Realiti Ibubapa Muda Sekarang - IIUM Confessions - Share your secret stories

Realiti Ibubapa Muda Sekarang

- 9:16 pm
Salam, Terima kasih la siarkan confession saya ni. Takde apa cuma nak share observation saya tentang sikap ibu bapa dalam mendidik anak2. Mohon maaf kalau tajuk agak kasar. 

Saya takda anak lagi, belum kahwin tapi suka baby, dan kanak2. Straight to the point, anak2 amanah Allah didik la anak dengan baik, saya tekankan ‘didik’ bukan ‘besarkan’anak2 sahaja. Saya punya observation:

1) Terlalu sayang, bila sayang sangat. Spoil kan baby dari kecik sampai besar. Anak macam kaduk naik junjung. Umur 15 tahun bangun pukul 2 petang, bila bangun je ‘baby da bangun ye…lepas mandi, makan ye.’ Anak sedara saya la ni, kita yang ngk Allahu…pukul 2 da nak breakfast ke nak lunch. Berani tegur, tak pasal aku yang kena. 

Sorang lagi anak sedara makan guna tangan kiri sbb dia kidal, betul saya tak perasan sbb jarang jmp, bila dia umur 5 tahun baru tersedar. Saya tegur dia baik2, tak dengar juga saya cubit, tunggu dia tiap kali dia makan. Alhamdulillah dah makan tangan kanan. Kalau guna sudu, oklah mmg dia tak boleh. Mak ngan abah dia rilex je.
2) Ni kes member, tumpang kete kita dengan 3 orang anak termasuk baby, beg punya la banyak, anak dia yalah kecik2 tapi dah sekolah rendah. Ko dah bawak banyak beg nape tak suruh anak ko tolong angkat. Budak tu menonong je pegi. Ajarlah sikit, diala yang bertungkus duk pegang semua beg bawak masuk rumah dengan baby lagi botol susu lagi. 

Realiti Ibubapa Muda Sekarang
Pastu mengadu letih la, jaga anak penat itu ini. Tapi bila kita hint2 tegur, dia kata mcm la dia tak pandai jaga anak - iium confessions
Aduhai. Kita ngk mmg tolong la, tapi nape tak ambil peluang didik anak2 tu dengan tanggungjawab. Balik sekolah hari2 lempar beg. Dia kutip simpan. 

Dia yang cakap. Pastu mengadu letih la, jaga anak penat itu ini. Tapi bila kita hint2 tegur, dia kata mcm la dia tak pandai jaga anak…Anak2 dia pecahkan pasu kita,dia cuma cakap eh pecah, ish budak ni….’ Tu je. Bukan la nak mintak ganti tapi cukuplah budak tu mintak maaf, tapi dia wat tak tau je, then anak dia rilex jelah.Pasu tu tak kisahla tapi ‘you should tell your kid what is right what is wrong, the kid memang kena ajar mintak maaf then baru dia tahu dia dah buat salah.
3) Bila ngk abang buli adik, kakak kena buli ke..cubala jadi adil. Jangan la bias walaupun mmg ada favourite child ke apa. Contoh kakak kena pukul dengan adik yang aggressive, kakak mengadu kat mama dia, kakak tu pulak yang kena herdik. ‘Beralah la dengan adik!’ Dia pandang je kita dengan muka sedih, Allahu…sian budak tu. 

Kawan, sulung mmg kena beralah tapi adik tu jgn di biar spoil. Kalau asyik kena herdik, marah2 je, mcm mana dia nak ada confident bila besar nanti. Samada akan jadi budak yang suka melawan atau timid. Ini mmg kesan psikologi.

4) Didik la hati anak2 dengan kebaikan bukan material. Pernah dgr anak sedara cakap, ‘oh abg tu naik myvi….’ then papa dia cakap la ‘dia kan keje kerani memang la naik myvi je’. Bagus ko ajar anak ko ya. 

Kerete besaq, keje bagus bahagia, kereta kecik keje biasa dan takde duit, COME ON…Ada juga budak yang cakap ‘kak beg kita ni mahal tau, cath kidston…’ko 10 taun pun dah kenal brand. Takpalah sbb parent ko loaded, tapi jgn pandang rendah orang yang bawa beg biasa je ye.
5) Bulan puasa ni ramai la bawa anak2 ke surau atau masjid. Biasa saya solat kat Masjid Al-Syakirin KLCC, saf depan tu, kawan saya panggil ada geng sarip dol. Jangan main2. Geng makcik2 otai. Hang cuba la bawa anak, budak kecik yang merengek2. 

Buat bising memang depa sound terus ke muka. Ada one day, budak umur 3-4 tahun kot dok berlari tengah solat. Lepas je solat ada sorang makcik buat annoucement ‘ni anak siapa ni? Mana mak dia?” Mak dia datang la, then sorang makcik ckp ‘eh awak tak reti jaga anak ke, orang tengah solat la’. Pedih kan. Saya faham, saya ada ramai anak sedara sepupu sepapat kecik2 semua. 

Bukan senang nak control. Kalau ada sorang pun dah macam marathon ni pulak 2-3 orang. Saya pernah solat di Masjid UIA, perhh memang dah jadi kindergarten dah. Bulan puasa semua orang nak gi surau, tapi budak2 mmg susah nak control. Kadang dia ok, ngk orang ramai jadi excited jumpa kawan2 sama umur dia hmmm memang takdak apalah. 

Kadang tu mula2 dia ok, tapi ada sorang yang kaki usik, kaki cucuk- habis. Dia buat masjid taman permainan. Sudah la susah benar orang nak khusyuk solat, tambah lagi bunyi bising suara budak menjerit2, berlari2 ketawa dan bersuka ria, benda ni jadi gangguan. 

Satu lagi boleh jadi fitnah contoh bila budak2 bising adalah makcik2 dok bergossip ‘itu la tu, anak Peah tu mmg budak tu tak reti duduk diam’ Mengumpat kan. Disebabkan anak kita, orang dapat dosa mengumpat. Memang bagus, sejuk perut ibu mengandung anak2 dari kecik pegi surau masjid, tapi bukan pergi main. 

Bagi saya, bukanlah tak boleh bawa budak2 ke masjid utk exposure tapi jangan tunggu ramadhan je bawak, dari Januari lagi siap training, bila dia faham adab tertib dan sebagainya, barulah boleh bawak. Plus, bukan bawa saja budak2 ke masjid, bawa dengan didikan ilmu. Biar dia faham maksud masjid tu apa, dan kenapa kena hormat orang buat beribadat. Cuba ngk dekat church, time hari Ahad tu, ada ke budak2 berlari2 ketawa2 time diorang tgh berdoa. Takde kan.

Tugas jadi ibu bapa ni mmg bukan senang. Buat yang terbaik bukan bermaksud bagi semua material, kesenangan, dsbnya. Ilmu sgt penting, baik yang baru nak kawin atau yang dah kawin dan ada anak, atau yang baru nak jadi parent. Saya insha-Allah, takut juga nak kawin sebenanya sbb follow KRT page, nak jadi mak pun takut. Maybe nak anak sorang dua je kot hahaha.

– Atiqah

Anda mungkin ada kisah menarik ingin dikongsikan kepada pembaca disini? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search