Hi, nama aku N. Hari ni aku nak cerita pasal hidup aku yang tak berapa berat bagi sesetengah orang. aku tahu ada orang lagi bermasalah dari diri aku. Tapi aku juga manusia yang mahukan kehidupan yang nyaman dan tenang. Aku tau setiap ujian yang hadir dalam hidup seseorang mesti bersebab dan allah tau yang terbaik. Aku bukanlah dari keluarga yang kaya dan juga bukan dari keluarga yang sederhana. Aku boleh simpul kan keluarga aku ini miskin tegar.
Aku tidak pernah makan di kedai bersama keluarga walaupun makan di warung apatah lagi bercuti. Kereta pun baru sahaja kami sekeluarga ada ketika aku f1 iaitu 2016 itupun kereta lama. Kadang makan pun berhutang utk membeli barang basah.Bagi aku perkara yang paling bahagia yang pernah kami sekeluarga lakukan ialah pergi ke zoo taiping. Itupun jenuh dengan segala titik peluh usaha. Aku harap pembaca dapat fahami apa yg aku cuba sampaikan.
Pada waktu kecil aku sangat mahu kebahagian seperti orang lain, dulu aku sangat teringinkan patung dan mainan seperti kanak-kanak lain tapi aku tahu bapa aku tak mampu. Jadi aku hanya pejamkan mata dan berharap akan ada orang yang beri tanpa perlu aku meminta walaupun aku tau harapan itu hanyalah palsu. Sejak kecil aku selalu berfikir positif bahawa aku kena sabar, mungkin besar aku akan senang. Tapi lain yang terjadi
Sejak umur aku 12 tahun, ujian hidup aku mula lebih hebat. Pada ketika itu ibuku mengandungkan adik bongsu. Ibuku mempunyai komplikasi iaitu rahim bawah tahap 2. Sebaik sahaja upsr selesai, bapaku memintaku utk tidak bersekolah kerana tiada siapa boleh menjaga adik2 kerana ibuku terpaksa diwad di hospital pakar yg jauh dari rumah kami. Sejak itu aku terpaksa mengambil alih rumahtangga. Aku tidak reti memasak, aku tidak tahu apa2. Setiap kali aku menunjukkan aku tidak mampu utk melakukan, ahli keluarga aku membandingkan anak2 orang lain dan diri mereka sendiri dgn diriku. Setiap hari aku menangis mengenangkan nasib aku.
Tidak cukup dengan itu, aku dapat tahu nama di IC berbeza dgn nama yg aku guna sebelum ini. Ditambah lagi sijil kelahiran aku juga bertukar. Bila aku tanya ibubapa aku mereka tidak mahu bercakap dan memarahi aku dengan berkata " boleh tak jangan tanya' " diamlah kamu ni serabutkan orang je" "tolonglah bersyukur kamu ada orang jaga, daripada orang lain kena buang". Aku bukan lah orang yg bodoh. jadi aku pun selongkar semua sijil yg ada. Alangkah terkejutnya aku ibubapaku berkawin kurang dari 9 bulan sebelum kelahiran aku.
Dalam kepala otak aku bersepah dengan pelbagai kemungkinan. " adakah aku anak luar nikah? " " ke anak parents aku mati, so dia replace aku" " ke aku ni anak kawan baik diorg" 1001 kemungkinan bermain di fikiran aku. setiap hari aku menangis tapi diorg ni buat tak kisah dgn aku. ayat memujuk aku amat jauh utk aku dengar. jiwa aku dah tidak keruan, mereka tetap marahkan aku, dan meminta aku utk terima kenyataan. Bila sudah tahap mereka tidak tahan barulah ibuku memujuk aku.
