Peringatan Buat Hawa - IIUM Confessions - Share your secret stories

Peringatan Buat Hawa

- 11:50 am
Salam. Tq iium confession sbb post. saya taknak tulis panjang sangat cuma saya nak luahkan something yg dah lama saya rasa saya patut luahkan khas untuk kaum hawa. Saya tak kurus. saya badan agak chubby. kekadang saya tanya diri saya sendiri kenapa saya tak kurus? dulu pernah kurus kejap. tapi still dalam kategori badan gempal jelah. tapi, saya sampai sekarang kalau post gambar ke apa, saya takut sgt nak upload gambar yg boleh nampak bentuk yg tak sepatutnya. mcm bonjolan kt dada tu dgn area atas peha tu (you know what it means) sebab pakai baju singkat. 

Ya, saya tak alim sangat pun.. saya perempuan biasa je. dulu saya jenis pakai tudung selimpang yg akan nampak dada tu.. dulu rasa tak kisah pun kalau org nampak bentuk dada ke apa. sekarang ni segannya ya Allah kalau pakai tudung mcmtu. so saya akan pakai shawl or tudung bawal tp labuhkan sikit so still tutup dada.

Peringatan Buat Hawa
Gambar sekadar hiasan semata-mata.
Saya cuma nak nasihat je kat kawan2 saya kaum hawa. saya perempuan tapi saya kadang kadang tertarik kalau tengok orang perempuan bertudung tapi pakai baju sendat lagi yang jenis kurus. pastu tengok dorang confident je post mcmtu kt ig fb twitter. kekadang rasa aduh cantik gila badan dorang. tapi tulah bila kurus seksi pulak. ada hikmah mungkin saya chubby. yg upload gambar pun, nampak segala bentuk. bukan nak cakap lah, tp saya nak ingatkan para kaum hawa tolong check balik apa yang awak upload.. kalau nampak seksi ke please delete.. 

Even gambar awak duduk silang peha lepastu baju singkat.. tudung ikat belakang.. ya saya bukan nak judge orang pakai mcmtu teruk ke apa. tak sama sekali. sebab saya baru baru ni terjumpa tumblr dimana pihak tersebut akan ambil gambar perempuan2 bertudung seksi sebagai collection.. kalau korang tgk komen dkt sana, korang pun tak sanggup nak baca. sangat banyak koleksi gambar perempuan bertudung yg majoriti gambar dia half full or gambar full. dan yang mngejutkan saya, ada salah seorang perempuan dalam koleksi tu ialah kawan kepada kawan saya.

Jika anda sendiri jumpa gambar anda di laman web tersebut dan dihujani dengan komen komen lucah lelaki, anda bangga ke? sebab lelaki dambakan badan anda dan gunakan badan anda utk fantasi mereka? saya rasa tak. sebab perempuan memang fitrah dia ada rasa malu. 

Saya tak berani nak cakap orang bertudung seksi ni jahat, sebab saya pun banyak kawan2 yg dulu freehair, seksi, dah berubah kearah kebaikan. saya sentiasa fikir positif sebab saya tak rasa saya pun sebaik mereka. cuma saya ingatkan semula buat kaum saya.. check balik gambar2 awak semua kot2 ada yg nampak seksi. jagalah aurat kita sebaiknya (saya pun masih cuba) dan cubalah kurangkan sedikit dosa2 lelaki yg menatap gambar anda..

– gegirl

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search