Ini Sebab Aku Berhenti Kutuk Orang - IIUM Confessions - Share your secret stories

Ini Sebab Aku Berhenti Kutuk Orang

- 11:12 am
Assalamualaikum guys, nama aku Ain, 19 tahun. Aku seorang student banking dekat salah satu UA kat Malaysia, Confession aku ni pasal diri aku sendiri dan untuk pengajaran buat semua.

Aku dulu memang orang panggil ‘budak masuk air’ dan seangkatan dengannya. Aku memang gila back in the days dan ini antara salah satu sebab aku ramai kawan, even cikgu pun suka lepak dengan aku zaman sekolah menengah dulu, but there’s another reason kenapa aku ramai kawan : Aku kuat mengumpat and indeed benda aku yang cakap mostly true things but still aku membukak aib orang dan mencaci maki orang dalam perbualan aku.

Aku rasa seronok bila ramai budak perempuan dari kelas yang first sampai kelas yang terakhir datang duduk semeja dengan aku waktu rehat semata nak mengumpat. Sometimes, dorang panggil aku best friend yang selalu bagi nasihat lah (dan dulu aku memang ingat aku bagi nasihat tapi sebenarnya tak)

Benda semua normal dengan kawan-kawan aku masa sekolah tapi lepas habis SPM, aku jadi murung sebab aku kena berpisah dengan kawan-kawan aku sebab aku fikir nanti aku nak kawan dengan siapa kalau aku dapat masuk Universiti lain dari kawan aku. Lepas tu, result SPM pun keluar. Result aku tak cemerlang mana pun, so does my friends. Cukup-cukup makan je. Nak dijadikan cerita, lepas SPM kami semua berpisah. Semua dapat belajar dkt negeri lain-lain.

Masa orientasi dkt universiti, aku dpt 2 kawan baru (dorang memang baik) then aku pun still contact dorang sampai sekarang sebab sepanjang seminggu kitaorg together, dorang bagi aku everything except negativity. Aku tak kuat mencarut, gelak pun ikhlas, senyum sokmo, tak ngumpat orang tapi things happened, kitaorg kena duduk bangunan asing-asing sebab course lain. Aku dapat sebilik dgn tiga orang lagi budak. At first, memang aku dah dpt bad vibes dah dari dorang tapi aku endahkan.

Ini sebab aku berhenti kutuk orang

Seminggu kenal dorang, aku jadi melekat dengan dorang. Everything was fun lah. Aku setiap hari gelak. Kerja tak siap pun boleh melawak, kena marah dengan lecturer pun kitaorg boleh bahan dia lepas dia keluar dari kelas. Masa tu aku tak sedar, aku banyak tak jaga batas. Aku tak jaga mulut, tak jaga aurat, mencarut sana sini tak kira tempat, judge orang walaupun benda dorang buat tu cuma kesalahan kecil, aku bertepuk tampar dengan kawan lelaki.

Aku happy tapi happy dalam aib kalau aku tengok balik masa silam aku. Sampailah satu hari ni tuhan nak tunjuk dekat aku, aku tetiba hilang selera makan, berat turun 5kg dalam masa dua minggu, muka pucat macam hantu dah. Aku banyak tak datang kelas. Group project tinggal then aku kena maki dengan member. Aku sakit sorang-sorang, kena tinggal takde orang datang tolong. Kawan yang selalu masa aku sihat semua tinggal. Yang tak rapat dgn aku yang mai datang bawak makanan suruh aku makan, send gambar assignment suruh aku buat pastu ckp kat aku kalau ada prob, dia boleh tolong bagai. tapi kawan yang aku anggap sebagai bff aku semua tinggal aku sorang-sorang.

Dengan takdir Allah, aku dengan tak sengaja terdengar rumors pasal benda pelik-pelik pasal aku. Ada orang cakap aku nak rampas boyfriend bestfriend aku lah, aku keluar dengan jantan then mengandung lah dan ada jugak aku dengar aib aku dibuka dekat orang yang tak sepatutnya tahu dan tak lain tak bukan aku rasa dari mulut kawan-kawan baik aku sendiri.

Jujur aku cakap, putus dengan boyfriend takkan pernah lagi teruk rasanya dari kena aniaya dengan bestfriend sendiri.

Walaupun jadi macam tu, aku masih kuat dan teruskan semester tu sampai habis tapi banyak subjek gagal sebab aku sakit dan banyak tertinggal assignment & banyak tak jawab dalam final paper.

Masa cuti semester, aku banyak habiskan masa bersendiri mintak petunjuk dari Allah. Dalam mimpi aku masa aku tidur waktu malam, selalu keluar muka orang-orang pernah aku kutuk, maki hamun dulu. After like a week or so, aku start sembahyang balik (masa aku dengan kawan-kawan universiti aku dulu, aku memang berhenti solat. Telekung berhabuk.), aku taubat. Lepas aku bertaubat, aku mcm dengar suara hati aku cakap suruh aku minta maaf dengan orang yang aku buat jahat dulu.

Aku try contact dorang. Ada yang maafkan, ada yang senyap, ada yang block. Aku sampai sekarang menyesal buat perangai macam tu dulu. Nak cakap aku ni jahil, tidak. Aku lagi teruk dari tu. Aku sedar, aku tahu apa halal apa haram, apa dosa apa pahala. Aku bukan buta tuli tak tahu pasal agama, aku pernah masuk sekolah agama dulu. Khatam 3 kali dah tapi hati hitam, aku tak nafikan. Sampai sekarang susah lagi nak usir benda-benda negatif dari minda aku sebab aku rasa hati aku hitam sehitamnya.

Bila semua dah back to normal, aku jumpa kawan lama dan aku buat kawan baru, baru aku sedar mungkin ini balasan aku selama ni mengumpat orang, menghina orang, mencaci maki orang. Tuhan nak tunjuk dekat aku, siapa lagi berkuasa. Apa kita buat akan selalu berbalik kepada kita. Kalau kita buat baik, baik lah, kalau kita buat jahat, benda jahatlah datang dekat kita.

Ini pesanan aku dekat korang, tolong jaga aib orang, jaga aib sendiri, jangan hina orang sebab kita bukan tuhan, jangan semudah-mudahnya jatuhkan hukuman sebab kita takde kuasa dan satu benda aku selalu perasan, kalau nak tegur orang mohon berlapis dan secara privasi supaya tak mengaibkan orang yang korang nak tegur. Saling sayang-menyayangilah wei sama manusia. Love is good, life is good. Praktikkan islam dengan betul, kita agama aman dan agama mudah untuk diamalkan. Don’t spread bad vibes. Keep positive thinking. Senyum walaupun hati sakit, inshaAllah kurang sikit pedih dekat hati tu.

Peace, love and harmony, guys.
(sorry kalau cerita berterabuh, aku emo time menaip. ayaq mata mcm ayaq hujan dah)

– Ain
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search