Sejak itu, aku cuba utk terima tapi aku mahukan jawapan. jenuh aku menunggu tapi alasan sama yang mereka bagi. BERSYUKUR ! BERSYUKUR! aku ditawarkan masuk ke mrsm ketika f1. Aku bertanya kepada bapa aku nak guna nama apa. dia ckp guna nama dulu. nanti ayah tukar nama lama balik. dia bagi aku jaminan. Aku pun berpegang dgn ayat itu. Setiap tahun aku gelabah sebb nama aku tak tukar2. alasan yg dia bagi ' BOLEH TAK SABARR' itulah yg diulang sampai aku rasa aku ni manusia yg tak guna. Seperti aku agak sampai aku pt3 masalah itu still ada. Aku stress sebb nama ic dgn nama sijil aku tak sama. aku risau masa depan aku, aku risau klo aku pergi interview orang tanya nama tak sama kenapa?
Nak tau sampai aku depress f3. bapa aku tak habis2 menyalahkan aku sebb tak reti sabar. bila aku tanya sebb dia tak nk bagitau. bila result aku rendah parents aku marah. dia tak tau ke aku ni serabut klo sijil spm aku, sijil berhenti, pt3 tak sama. macam mana aku nk apply degree atau interview. hal ini berlarutan sampai aku spm. aku makin gila sampai aku rasa aku nak mati tapi itulah parents aku tetap salahkan aku. hahahha
aku tak heran kalau parents aku ni bagus, tapi tu la bila minta duit belanja walaupun rm10 seminggu pun bising. nak mintak beli biskut dgn maggi pun berkira cakap aku ni kuat makan. aku tau diorg tak kaya tapi boleh tak ayat tu sedap sikit. bandingkan dgn anak orang lain pastu kata aku macam2 kau tak rasa aku ni geram.pastu minta duit biasiswa aku. tak bagi kata aku kedekut, cheti melayu. dia tau tak aku ni bukan sekolah biasa. macam2 duit kena cover. dah la minta duit nk beli buku pun tak bagi. bila minta tak habis2 ayat yang sama keluar " susah sangat diorang tu nak faham orang susah, biar ayah jumpa dia" kau tau aku rasa apa?? aku rasa aku malu dgn pemikiran dia. aku nk tuntut ilmu dgn halal dia boleh buat macam tu. aku ni dgn otak yg sengkek ni aku gi jual ramen, maggi sebb nak tampung kehidupan. ada diorang bangga dengan aku. lagi kata tu tanggungjawab aku ada la. hahahha cibai.
Aku ni batch covid, mmg sakit weyh tak tipu. dah la phone ada satu nk kongsi dengan 5-6 orang utk online class pastu bila aku guna lama semua bising sebb guna lama padahal aku nak spm. dah la masalah ic aku tak selesai. Nak tau,aku pakai nama baru utk spm. bapa aku ckp tak boleh tukar. aku kena terima kenyataan.Semua kawan rapat aku terkejut wei. time graduation pun pakai nama tu. semua pinga2. aku hanya tahan malu sebb aku dah boleh agak since aku f1. dan aku dapat tau sebb nama aku macam tu 1 bulan b4 spm. kau rasa tahap kecewa aku, tekanan aku, semua bercampur. hahahah aku boleh cakap sial. ini aku dapat lepas aku sabar. last2 perasaan aku tak dapat nk kawal. yela anak haram kan. kawin pun susah. adik2 aku mesti tak nk mengaku aku kakak diorang. mesti aku dimalukan. belum tentu lagi laki yang nak aku nak kawin dengan aku klo dia dapat tahu aku anak haram mesti dia tak. parents dia pandang serong kat aku. so kat sini aku dah overthinking dan spm aku agak teruk ye. sbb aku mrsm result 4A tu tak boleh diterima oleh parents aku. bapak aku bising kat aku. dia kata suka hati kamu nak jadi apa.
