Ayah Curang - IIUM Confessions - Share your secret stories

Ayah Curang

- 5:15 am
Assalamualaikum dear IIUMC readers . Short intro about myself , lepasan SPM 2016 dan sedang menunggu keputusan UPU . Jikalau cerita aku disiarkan , aku harap sangat kalian dapat berikan nasihat atau motivasi buat aku insan yang lemah ini .

Sebenarnya aku malas nak buka cerita tentang family aku kerna aku tahu ia mengaibkan tapi aku terpaksa juga . Aku dilahirkan dalam family yang aku rasa Alhamdulillah namun konflik dalam keluarga sering terjadi .

Mak aku seorang surirumah dan pengasuh manakala ayah aku tidak bekerja sejak aku di tingkatan 2 . Duit rumah , barang keperluan , kereta semua mak aku yang tanggung hanya dengan mengasuh anak-anak jiran yang aku anggap seperti adik-adik kandung aku sendiri .

Makcik dan pakcik aku adalah tong-tong mana yang patut oleh kerana keluarga aku mempunyai masalah kewangan .

Sejak lepas ayah aku berhenti kerja , time tu ayah aku sudah mempunyai telefon pintar dan mengenali seorang perempuan ni yang merupakan bekas rakan sewaktu di sekolah menengah . Kiranya sebaya dengan ayah aku dan merupakan anak saudara kepada orang kuat juga .

Ayah Curang
Ayah Curang
Makan minum nafkah dan sebagainya semuanya mak aku yang tanggung , kadang minta duit nak minum air di kedai kopi walhal sebenarnya untuk membeli rokok .

Ayah aku dulu tidak merokok pun tapi sejak kebelakangan ini sering kali merokok dan tidak pernah mengaku di depan mak aku yang dia merokok . Padahal aku tersempak juga dengan ayah aku kat kedai tengah merokok dan setiap kali itulah ayah aku berjanji agar tidak merokok . Mak aku tak marah kalau ayah aku merokok tapi guna duit mak aku .
Tiap-tiap pagi selalu keluar jogging , jam 10 pagi baru balik rumah . Jogging kejap dan selebihnya bergayut di telefon dengan perempuan tu .

Telefon ayah aku pun pakai password kadang bila adik aku dapat tahu password ayah aku , time ayah aku tengah mandi terus buka telefon tengok conversation dengan perempuan tu . Bersayang bagai , cerita itu ini pasal mak aku dan sebagainya . Apa lagi aku pun ambil telefon ambil gambar conversation itu dan adik aku tunjuk dekat mak aku. Memang mak aku mengamuk juga lah namun mak aku tetap siapkan makanan minuman buat ayah aku .

Banyak kali dah ayah aku buat macam ni kalau kami dapat tahu password , lepastu dia tukar password lain . Aku terpaksa tulis juga confession ini lepas baca conversation FB chat ayah aku dengan perempuan yang lagi satu ( bukan yang kat whatsapp ni ) . Siapa suruh tak logout fb . Duk bersayang dengan isteri orang , rindu la , aku baca pun rasa nak muntah dan aku memang tak pernah bersayang bagai dengan mana-mana lelaki bukan mahram .

Mak aku sabar je dan banyak kali minta cerai siap suruh ayah aku kahwin je dengan perempuan tu tapi ayah aku tak nak lepaskan dan berjanji tidak akan buat lagi. Ia hanya sekadar kata-kata namun tetap mengulanginya . Aku bukan nak cerita buruk pasal ayah aku tapi aku rasa stress , kesiankan mak aku . Lepas ni aku nak pergi sambung belajar jauh lebih kurang 6-7 jam dari rumah aku .

Kereta mak aku ( ayah aku guna sebab mak aku tiada lessen ) nak kena service , nak berjalan jauh kan lepastu nak balik raya lagi yang jaraknya 7 jam dari rumah dan tempat aku sambung belajar . Kiranya jauh-jauh juga. Siapa nak service kereta kalau bukan mak aku yang akan keluarkan duit . Minyak kereta nak pergi mana-mana pun mak aku yang isi . Kiranya ayah aku memang lepas tangan . Baru-baru ini kami ke Shopping Mall , aku , mak aku dan adik ke tandas . Ayah aku tunggu kat luar di sofa . Lepas kami keluar dari tandas , mak aku pergi kat ayah aku kebetulan tengah main phone . Tengok-tengok tengah berwhatsapp bersayang , jelingan manja bagai dengan perempuan tu . Ayah aku tak perasan . Terus mak aku kata “ jom kakak adik kita gi belah sana , tak payah jalan dengan ayah” Mak aku dah mengalirkan air mata , aku tahu betapa sakitnya hati seorang isteri jika suami buatnya sebegitu .

Mak aku selalu kata kalau ayah aku nak pergi dengan perempuan tu pergilah , bukan ayah aku yang tanggung kami sekeluarga pun selama ini .

Ayah aku kalau kat rumah memang selalu berada di dalam bilik main phone sehinggakan jika tetamu datang , dia buat tidak tahu seperti anak dara yang terperap dalam bilik . Kalau balik kampung time raya , ayah aku akan habiskan masa keluar dengan rakan-rakan sekolahnya dulu dan aku , mak dan adik hanya duduk di dalam rumah tanpa buat apa-apa dan ia sungguh membosankan kerana tidak berpeluang untuk travel sekitar kampung aku ( negeri Pantai Timur ).

Lepas ini nak sambung belajar mak aku tengah pening kepala mana nak cari duit , mujurlah duit dalam bank yang aku simpan sejak lahir lagi dapat tampung sedikit walaupun aku rasa kena pinjam PTPTN juga . Makcik dan pakcik aku adalah tolong sikit-sikit , atok aku siap tanya yuran berapa nak bank in. Alhamdulillah ringan sikit bebanan walaupun aku rasa menyusahkan pula . Tolong beri aku kekuatan untuk hadapi semua ini . Kalian bukan ditempat aku jadi kalian tak rasa apa yang aku rasa .

Doakan aku dipermudahkan urusan olehNya , dapat score di kolej/uni nanti , banggakan family , dapat bantu family sedikit sebanyak . Oh ya aku juga ada jual popia nestum , adik aku tolong jualkan untuk kawan-kawan dia dan inshaa Allah aku akan mula buka order bulan puasa nanti . Dapatlah sikit-sikit untuk tampung perbelanjaan ketika di alam mahasiswa . Aku harap korang dapat beri motivasi dekat aku untuk hadapi semua ini .

– Insan biasa

Credit to - iium confessions -bm

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search