Mak Tak Bagi Makan Ke? - IIUM Confessions - Share your secret stories

Mak Tak Bagi Makan Ke?

- 6:20 am
Hai Assalamualaikum. First of all, aku bukan ex-iium pun. Just nak share story & mintak pendapat or suggestion sikit. Here we go.

Aku Anne,
Berusia pertengahan 20-an berat sekitar 40kg & tinggi sekitar 163cm. Seorang lulusan universiti terkemuka namun gagal mendapat tempat sesuai dengan kelulusan. Maka aku rembat je mana-mana kerja asal dapat je bagi parents duit bulan-bulan. Mempunyai sekujur tubuh yang kurus melidi & rupa yang biasa-biasa. Aku jadi kurang berkeyakinan.

Akibat stress yang amat sangat dengan jolokan ‘bini popeye’ aku mencuba bermacam jenis pil gemuk. Ada yang berkesan, ada yang tak. Kalaupun ada, cuma sekejap gemuknya. Lepas tu kurus balik & tak pernah gemuk sampai sekarang. Siapa taknak badan ada curve lawa bak top model right? Aku tak ambil hati tapi bila selalu sangat, ada jugak terkesan. Paling terkesan bilamana orang cakap mak kau tak bagi makan ke? Ada pulak sanggup maknye tak bagi anak makan. Lagi bertambah stress & kurang yakin.

Masa berlalu, aku bertukar tempat kerja. Bila di tempat baru, aku jadi pendiam. Tak semesra seperti di tempat kerja lama. Aku ingat bila aku diam, tak ada la orang yang nak mengutuk aku. Tapi aku silap. Mana-mana tempat pon ada juga orang yang busuk hati.

Mak Tak Bagi Makan Ke?
Mak Tak Bagi Makan Ke?
Aku dibenci kerana aku pun tak tahu sebabnya. Tapi selalu aku dikutuk dengan perkataan ‘kering, lidi, bini popeye & lain-lain lagi. Kadang yang tak ada kaitan dengan aku pon sengaja dikaitkan. Sampai macam tu sekali aku dibenci.

Aku tak kisah, nak kutuk aku, teruslah mengutuk. Selagi boleh sabar aku sabar. Cuma aku kekadang rasa kelakar. Tiada beza orang yang mengutuk dan yang dikutuk. Setiap kali aku dengar perlian dan celaan diorang ke atas aku, aku hanya pandang dan berlalu. Tipu kalau kata tak sakit hati atau geram. Sakit lagi hati bila kau tau di belakang dia beria kutuk kau tapi di depan dia buat puji kau macam-macam.

Tapi aku fikir tak mudah nak puaskan hati orang. As long as aku tak kacau diorang, that doesn’t matter. Cuma aku nak pesan. Sebelum caci kurang orang, belek dulu diri sendiri. Bayangkan perasaan kau bila kau di tempat dia. Atau bila orang kutuk anak kau. Apa kau rasa? Kau masih boleh senyum? Kau tak rasa down? Kau hebat.

Aku tak mintak banyak. Cumanya fahamilah kami. Yang underweight & overweight. Janganlah kutuk kami. Korang tak tahu betapa struggle nya kami nak gemuk/kurus. Ingat jangan mencari carik kain orang untuk dikutuk. Tapi tampallah carik kain sendiri untuk elak dikutuk. Satu jari kita menuding orang, tapi empat jari menghala diri sendiri.

Sekarang aku masih dalam usaha untuk berisi. Masih mencari penawar untuk stabilkan kadar metabolisme. Kalau awak-awak semua ada petua or pernah consume ubat-ubatan untuk berisi sikit boleh share tak ye? Stress dari kecil sampai besar kena kutuk. Dari orang berilmu sampai yang tak ada otak kutuk. Dari cengeng sampai lil bit stronger and now i’m broken. Thanks in advance commenter. Thanks admin if siarkan.

~Si kurus yang teringin nak dapat perfect body curve. ~

– Anne

Anda ingin menghantar confessions? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search