Trend Beranak Ibu Muda - IIUM Confessions - Share your secret stories

Trend Beranak Ibu Muda

- 5:58 pm
Assalamualaikum… Kalau confession ni disiarkan terima kasih banyak-banyak.

Aku kat sini nak share apa yang Dr OnG aku share. Doctor aku dah 30 tahun in service. In fact she is our family friend. Jadi dia dah kira macam mak sedara aku lah.

Aku bukan orang dari medical background. Maaf kalau ada term yang salah. Dan info yang tak lengkap.

Dia inform aku, sekarang ni ada trend. Trend percaya google. Percaya FB dan penjual supplement.

1. Virgin Coconut Oil (VCO) mudahkan bersalin

Sebelum aku cuba VCO untuk ‘mudahkan’ proses bersalin aku, aku consult Dr ni. Aku gelar dia Dr J.

First thing dia cakap kat aku adalah. NO! Ada patient dia yang ambil VCO dari usia kandungan 7 bulan. Dapat komplikasi. Tumpah darah. Sampai kena buang rahim. Itu kes paling teruk. Ada juga cases lain iaitu kes tumpah darah. Details kenapa VCO sebabkan ni aku tak pasti.

Dr tu tanya aku kenapa aku nak ambil. Aku just cakap testimoni orang dan dah ada few kawan yang ambil kata memang mudah bersalin. Jadi dia tanya aku lg. How much is the dosage? How do know of it is too much or not? Siapa yg sesuai? Siapa yang tak?

Aku terdiam. Secara halus dia cakap. Pengambilan VCO ni tak ada ujian klinikal. Ambil atas dasar testimoni dan pesanan dari orang yang takde medical background pun. Tambahan seller tu suruh aku beli dua botol 50ml dan suruh start minum dari bulan ke 7. Kalau sukat dalam 2 sudu besar sehari.

Bila aku inform seller tu Dr J tak bagi amik. Dia macam cakap Dr J karut. Ramai je yang dah ambil. OK je. Sihat je. Senang beranak. Blablabla. Aku malas nak panjang cerita. Jadi aku cuma cakap kat dia aku akan follow Dr J. Kalau aku punya heart beat stop nanti Dr J yang akan berjoget CPR aku kat labor room. Bukan dia. Dengan izin Allah kalau aku survive, Dr J yang cuba selamatkan aku. Bukan dia.

Dia senyap dan stop push aku untuk beli.

Mesti ada yang cakap, aku dah ambil VCO ok je. Mungkin yg mana ambil dan tak ada komplikasi tu memang sesuai ambil. Kalau takde ujian klinikal macam mana nak tau siapa sesuai, siapa tak? Tak kan kita nak main tikam ekor dan lihat siapa yang kena?

Gambar sekadar hiasan

2. Gentle Birth

Gentle birth adalah beranak tanpa apa-apa intervensi perubatan. Ala-ala macam zaman bidan dulu-dulu.

Pain management tanpa ubatan. Posisi beranak yg selesa. Dan macam-macam lagi. Tapi yg pasti au natural. Dan mereka kebanyakannya anti vaksin. Lepas anak dilahirkan, vaksin injection macam BCG dan Hep B tak akan diambil. Begitu juga vit K injection. Dan mereka tak mau CTG semua tu.

Aku, mak aku dan Dr J pernah kopi2 lepas check up. Dr J trauma nak ambil patient gentle birth. Diorang guna term GB. Bila patient tu nyatakan hasrat untuk buat GB, Dr J akan tolak dengan cara terhormat. Sebelum tu dia pernah ambil juga. Tapi satu kes buat dia terus tolak. Kita gelar kes ni kes patient B.

Patient B ni nak beranak anak first. Sejak admit dia langsung tak bagi Dr J untuk check berapa bukaan. Ikut etika, Dr tak boleh buat apa2 yang patient tak benarkan. Tahu2 patient B dah nak terberanak sangat-sangat dan ditolak masuk labor room.

Masuk labor room dia tak nak baring. Dia nak menonggeng. Dr J ikut kan je. Sebab fikirkan itu posisi yg dia selesa. Dr J pernah je sambut baby dalam keadaan mak berdiri. Tapi Dr J mula marah bila dia taknak push bila disuruh. Dia macam nak push bila dia nak push. Ikut guts feeling dia.

Bila anak dia keluar, anak patient B longlai. Worst fear Dr J, yang baby dia dah brain damaged. Baby dia langsung tak menangis. FYI to GB believers bila anak tak menangis tu maknanya baby tu calm. Tapi untuk Dr tu benda paling menakutkan. Baby patient B diberi pada Dr Kanak2 untuk resus. Patient B sibuk minta anak dia untuk skin to skin dengan baby dia.

Masa ni Dr J dah hilang sabar dan terus marah patient B.

“Skin to skin apa?! For God sake we are trying to save this baby’s life!”

Dia dengan husband dia terkedu. Baby tu dihantar ke HKL dengan ventilator sebab hospital Dr J takde capacity untuk handle.

Seminggu lepas tu patient B datang semula untuk follow up dengan Dr J. Dr J tanya la khabar baby. Dengan muka kosong, dia cakap dia baru kebumi masa hari ke 6. Dr J marah geram sedih. Dia cuma boleh lafaz takziah dan Innalillah. Nak maki patient B pun, benda dah jadi.

Dr J cakap yg buat dia paling trauma adalah muka patient B. Macam tak ada penyesalan langsung. Memang baby tu meninggal sebab ajal. Bayangkan orang yg bawa kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian, boleh ke kau cakap pada hakim di mahkamah itu ajal orang yang mati tu walaupun memang jelas kau yang cuai.

Sejak tu, dia tolak patient GB. Nak GB tolong tukar Dr.

BTW, hospital Dr J ni takde lah paksa ambil ubat tahan sakit dan csect orang sesuka hati. Macam kes aku sendiri, walaupun baby agak besar dia galakkan aku untuk cuba normal. Tak pernah sekali pun dia sebut ambil epidural lah apa lah.

Dia dan kawan2 dia sendiri ada buat hypnobirthing dan kelas ante natal. Mereka semua Dr pakar. Tapi kita ni, nak juga percaya yang entah siapa-siapa bagi talk dan nasihat.

3. Ibu muda hantu FB

Ibu muda hantu FB ni ada beberapa jenis. Jenis yang nak live masa check up. Jadi bila dia sibuk nak live, apa Dr cakap tak mahu dengar betul2.

Ada juga yang melawan Dr sebab dengar apa yang dia baca di FB. People shared it on FB! It must be true! Right?!

Ada juga jenis yang nak bawa videographer dan photographer ke labor room. Itu lagilah buat Dr J meluat. Nak buat kenduri pula dalam ni. Merimaskan kerja dia.

Dan macam2 lagi.

Kepada semua bakal mak, jadilah mak yang bertanggungjawab. Jangan lah ikut nafsu kita. Dengarlah nasihat pakar. Tak salah nak natural, tapi berpada lah.

Bakal bapak, ye bini kamu yang beranak tapi kamu selaku suami pun jangan lah nak ikut sangat apa yang isteri kamu nak buat kalau kamu sendiri tahu ia memudaratkan.

Thanks.

– NewMom

Ingin menghantar confession anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search