9 Cara Selamatkan Anak Anda

- 2:30 am
Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi share kan confession aku ni. Harap dapat membantu sedikit sebanyak parents2 di luar sana.

Dipendekkan cerita, aku perempuan, dan aku mangsa pedofilia. Tujuan aku nak share ni sebab setiap kali aku tengok muka anak aku, setiap kali tu jugak aku fikir 10 juta cara utk tak nak benda yg jadi dekat aku, jadi pada anak aku. Nauzubillah. Maaf di atas pencampuran bahasa.. English aku bukan la bagus sangat tapi nak tulis dalam bahasa melayu saja kadang2 jadi baku bebenor.

9 Cara Selamatkan Anak Anda
9 Cara Selamatkan Anak Anda
So here it goes:

1. Media sosial. Kita hidup di zaman media sosial. Please please pretty please pantau apa yang korang post kat instagram, facebook, twitter dan lain2. Especially when it’s regarding your child. Tak kisah boy or girl, pedofilia ni dia tak kira gender. Some prefer girl some prefer boys. Elakkan elakkan sangat2 post gambar anak2 bogel/ half bogel (wearing swimsuit) pakai baju ketat etc… cus it will turn them on! Jijik kan? Yea memang jijik..
And please jangan buang masa pertikaikan kenapa pedofilia ni macam ni.. turned on by kids? They are just mentally ill.

2. Pantau pergaulan antara adik beradik, ibu bapa. Korang tau kan pedo ni bukan je dari orang luar. Sometimes yg tak disangka- sangka family members sendiri adalah pedofilia. Bukan nak suruh bersangka buruk yea. Like I said.. berhati2 lah..kalau boleh anak 2 tahun ke atas, start didik dia untuk mandi sendiri (tapi kita pantau la, jgn biar sensorang lak) cebok sendiri, didik dia that his/her private parts hanya boleh dilihat dan disentuh oleh dia sahaja, and his/her parents.

3. Pantau hubungan antara pakcik makcik, sepupu sepapat. Sebagai contoh monitor if a certain anak saudara or pakcik terlalu rapat dgn anak kita. Like diorang suka peluk anak kita ke, panggil anak kita duduk atas riba diorang ke, and if ada, cepat2 la panggil anak datang dekat kita. Masa pergi family trip ramai2, duduk hotel – buat BBQ or ada swimming activities and etc.. always tengok mana anak kita pergi and dengan siapa dia pergi. And panggil/cari cepat2 if anak tak ada depan mata or he/she ada dengan certain pakcik/anak saudara lelaki for too long.

4. Hati2 bila nak hantar ke pengasuh. Bila nak hantar ke pengasuh tu, check background.. anak lelaki pengasuh umur brapa, ayah dia kerja apa.. (usually pedo ni adalah lelaki la.. jarang2 perempuan.. no offence guys) but just in case check la jugak untuk anak perempuan pengasuh tu. kalau nak hantar pengasuh rumah mak ayah pun jaga2 la.. especially bila rumah nenek tu sepupu sepapat yg lain pun nenek jaga. It could be your favourite nephew that molest your own kids. Nauzubillah.

5. Trust your children. Aku faham ada setengah budak jenis kuat menipu, but its all dari didikan kita as parents. Bila anak2 bagitau parents that they are not comfortable with this certain uncle or nephew or cousin, please believe them and find out why. And find solution for it. Jangan biar anak continue rasa tak selesa. Communication dengan anak sangat penting. Ajar anak/ that they should not keep any secret from them. Sebab these pedofiles bukan lah bodoh sangat, diorang akan ajar anak2 untuk ‘keep this just between us’ or umpan anak with candy ke ice cream ke just to keep their mouth shut.

6. Pantau apa yang diorang tengok kat TV, smart phone, tabs. Some parents tak rasa benda ni penting but it is crucial. Adegan2 kissing (even just a kiss) is not to be seen to children.. apatah lagi more than that kan? Dan sekarang ni lagi la macam2 kartun ada version 18sx dekat YouTube tu.. so don’t let your children play with the phone/tab alone. Pedofilia akan ajar anak2 untuk rasa apa yang diorang buat ni tak salah, dan diorang ajar anak kita untuk ‘suka’ being treated that way. So bila diorang tengok adegan2 yang tak patut ni, they will feel that it is okay.

7. Jaga hubungan suami isteri. Okay tak ada rumahtangga yang tak diuji tapi kita as parents kena control, control bila bergaduh, bila ada argument, or bila nak sweet2 pun control. Most of the children yang kena molested/raped ni come from a broken family. Because why? These children doesn’t feel that they are loved. Diorang tengok mak ayah diorang hari hari bergaduh, bertumbuk. Mak ayah tak ambik peduli about what they feel when they let their children watch them fighting, and worst, these parents expect their kids to understand them. Terbalik pulak. Dan nak sweet2 pun agak2 la. Kena ada adab. Budak2 ni ikut apa parents dia buat, buat nya dia pi sweet2 dengan budak dekat sekolah dia, tak ke naya?

8. Pantau behaviour anak. Yup tengok if anak tiba2 berubah, dari ceria jadi pendiam ke, jadi kuat memberontak ke, suka buat hal sendiri ke, suka spend time alone dalam bilik ke, tetiba nak pakai baju2 ketat or seksi ke, pantau semua tu. and teach them to be where you can easily see them. Means if you’re at the kitchen, suruh anak buat homework at dining table ke, jangan biar dia sensorang dalam bilik. Kalau ada perubahan, please talk it out with your children.

9. Terapkan agama dalam diri diorang. Tak kisah agama apa, all religions ajar untuk jadi orang baik2, buat benda baik2. As a Muslim, ajar anak kita ikut cara Islam. Ajar anak2 tentang aurat, solat, pergaulan sejak dari kecik lagi. Terapkan nilai2 murni dalam diri anak2 untuk jaga diri sendiri, untuk malu, dan hormat orang lain. Banyakkan berdoa supaya anak kita dilindungi di mana saja.

Rasanya itu je lah for now. Semoga dapat dimanfaatkan. Sama2 lah kita jaga, pelihara anak2 yang diamanahkan untuk kita from these mentally ill people. We can prevent it from happen! Semua nya start dari didikan di rumah. Wallahualam.

– M

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak IIUM Confessions Media tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang membina dan sebarang komen berkaitan dibawah.
 

Masukkan kata carian dan tekan Enter atau Go