebab aku memang anggap dia macam kawan. Aku pulak masa tu single, asyiklah terjumpa lelaki gatal yang suka ambil kesempatan. Jadi aku rasa keluar dengan Faiz selamat sikit sebab takkan dia berani nak ambil kesempatan menggatal, kan dah ada girlfriend. Naif dan bodoh jugakla fikiran aku time tu. Faiz pulak suka bercerita, sekali-sekala meluah masalah tempat kerja, masalah dengan girlfriend, atau pasal life in general. Aku dengar je bagi nasihat tak reti sebab dia pun memang tua dari aku.

Lama-lama kami makin rapat. Dia selalu lepak dengan aku dan dalam masa yang sama selalu keluar jugak dating dengan girlfriend. Tapi ofcos la Faizah tak tahu pun kewujudan aku sebab Faiz tak nak Faizah jeles. Untuk pengetahuan, aku ni memang jenis tak ramai kawan. Duduk pulak jauh dari family. Jadi bila selalu sangat lepak dengan Faiz lama-lama aku dah terbiasa dia selalu ada. Enam bulan into the casual hangouts, feeling pun dah berubah. Dari kawan-kawan tiba-tiba jadi couple. Bukan senang ok. Aku dah cuba untuk tak jadikan dia sebagai relationship tapi tak boleh. Susah sebab aku dah mula sayang dengan dia. Dan dia pun declare memang dia sayang aku lebih dari kawan. Tapi dalam masa sama dia jugak sayang dengan Faizah. Dua-dua dia tak boleh lepas.

Dalam dua tahun jugaklah relationship aku dengan Faiz ni berjalan. Dua tahun jugak aku sanggup jadi bodoh rela jadi the other woman. Jeles jangan cakaplah. Membuak-buak. Tapi aku takde choice selain bersabar, sebab sendiri cari masalah. Tapi dalam tempoh tu, aku tak pernah mintak dia tinggalkan girlfriend dia. Atau mintak dia buat pilihan. Entahlah. Aku tak sampai hati nak suruh dia buat macam tu. Aku cuma doa Faizah ada orang lain dan tinggalkan Faiz ni.

Tapi doa aku tak makbul-makbul dan aku makin lama makin meroyan. Mana tahan weh. Semua perasaan aku kena hadam sendiri. Aku selalu kena tolak ansur dia dan girlfriend dia. Time depa dating aku tak boleh nak kacau. Lepastu time aku nak dating boleh pulak cancel kalau Faizah ajak keluar. Apa-apa hal memang dia utamakan Faizah berbanding aku. Lagi satu aku tak ada tempat nak bercerita. Malu nak cerita dekat kawan situasi aku yang macam ni. Jadi semua benda aku pendam sendiri.

Walaupun terang lagi bersuluh (cuma aku yang tak nampak masa tu) Faiz sayang Faizah lebih dari aku, tapi Faiz tak pernah nak putuskan aku. Pernah jugak kantoi dengan Faizah sebab Faiz yang bijak lupa padam sms yang aku hantar. Mujur Faiz tarik henfon cepat2 jadi number aku terselamat dari dikesan. Gaduh besar diorang. Lepas diorang gaduh besar tu Faiz bukan nak break-up dengan aku. Tapi kurangkan keluar dengan aku. Memang lahanat.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk undur diri. Aku memang lama dah tahu dia memang takkan tinggalkan Faizah dan aku tak mintak pun dia buat macam tu. Cuma aku tak ada kekuatan untuk hilang dia. He is not only my special one but he is also my best friend. The idea of losing him (masa tu) memang tak tercapai dek akal.

Bila sampai masa aku jumpa kekuatan untuk tinggalkan dia, aku pun buatlah. Tapi bukan senang. It takes a lot of effort not to get back to him. A LOT. Dan bukan sekali attempt nak break, berkali-kali. Dah break-up, sambung balik. Break, dia cari aku. Break, aku cari dia. Ulang-ulang. Ada dalam setengah tahun jugak putus sambung punya cerita ni. Sebab selalu sangat break-up lama-lama aku terbiasa bila dia tak ada dalam hidup aku. Last sekali, aku memang go cold turkey. Memang aku putuskan segala bentuk komunikasi dengan dia. Tukar telefon number, pindah kerja, pindah rumah sewa, putuskan contact dengan kawan-kawan kilang sebab tak nak dia trace aku. Mulakan hidup baru.

Mungkin korang akan cakap, macamlah takde lelaki lain. Hensem sangat ke Faiz tu sampai aku tak boleh lupa? Kaya ke. Oh tidak, muka biasa je, keluarga pun dari kelas ekonomi jer. Kerja engineer kilang pun berapa sangat gaji. Bukan aku tak cuba cari orang lain. Pernah. Aku pernah couple diam-diam belakang Faiz untuk cuba lupakan dia tapi tak boleh go, perasaan tak sama.

Itulah cerita sepuluh tahun yang lepas sebelum ada Whatsapp dan Facebook baru nak naik. Dari kawan, aku tahu beberapa bulan selepas aku putuskan komunikasi, Faiz kawin dengan Faizah. Memang jodoh depa dua orang tu. Dan aku pun happy dengar diorang happy, dan aku rasa lega teramat sebab aku dah selamat keluarkan diri aku dari cinta tiga segi yang entah apa-apa. Yang paling penting, aku bukan jadi pemusnah relationship orang lain.

Aku cerita ni bukan apa, tapi banyak sangat kes suami curang sekarang ni. Walaupun kes aku cuma bercinta dengan kekasih orang, tapi situasinya lebih kurang sama. To sisters yang terjerat dalam situasi macam aku, yang terjatuh sayang dekat kekasih orang ke, suami orang ke (nasihat tak terpakai untuk gold digger).. fikirlah panjang-panjang. Define semula your definition of happiness. Bukan senang nak tinggalkan orang yang kita sayang. Susah sangat. Aku faham. Tapi susah tak bermakna tak boleh. Hati kena kuat. Tapi kalau dah sanggup nak bermadu itu pilihan masing-masing, no comment.

Dua tahun lepas aku jumpa dia balik. Kecil betul dunia ni, anak buah dia kawin dengan sepupu aku. Jumpa kat majlis kahwin pulak tu. Dah ada dua anak dia dengan Faizah. Apa yang menakjubkan walaupun pertemuan itu agak janggal, tapi kami boleh bertegur sapa dan bercerita macam biasa. Tak ada pulak nak bertukar no fon ke, atau nak add dalam FB ke. We both have moved on.

Life is a choice, choose a happy one. Tak payah serabut-serabut.

Salam.

– Hannah Montana

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search