Time tu aku dah mereng sbb result jatuh dia boleh ckp macam tu. kau tau tak aku ni struggle nak mampus. dah la tak provide duit nk sambung belajar. duit tabung bank aku dia keluar semua. aku mmg tak ada duit tabung sbbkan dia. kau tauuu aku ni menunggu nk mati. aku betul2 tak tahan. setiap tahun ada je benda jadi. sepanjang aku diploma mara yg tanggung aku. aku nak gila matrik tapi aku terpaksa tolak even program tu 1 tahun sebb aku takut aku tak ada duit nk hidup dgn keadaan fam aku macam tu. ada bapak aku terima kasih kat aku. lambat lagi. ckp aku kedekut ada la sebb tak bagi duit kat dia. duit 1 sem mara aku dapat dlm 3k lebih. bapak aku tau aku dapat. dia minta nk kasut kulit apa semua. aku beli bukan ckp thank you. complain lagi ada. bila duit tak cukup sebb project dia kata kamu ni tak reti berjimat ke. hahahha gampang. kadang tu aku rasa mybe sebb aku ni anak haram kot sebb tu dia layan aku macam haram.
Nak tau aku benci laki sebbkan bapak aku. aku mmg tak bagi chan kat laki. aku rasa semua sampah. Klo diorg baik dgn aku, aku rasa diorg baik tapi aku tak nak dekat dgn diorg. aku akan cepat2 cari point utk menjauh. Aku mmg tak kisah klo orang nk bercinta tapi yang penting bukan aku. aku sikit pun tak heran klo semua kawan aku kawin dan ada partner sebb aku rasa laki ni sampah. so faham tak?? aku tak nk hidup dengan sampah. Aku boleh berkawan tapi bukan lebih. aku bukan lesbian ehh aku pernah nangis tau sebb aku jealous orang yg aku suka pergi chat classmate aku. aku pun pernah rindu seseorg tapi prinsip aku kalahkan segalanya. aku kan benci kaum laki tapi yg peliknya laki2 ada keliling aku selain bapak aku baik gila dgn aku. siap tanya khabar takut aku bunuh diri, risau aku buat benda bodo, bagi nasihat bla bla. bukan sorang ye buat aku macam ni, pak cik grab pun bagi nasihat wei. tah la kadang tu aku terpikir bila aku nk mati
Aku rasa kadang tu mmg rasa aku patut mati sebab aku ni menyusahkan. betul la kot mak bapak aku kata aku ni suka susahkan orang. diorang kata aku ni mmg suka serabutkan orang. mybe sebb tu kot orang luar concern kat aku sebb diorg serabut dengan keadaan aku.nasib aku tak pernah elok. tahun ni bapak aku sakit, lumpuh hahhaa lagi serabut aku, tak cukup dengan tu aku kena scam kerja rm1.7k HAHHAHAHA bggggg gila wei. sumpah beban. bapak sakit tak ada pendapatan tambah pulak kena scam. mmg sakai. dah la aku nak mati.pastu ada lagi wei tapi malas nak cakap. aku risau kalau aku ckp problem ni orang boleh detect yang bercerita ni aku. sumpah tahun ni tahun beban. dah la tu pinjaman komputer mara aku dah start kena bayar.pastu aku tak notice wei. sekarang ni aku bakal disenarai hitam. and makin beban ,aku baru je sambung belajar dan aku nk apply mara utk degree. duit aku baru je habis utk register. mana nak cekau duit nk bayar. mak aku dah bising tak simpan duit ke time kerja ritu.
okehh aku boleh detect aku bakal disalahkan. tadi pun mak aku dah bising. dah tu diorg yang tak mampu nk beli laptop. aku buat la loan. aku sambung guna duit aku sendiri tau. aku daftar tanpa parents dan aku angkut barang banyak2 sesorang. sampai pak ccik grab dgn orang keliling aku cakap kuat ke awk nak angkut ni. penat aku dapat simpati orang tapi parents sendiri wat tak tau je. kau tau penatt. aku sangat penatttt
By N
Ingin menghantar confessions anda, sila submit disini (klik)