Ejen Lesen Memandu Biadap - IIUM Confessions - Share your secret stories

Ejen Lesen Memandu Biadap

- 7:23 pm
Assalamualaikum and good day everyone. First of all, terima kasih kepada pihak iiumc kerana up kan cerita aku ni since mesti ramai juga orang yang pernah melalui apa yang aku lalui ni. So here we go. ((Sebelum tu, aku campur campur sikit BM and BI. I hope that you won’t mind about that))

Setiap orang yang ada lesen, definitely rasa pengalaman menghadap ejen lesen memandu hangpa semua sama ada orangnya elok dan sebaliknya. Kerana nasib tak berapa baik, aku dapat yang biadap and kurang ajar. So, aku ambil lesen kereta masa umur aku 18. He knew that aku ni macam celah gigi dia je which means budak budak , sebab tu dia boleh sesuka hati hina aku. Fyi, basically he’s not the one yang sepatutnya ajar aku. Ayahnya yang sebetulnya. Tapi kerana faktor kesihatan, so anak dia ni lah yang take over.

So, masa first day aku start belajar at first okay. Tapi dah start tengking tengking, cakap tangan keras pegang stereng apa semua mcm tu. First first rasa mcm terkejut, tapi aku lek lek je lagi. Kemudian hari-hari yang seterusnya, dia start maki hamun and obviously mencarut. Kalau salah sikit ke macam lambat buka signal, tahan je lah telinga kena bodoh, sial. Banyak kali seriously. Fyi, umur dia dalam 30 lebih mcm tu and dah ada keluarga. Umur 30+ mcm orang kata darah tengah panas. Orang kata, tapi aku rasa that thing depends pada seseorang juga lah kan? Depends macam mana kau kawal diri kau sendiri, isn’t? Even budak budak lain yang ambil saing aku pun, kena benda yang sama. Sampai depa rasa give up nak ambil and same goes to me.

Ejen Lesen Memandu Biadap

Sepanjang aku belajar dgn dia, dah banyak kemek jugak lah kereta tu aku dajalkan. Paling teruk, bumper patah and jatuh. So setiap kali, aku terjahanam kereta tu he started to curse macam “sial lah”. Dia cakap bukan perlahan lahan. Separa memekik. Could you imagine that? Sampai satu ketika aku rasa, maki maki ni dah mcm makanan ruji utk dia. So, macam semua orang tahu masa ambil lesen kena buat litar and jalan raya kan? In my case, from the beginning aku hanya buat litar. Memang gila babi & pulun habis lah buat litar. Terdetik kat hati aku tengok orang lain dah buat jalan raya banyak kali, sedangkan aku tak buat buat lagi. So, aku husnudzon je lah, mungkin aku ni bodoh sangat kat litar sebab tu aku practise gila babi kat litar je.

Sampai dah tinggal seminggu aku nak JPJ, baru lah dia suruh buat jalan raya. So, korang boleh imagine tak tetiba dia suruh kau bawa kat jalan raya, without any practisces. Ye lah mana tak nya, kat litar main gear 1 je. Bila jalan raya, kena main sampai gear 4. Memang teruk aku kena maki. Sampai compare kan aku dengan abang aku kot. Siap cakap “Abang ko senang je aku ajar, ko ajar berkali kali tak faham faham.” Then aku cakap lah aku tak pernah bawa kat jalan raya. Tak pernah practice pun. Then dia balas “Ko ni memang kerja membetah je bila aku cakap.” Aku memang totally rasa fed up and give up. Susah bila cakap dengan orang jenis mcm dia ni. Rasa diri betul je. Dalam seminggu nak JPJ tu just 2 hari je aku practice jalan raya. Boleh bayangkan tak macam mana?

