Kasih Ibu Yang Merosakkan - IIUM Confessions - Share your secret stories

Kasih Ibu Yang Merosakkan

- 5:21 am
Assalamualaikum. Firstly, terima kasih admin sudi siarkan luahan aku ni. Aku taip dalam keadaan berdebar — perasaan aku bercampur baur. Antara sedih, pilu, kecewa, kesal, dan banyak lagi. Aku tak terluah benda ni kat orang yg sepatutnya aku luah, yakni mak aku sendiri. Aku harap kisah aku ni boleh dijadikan teladan buat semua, terutama buat insan yg bergelar ibu.

Aku anak tunggal perempuan dan punya beberapa orang adik beradik lelaki. Sejak kecik lagi, aku rasa layanan mak aku pada aku tak adil. Aku selalu rasa dia suka lebihkan abg dan adik-adik aku. Dan aku bukan cakap kosong. Benda tu memang nampak obvious. Contohnya, kalau aku buat perangai, confirm aku kena bantai kat situ jugak, tak kisahlah depan orang ke belakang orang ke. But mostly depan orang la. Tapi kalau abg aku buat salah, mak aku akan slow talk dengan abg aku and mostly dia takkan bantai abg aku macam mana dia bantai aku. Aku fikir mungkin sebab mak aku nak jaga pride dia sebagai seorang abg. Tapi, aku pun ada pride sebagai seorang kakak kot. Aku memang jiwa kacau dan selalu memberontak cakap mak aku tak sayang aku.

Aku ni boleh kira budak pandai la jugak. Tapi setiap tahun aku naik pentas ambik hadiah tanpa disaksikan oleh mak bapak aku. Mula-mula aku sedih tapi lama-lama aku dah lali. Sampai aku pernah tanya mak aku apa alasan dia tak datang majlis penyampaian hadiah aku. Dia senang je jawab, “Sebab kakak dah pandai, buat apa mak nak tengok. Kalau kakak ada masalah barulah mak datang sekolah.” Aku sekolah menengah masa tu. Aku sedih takyah cakap. Aku sampai terfikir nak rosakkan diri aku semata-mata nakkan perhatian mak aku. Mak bapak aku busy kerja, aku jumpa diorang kurang 5 jam sehari. Jumpa pun banyak kena marah je. Yelah, mungkin diorang stress kerja kan.

Kasih Ibu Yang Merosakkan
Kasih Ibu Yang Merosakkan
Aku teruskan hidup aku macam biasa. Beza aku dengan adik bongsu aku jauh, hampir 10 tahun. Jadi, adik bongsu aku ni mak aku super manjakan. Segala kesalahan adik aku mak aku akan benarkan. Kalau gaduh masa kecik, confirm aku yg akan salah. Bila adik aku ada akal, dia buat salah, mesti mak aku tak marah dia. Mak aku layankan aje dia. Banyak kali jugak aku marah bila keadaan tu berlaku. Aku ni jenis outspoken, so aku akan terus direct cakap kat mak aku apa yg aku tak puas hati. Tapi sedih betul bila setiap kali aku mengadu pasal kelakuan adik aku, mesti mak aku akan backup dia. Ada satu masa tu, adik aku buat salah kat aku tapi mak aku suruh aku mintak maaf kat dia, aku macam haaa apaaaa? Kat situ aku dah nampak dah kalau adik aku terus dimanjakan sedemikian rupa, tak mustahil dia boleh rosak.

Apa-apa yg adik aku nak, mesti mak aku akan tunaikan. Apa-apa salah adik aku buat, mesti mak aku backup. Kalau aku complain, mesti mak aku akan cakap doakan je dia yg baik-baik. Semoga dia berubah. Tapi usaha langsung tak nampak. Setiap kali aku tak puas hati dan cakap kat mak aku, dia mesti akan cakap “Kakak belum ada anak. Mak taknak la cakap nanti kakak ada anak, kakak tahulah. Kang jadi doa pulak.” Masa tu aku remaja, dalam 19 tahun gitu. Sekarang, aku ada anak 2 dan aku still tak faham kenapa mak aku boleh taknak tegur apa yg adik aku buat salah.

