Luahan Bekas Mangsa Buli - IIUM Confessions - Share your secret stories

Luahan Bekas Mangsa Buli

- 8:36 am
Assalamualaikum. Aku harap untuk confess kali ini admin publishkan. Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat semua. Aku masih study di IPT utara tanah air. Nama aku Nurul sekarang berusia 23 tahun aku nak berkongsi kisah perjalanan hidup aku sebagai mangsa buli dengan kesan yang aku terima dan aku percaya ada di sini juga pernah menjadi mangsa buli.

FYI, buli ni dikategorikan kepada tiga iaitu fizikal, verbal dan psikologi. Lelaki kebanyakan dibuli secara fizikal dan verbal manakala perempuan verbal dan psikologi (ilmiah sikit sebagai perkongsian dari apa yang aku pelajari sumber sahih). Dan aku dibuli secara Verbal (ejekan, peril) dan psikologi (dipulaukan, gossip dan di benci).

Luahan Bekas Mangsa Buli
Luahan Bekas Mangsa Buli
Kisahnya semasa aku di form 1-3 aku tinggal di asrama perempuan semua dan form 4 aku keluar sebab tak tahan sangat dibuli. Aku seorang yang pasif (ikut ja apa yang orang suruh) tapi aku seorang happy go lucky bila dengan kwn2 rapat aku di sekolah. yes pada mula aku masuk asrama aku ada kawan dgn jiran katil aku dan dia juga pelajar baru yang masuk ke asrama. Kami sangat rapat makan skali semua sekali la tapi berapa bulan kemudian dia sudah ada ‘geng’ baru. 

Dan sejak dari itu mereka menjadi pelajar asrama yang bermasalah, ada sahaja peraturan yang mereka langgar kesian warden waktu tu. Dan orang yang sering dibuli aku lah. Pada mulanya aku dibuli disuruh lakukan itu ini tapi lama kelamaan makin banyak pula mereka cari pasal sebb aku dah x nak ikut. Aku akui aku tak pandai berkawan secara berkelompok aku ank bongsu dan jarak aku dengan kakak aku sangat jauh. Kakak aku juga berada di asrama jadi aku dah terbiasa bergerak bersendirian tak ada hal kalau aku terpaksa berseorangan. 

Aku seorang yang independent aku sendiri yang mahu tingga di asrama siapa kata ank bongsu manja berkepit dengan mak ayah 24 jam. Ok patah balik, suatu hari tu aku masuk bilik dan aku ada dengar suara mereka bertiga sedang ketawa, dalam dorm xda orang sebab kami sesi form 1-2 sesi petang. Aku pun pegi la intai di belakang almari tu dan tahu apa yang aku lihat?? 

Diorang tengah baca DIARI aku, kiranya diorang selongkar aku punya tempat privacy aku. Lpas tu aku mengamuk la mula pada hari tu aku berubah jadi pendiam aku selalu kurung diri aku dalam bilik air asrama setiap hari bila habis prep semua untuk elak jumpa mereka sebab aku malu dgn apa yang mereka baca. AKU BENCI MEREKA hingga kesaat ini! Dan x mungkin aku lupa smpai bila2 dan macam2 lagi mereka lakukan pada aku kalau dihurai satu persatu2 memang xkan habis.

Sampai la masa form 3, kumpulan mereka menjadi makin bertambah. Semakin besar kuasa mereka dan aku? Hari2 diejek hari2 di peril. Kesan dia sehingga sekarang tau contoh kalau orang ketawa sebelah aku bila bercakap dgn kawannya pun aku terasa mereka mengejek aku. Selama tiga tahun aku bertahan dan smpai suatu saat aku mula berdoa kepada Allah. Kan Allah dah kata doa orang yang teranaiya dimakbulkan. Dalam beberapa minggu Allah makbulkan doa aku yg kerdil ini. 

Mereka semua begaduh dan berpecah, walaupun bagi aku masa tu memang x setimpal dengan apa yang mereka lakukan pada aku tapi sememangnya ada setelah mereka gaduh mereka dah x peril dan ejek aku lagi. dan aku tetap mereka benci sedangkan aku taku ahu apa salah aku.

Sehingga lah ke hari ini kesan itu masih ada walaupun lambat tapi kesan itu ada. Aku kuatkan semangat aku. Aku bangkit tapi aku mula berubah menjadi sangat sangat sangat ego dan makin hari makin tinggi, jadi seorang yang pemarah dan aku jadi seorang yang keras, pantang sesiapa cari pasal dengan aku pasti kena balik aku. Aku susah nak cari pasal dengan orang tapi sekali orang cari pasal dengan aku, habislah.. dahulunya aku diam tunduk sekarang aku makin berani bersuara malah mungkin lebih pada itu.

Mungkin perubahan pada diri aku sememangnya untuk tegakkan diri aku tapi bila aku fikirkan balik, muhasabah diri balik, kadang2 sikap aku akan menjadi keterlaluan apabila aku terlalu ego dan fikirkan aku x boleh mengalah dan jika aku mengalah aku akan fikir mesti aku dipijak seperti dahulu. Aku tak mampu menjadi seorang yang lembut seperti dahulu. Sekarang aku masih cuba perbaiki diri aku tetapi aku binggung dengan diri aku sendiri salah ka aku begini? Atau makin dibenci orang.

Buat pembuli sekarang atau pernah membuli. Tolonglah berhenti sedarlah anda telah menyebabkan mangsa seperti aku mendapat kesan yang sangat negatif pada diri sndiri sampai satu tahap boleh membunuh diri (aku juga terfikir perkara yg sama tapi sebab aku islam paksa diri betulkan niat). Korang akan rasa peril dan ejek perkara kecil, tapi korang tahu kalau terlalu kerap, korang fikir kami sebagai mangsa mampu bertahan? Korang berani sebab korang tahu kami lemah tidak mampu melawan tapi kami boleh berubah menjadi seorang yang sangat kasar atas perbuatan korang dan menjadi lebih bermasalah.

Buat mangsa atau pernah menjadi mangsa, aku juga pernah merasai benda tersebut. aku harap korang kuat. Ambil tindakan untuk berjumpa orang yang boleh bantu korang jangan jadi macam aku menerima sahaja apa yang dilakukan. Sakit mental menahan peritnya dibuli. Jangan biarkan korang dipijak dijadikan mangsa sampai bila2. Bangun jalan kehadpan fikir masa depan korang, korang juga ada hak untuk bahagia merasa nikmat dunia dan perbanyakan berdoa.

Sehingga ke hari ni aku percaya dan yakin janji Allah doa orang yang dianayai snagat2 diterima. terus berdoa walau ambil jangka masa yang lama. Allah tak kan membiarkan kita dalam kesedihan Dia sayang hambanya. Ingatlah roda kehidupan sentiasa berpusing jangan merasa diri sentiasa diatas.

– Nurul

Anda ada kisah ingin dikongsikan? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search