Penipuan iPhone Preorder - IIUM Confessions - Share your secret stories

Penipuan iPhone Preorder

- 8:58 am
Assalamualaikum dan selamat pagi semua peminat IIUM Confession. Nama aku Ayu ( bukan nama sebenar. Since agent aku nama Ayu so aku gunakan nama dia). Aku pernah buat dropship iPhone ni. Ok siapa pernah dengar atau dah terbeli iPhone pre order yang laku keras tahun 2015-2016 tu? Masa tu memang laku keras beb ramai orang order sebab nak dapatkan iPhone dengan harga yang murah sekitar RM200 kebawah tapi kena tunggu 3-5 bulan. 

Jadi memang ramai lah yang nak jadi agent dan dropship tanpa berfikir panjang. Tak terkecuali aku lah orang tu. Dorang gunakan kata-kata manis untuk menggoda pembeli dan buat semua orang percaya dengan dorang. Ok sebenarnya Iphone yang dorang cakap tu iPhone refurbished so memang masuk akal jugak la kalau murah kan? Sebab tu ramai percaya dan terus submit order.

Aku jadi dropship pre order iPhone atas kesempitan hidup aku ni. Aku memang bukan orang senang dan hidupku ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Jadi aku buat dropship boleh la jugak bantu mak bapak aku sikit-sikit. 

Nak dijadikan cerita, memang agak laris jualan aku. Memang ramai yang order bawah aku termasuk kawan-kawan, adik beradik, dan jiran-jiran. Aku ambik komisen RM30 untuk satu iPhone. Tunggu punya tunggu 3 bulan berlalu, 5 bulan berlalu dan sekarang dah setahun lebih tunggu masih tak dapat2. Dan agent aku yang bernama ayu tu terus hilangkan diri lepas block semua orang. 

Penipuan iPhone Preorder
Penipuan iPhone Preorder
Pernah dengar jugak yang supplier iphone preOrder kat Malaysia ni sorang je. Kalau tak silap aku Sali namanya. Tapi aku tak tau sangat lah. Yang aku tau Agent aku dah larikan diri. Dan aku kena tanggung kerugian Rm30k lebih.

Langit tak selalunya cerah. Hidup aku yang dulunya happy go lucky walaupun aku susah berubah 360 darjah. aku jadi pendiam, penakut dan selalu menyendiri. Sebabnya hari-hari aku kena maki dengan customer-customer kena ugut dan ada yang buat report atas nama aku. 

Aku dah cuba refund sedikit demi sedikit tapi bila aku refund komisen saja customer tak puas hati. Semua mintak full refund. Mana aku nak cari duit nak bayar sorang RM200-RM300 sedangkan aku cuma ambil Rm30. Ada yang ugut kalau jumpa aku nak bunuh je, nak rogol, simbah asid dan lain-lain. 

Allah berat sungguh dugaan yang aku terima. Aku takut sungguh aku sangat takut. Tapi aku tak lari. Nombor telefonku masih lagi aktif dan aku masih guna whatsapp no tu. Aku masih bertanggungjawap biarpun aku tak refund sebab aku masih belajar. Memang tak ada duit. Ada sekali tu aku refund guna PTPTN aku. Akibatnya aku tak makan dan dah kena gastrik sekarang ni. 

Customer semua tak boleh bertolak ansur. Ada yang faham situasi aku dan ada yang tak faham. Bila aku diam dalam group whatsapp dorang tuduh aku tak bertanggungjawap. Bila aku muncul mula la ramai-ramai mintak refund dan ugut aku. At least aku tak lari tau. Aku tak blok dorang. 

Tapi ni yang aku dapat. Aku pernah jugak fikir kalau aku blok dorang semua dan lari je mesti selesai masalah. Tapi aku tak sangup buat orang macamtu. Aku masih kenal hukum agama. Tak baik buat macamtu walaupun aku tak ambik banyak duit pun. Cuma Rm30 untuk satu iPhone. Kalau ikutkan boleh je aku nak lari.

Jadi aku nak tanya korang. Apa patut aku buat? Ramai kawan2 dropship aku cakap dorang buat laporan polis pun tetap tak jadi apa. tak ada hasil. Polis pun dah taknak layan kes ni. Yang teruknya customer kejar kitorang jugak bukan kejar agent dan supplier. 

Mesti ada antara korang yang baca ni pun senasib dengan aku kan? Tolong lah aku keluar dari masalah ni. Aku xmau lari mcmtu je kesian kat customer. Tapi customer tak kesian aku. Ada kawan cakap lapor kat pihak KPDNKK tapi aku tak tau prosedur macamana.

– insan tertipu

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search