Aku bukanlah wanita yang sempurna. Nama aku dee ( bukan nama sebenar) Aku pernah melalui fasa hidup yang penuh dengan kelalaian, degil, dan selalu menurut kata hati. Dulu, aku rasa cinta itu mesti dicari. Aku sibuk kejar kasih manusia, sampaikan aku lupa yang sepatutnya aku kejar cinta Allah dulu.
Namun akhirnya aku belajar bukan semua perkara kita boleh cari dengan tenaga sendiri. Ada yang hanya Allah boleh beri, bila kita serah bulat-bulat pada-Nya. Bila aku letih mengejar manusia, aku kembali pada Allah, berdoa dengan penuh harapan agar dikurniakan jodoh yang baik, lelaki yang mampu membimbingku dengan sabar.
Ada satu hari aku bertekad dalam hati " aku dah taknak bercinta lagi, aku serahkan semua kepada Allah, aku hanya nak kahwin, hubungan yg halal"Dan di situlah aku dipertemukan dengan dia.Lelaki asing, yang tak pernah masuk dalam senarai carian aku,namanya pun begitu asing bagiku tapi hadir dengan cara yang begitu indah. Jawapan kepada doa, dan ternyata juga jawapan kepada mimpi lamaku. Hadirnya dia dikuatkan dgn istikharah..menguatkan lagi keyakinanku..
Aku tersedar — setiap ujian yang aku lalui dulu bukan sia-sia. Semua ada hikmah. Semua pahit dan kecewa itu hanyalah jalan pintas Allah untuk selamatkan aku dari lelaki yang salah, agar akhirnya aku bertemu lelaki yang benar.
Kini aku belajar beberapa perkara dalam hidup, apa apa serahkan pada Allah dahulu, minta pada Allah diiringi dgn usaha juga, Jangan pernah sesali takdir yang Allah tulis, Setiap kesedihan hanyalah jalan menuju kebahagiaan dansetiap doa yang ikhlas pasti akan Allah makbulkan, walaupun jalannya panjang.. jangan terburu2 dalam mencari sesuatu, cepat atau lambat Allah akan bagi❤️ sampai skrg mimpi tu masih terngiang2 dalam otak aku.. tak sangka mimpi jadi realiti.. dan bila aku kenangkan .. ya kalau boleh aku nak nasihat diri aku yg lama jangan bercinta… kalau aku tahu aku dapat lelaki sebaik ni… aku takkan sia2 kan hati aku mencintai lelaki yg lain.. tapi apa2 pun pasti semuanya ada hikmah..
By Dee
Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)
Advertisement