Sehinggalah, semalam.

Segalanya berubah sejak semalam. Aku rasakan semuanya bagai deja vu. Apa yg aku fikir dan andaikan menjadi kenyataan. Rahsia terbesar keluarga aku sendiri aku tahu juga akhirnya. Rupa-rupanya selama ni yg aku dah lama tak nampak adik aku adalah disebabkan dia masuk penjara. Aku rasa macam dunia aku terbalik, upside down jadinya lepas aku tahu benda ni. Aku pernah baca satu confession sebelum ni pasal adik dia umur 19 tahun masuk penjara sebab edar dadah and it eventually happened to me! Adik aku umur 18 tahun dan masuk penjara sebab jual dadah. Mak aku rahsiakan benda ni kat aku selama ni mungkin sebab dia takut aku mengamuk dan cakap benda-benda yg menyakitkan hati dia. Apparently, I knew it from somebody else.

Selain jual dadah, adik aku juga dah banyak kali ditangkap berzina. Weh, hancur luluh weh hati aku. Adik aku yg ditatang, dimanja-manjakan mak aku yg akhirnya menconteng arang ke muka keluarga sendiri. Korang bayangkan, aku terus fikir betapa malunya ayah aku lepas benda ni berlaku. Mana ayah aku nak letak muka dia wehhh. Dia seorang yg disegani jugak dalam kalangan family dan kawan-kawan dia. Tapi, kalau orang tahu apa yg adik aku buat ni, mana dia nak letak muka weh? Mak aku boleh buat selamba mungkin sebab adik aku tu lelaki. Cuba adik aku tu perempuan dan membusung bunting anak luar nikah, aku tak rasa mak aku boleh setenang itu.

Aku rasa macam nak cakap setepek kat mak aku, “INILAH AKIBAT MAK TERLAMPAU MANJAKAN DIA! IKUT SANGAT APA YG DIA NAK! TAK PERNAH CAKAP APA YG DIA BUAT TU SALAH! TERLAMPAU DENGAR CAKAP DIA!” Tapi aku tak boleh. Aku sedar aku hanya seorang anak. Hati aku terlampau pedih dan sedih. Memang tak syak lagi kalau kasih sayang yg melampau memang boleh merosakkan.

Aku taktau apa yg mak aku rasa, tapi aku tahu deep inside dia mesti terlampau menyesal walaupun dia berlagak cool di luaran. Aku harap benda ni jadi pengajaran terbesar buat family aku terutama sekali mak aku. Aku harap semua ibu termasuk diri aku sendiri tahu menilai betul salah seorang anak. Kalau kita betul-betul sayangkan anak kita, jangan pernah membenarkan salah dia. They have to know when they do wrong. Semua ibu mahukan yg terbaik untuk anak-anak, tapi bukan dengan cara membenarkan kesalahan dia. Itu adalah kesalahan terbesar seorang ibu buat.

Sekarang ni aku hanya doakan dia sempat bertaubat sebelum mati. Yelah, sebab dia pun ada penyakit yg tak boleh cure. Yg aku geramnya tu, eh tak sedar diri pulak tu Tuhan dah bagi peluang kedua untuk hidup lepas survive daripada sakit tu, tapi sayang, masih dipersiakan. Sedih. Kecewa. Aku cuma harap masa boleh menyembuhkan segalanya. Aku juga harap kasih sayang Allah pada keluarga aku seluas lautan, masih sudi terima taubat kami.

Aku masih nak buat-buat taktau sampai mak aku sendiri yg bukak mulut cerita perkara sebenar. Dan aku harap by the time mak aku cerita kat aku, aku boleh berlagak tenang dan carry on life macam biasa. Like, everything was just a nightmare.

– KAKAK

Credit to IIUM Confessions BM

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search