Pengembaraan Bas Yang Menyeramkan - IIUM Confessions - Share your secret stories

Pengembaraan Bas Yang Menyeramkan

- 8:16 am
Salam, terlebih dahulu aku ingin mngucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession aku. Nama aku Ali (bukan nama sebenar), umur 20-an, lelaki tulen, melayu dan masih lagi belajar.

Kisah yang aku ingin kongsikan ini adalah kisah benar dan buka rekaan semata mata. Mungkin kisah yang aku ingin sampaikan ini tidak logik, tapi itu semua hak pembaca untuk menentukan dan menerimanya.

Kisah ini berlaku pada bulan lepas. Aku salah seorang pelajar di institusi awam di Malaysia. Seperti yang korang tahu, bila dah belajar ni mesti ada satu masa tu course tu akan buat lawatan sambil belajar kan? Dan disebabkan kan lawatan sambil belajar ini lah kisah ini terjadi.

Lawatan sambil belajar menaiki bas ini diwajibkan kepada semua ahli kelas aku. Wajib, kalau tak pergi kira macam gagal. So, basically semua orang dalam kelas aku pergi. Semuanya 30 orang. Termasuk pensyarah pengiring, pemandu bas dan backup pemandu bas, total 33 orang. Ingat jumlah ini sebab jumlah ni akan berkait dengan kisah ini.

So, lawatan tersebut dilakukan di bahagian utara selama 3 hari 2 malam. Di sini aku akan ceritakan apa yang berlaku dalam bas tu pada 2 malam tersebut.

Pengembaraan Bas Yang Menyeramkan
Pengembaraan Bas Yang Menyeramkan
Malam pertama,

Siang itu kami sudah melawat satu tempat yang telah dirancang. So, malam tu kami menaiki bas untuk bergerak ke temoat tidur di tempat yang ingin kami lawat keesokan harinya. Pada malam itu, ketika dalam bas, ketika sedang sunyi sepi, tiba tiba…. Ada bunyi bergolek golek di dalam bas. Gedebuk! Gedebuk! Gedebuk! Lebih kurang begitu lah bunyi nya. Semua orang terkejut dan terkesima. Masing masing mencari sumber bunyi tersebut. Namun semua diam terbisu. Bunyi tersebut berlanjutan sehingga lebih kurang 5 minit. Selepas bunyi itu berhenti, kami dikejutkan dengan satu lagi kejutan. Tiba tiba… Pensyarah pengiring bangun dari tempat duduk beliau dan menghadap kami semua (tempat duduk beliau di hadapan sekali). Pada waktu itu rasa seram sejuk menyelebungi kami semua. Pandangan pensyarah pengiring itu sangat tajam. Sehingga menusuk ke kalbu kami. Kami semua macam nak lari terjun dari bas dah waktu tu. Tapi disebabkan terlalu takut, kami takut sehingga tidak bergerak walau jari sekali pun. Sedang pensyarah itu merenung tajam kepada kami, tiba- tiba… Beliau menyuruh kami pergi melawat ke tempat lain esok. Kerana ketakutan kami hanya mengikuti kata beliau. So, bas itu beralih arah tujuan nya malam itu.

Malam kedua,

Untum dipendekkan cerita, tiba-tiba sedang kami menaiki bas malam itu, ketika bas masih bergerak tiba-tiba salah seorang daripada kami hilang! Hilang secara tiba-tiba tanpa diduga! Asalnya ada 33 orang didalam bas, tapi sekarang hanya ada 32 orang. Pada waktu itu, semua menggelabah tertanya tanya dengan apa yang terjadi. Tiada siapa dapat merungkai apa yang berlaku. Namun, walau kejadian itu berlaku bas itu berjalan seperti seperti tidak menghiraukan dengan situasi tersebut.

Keesokan siang hari nya kami semakin terkejut sebab ada balik 33 orang di dalam. Masing- masing melihat antara satu sama lain, dan terdiam keseraman. Namun tiada siapa ingin membincangkan tentang perkara itu.

Disebabkan itu lah saya ingin menyampaikan kisah ini di sini supaya kita dapat membincangkan apa yang berlaku dengan kejadian yang banyak berlaku secara tiba-tiba.

Sekian. Harap maaf jika ada kesilapan dalam penulisan.

– Pengembara

Ingin berkongsi confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search