A day before nak JPJ, pagi pagi tu dia suruh aku bawak jalan raya. Tak nafikan aku lambat tukar gear, langgar garisan putih and etc. Dia marah gila gila kat aku waktu siap cakap “ingatkan anak cikgu pandai sangat, rupanya lembab juga”. Memang aku kena tengking teruk gila. And the worst part is, dia pernah cakap “p****t”. Maki teruk sangat sangat. Aku memang give up sangat waktu tu. Kira dia lepaskan marah dia kaw kaw kat aku waktu. Masa tu aku dah start down gila waktu tengah drive. Dah start lah keluar air mata, hidung berhingus sot set sot set. And he still maki maki. Aku rasa time tu aku dah tak tertahan dah marah sedih apa semua and i started to shout and say “JPJ SAYA ESOK AND I JUST PRACTICE FOR 2 TIMES ONLY. WHAT DO YOU EXPECT FROM ME? WHO DO YOU THINK YOU ARE? SHIT!!!” I literally dah tak boleh tahan. Selama ni aku pendam, and at that time kira macam my turning point yang aku totally give up. Dia terus senyap sampai kat tempat lesen memandu tu. Masa lepas aku jerit tu, memang aku dah tak fikir langsung tukar gear ke apa. Memang bawa ikut suka hati. Even masa turun tu pun i started to be rude. Aku hempas je pintu kereta dah tak fikir apa orang sekeliling cakap dengan muka aku merah mata berair.

Then, i went straight a way to the toilet and cried. I noticed that people starred at me. Tapi dah tak fikir dah masa tu. I cried for 15 minutes sampai lah ada budak ketuk pintu cakap dia nak hantar balik. Dalam kereta masa hantar tu, aku tak pandang langsung muka dia. Tapi aku perasan dia ada nengok nengok juga. Haaaa tahu kau kecut. Aku jarang nak marah gila gila unless keadaan memaksa aku utk berbuat sedemikian. So, budak budak lain rasa pelik tapi aku tak cakap pape. I kept it as my secret lah kononnya waktu tu. Then, they told me that he asked me to come at 2.30pm utk sambung semula buat practice.

Masa dah sampai rumah tu, aku turun je without saying terima kasih. I know it’s rude, but who cares? Sampai rumah memang aku terus nangis. Nangis yang memang betul betul melalak. Rasa give up yang teramat sangat sampai rasa tak nak ambil langsung. Rasa menyesal yang teramat sangat. Tak passed pun tak passed lah. I don’t care. Then, i called my dad dengan tersedu sedan i told him everything. I knew dad was very worried at that time. Ye lah even my abah tak pernah maki aku sampai macam tu sekali. I was thinking that dia dah ada keluarga, ada dia macam tu juga dengan anak dia and isteri dia? Apa yang aku boleh cakap kat anak dia, salam takziah dan tabah lah ada bapa sedemikian.

Kebetulan my mom balik and she saw me crying as hell. Like my dad, i knew she was also worried about me. Aku memang jarang nak nangis gila babi melainkan perkara tu betul betul menyentap jiwa. Bukan apa, aku rasa mcam yes kau boleh hina aku sesuka hati tapi tolong jangan sesekali kau hina parents aku. They sacrificed a lot for me. At that time, my parents really wanted to call him and cancelled everything because they felt that benda tu buang masa, buang tenaga and buang duit. So, 2.30 pm tu aku pergi and practice again. Masa tgh practice tu tetiba dia cakap elok elok ‘Sebenarnya apa masalah awak? Kalau awak tak bagitahu, macam mana abang nak tolong”. Kepala otak dia. Oh, dah kena sedas english sikit terus pandai cakap elok elok. Heh, selama hari ini kau pijak pijak aku, tak pernah pulak kau fikir. Then i told him “JPJ saya esok and saya practice jalan raya hanya 2 hari. Then, you expect more from me? Apa ni? Mak & abah saya bayar. Takde tangguh tangguh bayar and ni yang saya dapat? “. And he kept remain silent.

Fyi, alhamdulilah i passed my JPJ test for once only.
Honestly, aku banyak juga dengar cerita sesetengah ejen lesen memandu ni memang attitude seriously teruk. and aku pun dah kena. So, i believe that korang kat luar sana tu pun pernah kena macam aku juga kan? Aku bukan nak judge semua ejen lesen memandu. Hanya segelintir daripada mereka. Please lah, jangan mengajar for the sake of money. Kau pun bukan lahir lahir terus pandai drive. One more thing, dalam kes aku ni that guy has a really nice father. Jangan kerana kau, nama baik ayah kau busuk. Ingat satu perkara, apa kau yang kau buat kat anak orang, Tuhan akan balikkan semula kat anak kau. Jadi, jangan terkejut if one day when your children came back from school crying as hell and told you that there’s people cursed them and underestimated you.” One more thing is, to those yang nak ambil lesen tolong, tolong dan tolong cari yang betul nak mengajar. Jangan serkap jarang sahaja.
So, I think that’s all from me. Thank you.

Assalamualaikum.

– Insan biasa

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search